Trigger Warning ‼️
(mungkin mengandungi unsur yang menyebabkan ketidakselesaan)Buat pertama kalinya Amrullah menghantar nasi kepadanya semalam. Dia dibenarkan makan. Perutnya berkeroncong lapar tapi Damia tak ada tenaga nak melahap. Seleranya mati. Dengan apa yang berlaku dia langsung tak lalu nak makan. Lagipun, Damia benar-benar takut jika ada keperluan lain nanti. Beberapa kali dia minta izin untuk ke tandas tapi tak dibenarkan.
Sudahnya nasi itu terbiar tak berusik.
Sudah beberapa hari juga dia tak menunaikan solat. Siang malam pun dia tak kenal. Hanya mampu melafazkan setiap bacaan solat dalam hati.
Punggungnya dah kematu. Urat sendi dah menegang. Damia rasa andai dibiarkan sehari sahaja lagi, dia pasti tak dapat bertahan. Matanya dipejam seketika. Berdoa semoga kehilangannya tak diperasankan oleh ibu bapanya, dia tak mahu mereka khawatir.
Pintu itu dikuak lagi. Intan muncul dengan senyuman. Masih berbaju skrub klinik, mungkin dia baru sahaja pulang dari kerja. Tangan mengepit hidung, mulut sedia muncung. Bersamanya, dijinjit sebuah beg. Kelihatannya nipis, mungkin tak banyak barang.
"Ah busuknya!" Mata tertancap pada nasi yang pastinya sudah basi, dia mengeluh. Kemudian dia renung wajah tak siap Damia.
"Selekeh..." ujarnya.
"Pengotorlah Damia. Orang perempuan mana boleh kotor-kotor!" Marahnya pula, memusingkan wajah Damia ke kiri dan kanan.
'Dah kau tak bagi aku sucikan diri, kau nak expect aku bersih?' Getus hati Damia.
Barang pertama daripada beg itu dikeluarkan. Mengelap wajah Damia dengan air botol dan tuala muka yang dibawa dalam beg itu. Penuh hemah.
"Zid kata lelaki tak suka perempuan comot." Damia angkat wajah memandang Intan. Tiba tiba pergerakannya terhenti. Seperti terkesan dengan sebaris nama itu. Intan mengacak-acak rambutnya kesal.
"Ah, sial!" Intan ketawa. Meskipun hujung bibirnya naik, wajahnya tak gembira. Seperti ada memori yang terpisat dalam sebaris nama itu. "Jantan tu punca segalanya."
Intan ramas tangan sendiri, hampir hilang tenangnya. Dia memerhati sekeliling bilik itu. Kemudian menggeleng sendiri.
"Dekat sini, dekat sini semuanya terjadi," Zid buat perkara jahat itu kepadanya di sini.
Teringatkan itu, tubuh Intan menggigil. Dia peluk tubuh sendiri. Panik menyerang. Nama lelaki itu cukup melekat di kepalanya. Bibir sendiri digigit kuat.
"Intan tenang, relaks..." Damia cuba membantu. Bimbang jika Intan kenapa-kenapa dan hilang kawalan. Nanti Damia juga yang akan susah.
"Zid pernah bagitahu saya, yang lelaki akan sentiasa kalah dengan nafsunya. Dan satu-satunya objek tumpuan mereka adalah perempuan. Dia kata dah lama dia bersabar tengok saya. Dia tahan, cuba tahan. Tapi saya yang mengundang dia."
Intan mundar mandir di depannya. Bercerita tiba-tiba.
"Zid selalu minta gambar dan video saya. Tapi saya tak bagi. Saya jijik dengan Zid. Tapi Zid kata saya dah cabar dia. Suatu hari Zid buat benda tu pada saya." Jarinya meramas ramas hujung bajunya. Gelisah menempati diri. Intan gigit bibir pula kuat hingga Damia perasan bibirnya terluka.
"Intan..."
"Bukan Zid saja. Tapi ramai. Ramai..."
Damia tahan nafas. Dadanya juga sesak mendengar pengakuan Intan. Dia ketap gigi sekuatnya tak mahu biarkan emosi menguasai diri.
"Dan itu bukan terakhir kali mereka ganggu saya. Tapi jahanam itu mana tahu. Dia ingat dia dah ambil duit yang Zid bagi, Zid dah berhenti. Tak! Zid tak berhenti. Zid selalu paksa paksa saya. Zid ugut nak sebar video saya. Jadi saya larikan diri. Saya ubah diri saya, saya tak nak Zid kenal saya."
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...