Bab 6

215 19 3
                                    



"Damn, she's something." Sambil menutur kata itu, mata Raees menjeling Ariq yang sedang berteleku sendirian. Sudah dua hari lelaki itu tidak membuka media sosialnya. Ariq telah serahkan segalanya untuk diuruskan oleh Erhan.

Perbualan dengan ASP Awal menerjah ruang mindanya semula. Pegawai polis muda itu sudah berpesan untuk melaporkan kepada mereka setiap kali ada petunjuk atau maklumat. Ini bagi mengawal ketulenan sumber dan bukti serta menjaga privasi setiap individu yang terlibat.

ASP Awal juga ada menegur untuk dia sentiasa merujuk pihak polis dahulu sebelum bertindak demi keselamatan sendiri juga. Ariq bukan berdepan dengan penjenayah yang bertarung dengan pistol dan pisau. Ini adalah jenayah siber. Dunia web yang tiada limitasi. Salah langkah, aibnya jadi taruhan.

Tapi dia alpa. Terleka sesaat. Demi memperjuangkan hak sendiri, Ariq tak sedar hak orang lain telah pun dia cantas.

"Don't worry Ariq. I'll figure this out. Ini bukan salah kau." Erhan bersuara, cuba meredakan ketegangan yang menghurung mereka kala ini. Saat kenyataan rasmi yang dia tulis hasil dari buah fikirannya sendiri itu dimuatnaik, Erhan tak sangka kerosakannya sebesar itu.

Rancangnya jika benar perempuan itu stalker yang dia cari, biar riwayat perempuan itu tamat saat itu juga. Tapi jika bukan sekalipun, dia mahu perempuan itu digertak sedikit supaya sifat takut muncul. Dan ini akan menjadi pengajaran kepada peminat lainnya agar tidak melangkaui batas yang jelas tergaris.

Dia tak pernah terfikir yang perempuan itu akan dibuang kerja.

Dia tak sangka seteruk itu Damia diperlakukan.

Bermula dengan kecaman yang tak berhenti, terdapat juga sesetengah orang yang memuatnaik maklumat peribadi Damia. Ada yang merakam gadis itu ketika dia sedang berada di luar. Keadaan menjadi lebih parah selepas Damia muatnaik video membela dirinya itu.

Ariq pejam mata cuba membayangkan apa yang dialami Damia.

Hatinya kembali merinding. Tegak bulu romanya.

Ariq meraup muka. Apa pun kerosakan yang Damia lakukan padanya, nyata kerosakan yang dia ciptakan pada Damia lebih besar. Secara tak langsung dia mendedahkan privasi Damia, perkara paling dia takutkan untuk hilang.

Belum tentu Damia pelakunya, tetapi hukuman sudah dijatuhkan. Sudah melawan hukum undang-undang dunia. Presumption of Innocence – not guilty until proven. Berkali-kali video daripada Damia dimainkan, mengamati setiap bait kata dari gadis itu. Benar, dia memang tiada bukti yang gadis itulah pelakunya.

Ariq hela nafas berat.

Kenyataan rasmi itu sudah dilupuskan. Tak mahu tambah kerut keadaan. Membiarkan Erhan lama-lama menjaga media sosialnya entah apa lagi yang Erhan buat nanti.

"Aku ada jalan. Kita akan buat video maklumbalas kepada perempuan itu."

"Kau serius? Sampai bila kita nak biarkan perkara ini berlarutan? Berbalas statement di media sosial." Tukas Raees, turut sama berkongsi pendapat. Sedar, kali ini mereka perlu bertindak dengan lebih bijak supaya tiada kekesalan di kemudian hari.

"Habis tu, tak akan nak report polis kut." Erhan bersuara.

"Kita akan uruskan kes ini mengikut undang-undang." Erhan dan Raees keliru memandang Ariq. Tak dapat membaca apa yang bermain di fikiran sahabat mereka itu.

"Maksud kau?"

"Aku nak call Amru."

***

Irisnya jatuh kepada dua orang lelaki yang sedang elok bersandar pada kerusi itu. Langsung tak menoleh ke belakang, tubuh tegapnya pegun manakala kepalanya masih jitu ke hadapan. Hanya selepas lelaki asing itu menyapa baru lelaki seorang lagi berpaling.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now