Bab 33

158 23 5
                                    



Qisti gigit jari, menyalurkan rasa takut kepada tabiat buruk itu. Entah apa yang bakal terjadi selepas ini, dia sendiri tiada jawapannya. Beberapa hari ini, dia cukup terganggu dengan segala perkara membuatkan dia hilang akal sihatnya.

Sumpah bukan niatnya nak mencederakan Damia seteruk itu, jauh sekali mahu membunuh. Tujuan asalnya hanya mahu menakutkan gadis itu. Tapi lain pula yang jadi. Lebih parah, kes ini sudah manjadi siasatan pihak polis.

Kenapalah hidupnya celaka semacam?

Telefon di tangan diintai lagi. Masih tiada respon daripada pihak itu. Ah, jahanam! Kenapalah dia perlu hadap perkara bodoh ini seorang diri? Bagaimana kalau papa dan mama tahu tentang ini? Mampus dia! Segala kemewahan yang dilimpahkan kepadanya akan ditarik.

Dia beruntung orang yang dia upah untuk menakutkan Damia itu memang tak ditemui. Jika tidak lagi satu hal jika namanya dipetik.

Pihak polis masih di luar, beberapa staf sudah selesai disoal siasat. Tepat dua hari selepas Damia diserang, siasatan sudah dimulai. Tapi bukan itu tumpuannya. Utamanya, dia tahu sudah beberapa hari juga Ariq tidak masuk kerja. Tak silap, dia mendengar yang Ariq menemani Damia di hospital.

Gatal punya perempuan. Sedang sakit-sakit pun masih menggeletis. Lebih baik mati sahaja kalau begini.

"Qis, kau pula." Rakannya mencuit. Hilang segala imaginasinya. Lengan kawannya direntap perlahan. "Polis tanya apa je?"

"Soalan basic, kau di mana waktu hari kejadian? Dengan siapa? Tapi kan aku macam musykil. Kak Ruby kata, nombor yang telefon dia tu dari Klinik Hayani kan? Apparently aku dengar yang nombor yang call tu bukan nombor fon klinik tapi nombor personal. Sekarang polis tengah identify pemilik nombor tu."

"Maksud kau?"

"Yang aku dengar..."

"Cik Qisti?" Namanya sudah diseru. Di satu bilik kosong, duduknya dua anggota polis yang sedang menunggu, mempersilakannya duduk segera. Mengambil tempat menghadap mereka, Qisti sedaya upaya mengawal pernafasannya. Segala yang direncana perlu ditutur sebaik mungkin.

"Baik, Cik Qisti. Saya Inspektor Sakinah yang bertugas sebagai pegawai dalam kes serangan yang melibatkan Cik Damia Qaisara pada 18 Ogos lalu pada jam 8.59 p.m. Kami cuma mahu minta keterangan cik berkaitan keberadaan cik pada hari kejadian atau apa sesuatu yang janggal yang boleh cik beritahu pada kami?"

Lancar pegawai polis itu memberi salam kenal. Isyarat mata daripadanya memberitahu yang Qisti sudah boleh mula berkata untuk pihaknya. Air liur ditelan, tersejat sudah semua rekayasa di kepala. Lama Qisti terdiam sebelum dia cuba menyusun kata.

"Saya..."

"Tak apa cik, boleh ambil masa. Ini hanyalah prosedur siasatan. Sebarang petunjuk yang boleh dikongsikan adalah sangat membantu."

Qisti diserang panik. Pandangan tajam dua pegawai itu hanya menambah ketakutannya. Peluh yang merebas membuatkan tingkahnya makin mencurigakan. "Ada sesuatu yang cik tahu?"

"Saya... saya tak tahu. Tak.. tah. Tak tahu apa-apa."

"Baik kalau begitu cik boleh bertenang. Hari itu, cik pulang jam berapa?" Inspektor wanita itu bertanya lagi. Sedia menyambut sebarang petunjuk yang mungkin diungkapkan oleh Qisti. Inspektor Sakinah yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh perempuan bernama Qisti ini.

Sebenarnya tentang itu telah mereka perolehi daripada sistem kehadiran staf yang tersedia dalam data klinik. Namun, melihat kepanikan perempuan ini, nalurinya mencegah untuk membiarkan perempuan ini pergi. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Memegang kepala sendiri, Qisti menggeleng laju. Dia sudah berdiri, berundur beberapa langkah ke belakang. Inspektor Sakinah turut bangkit cuba memegang Qisti yang mahu beredar. Beberapa saat kemudian, gadis itu terjelopok ke lantai tak sedarkan diri.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now