Bab 14

206 25 6
                                    



Tangan dan kakinya diikat pada kerusi itu. Hanya keringat yang menjadi bukti betapa sekuat tenaga dikerah untuk lolos. Yang ada cuma tenaganya yang hilang, jasad masih pegun di kedudukan yang sama.

Di hujung bilik gelap itu, wanita itu memandangnya dengan sorot mata yang menjijikkan. Bibirnya dijilat lama memandang Ariq dengan pandangan ghairah. Perlahan dia mendekati tubuh kaki Ariq, mengusap pundak lelaki itu berbisik dengan esahan manja.

"Jangan sentuh aku!" Tengkingnya kuat, jijik dengan setiap perilaku tak bermoral wanita di hadapannya. Meloya anak tekaknya diusap perempuan itu. Merinding tatkala tubuh itu terus cuba menggodanya dengan aksi-aksi lucahnya.

Langsung Ariq tak tertarik, sebaliknya dia mahu memuntahkan segala kata kesat supaya wanita itu kembali menilik maruah diri. Tak menjatuhkan diri serendah-rendahnya hanya untuk perhatian lelaki.

"Don't you dare to look away. Don't Den." Dagu lelaki itu dipagut kemas, menatap mata Ariq yang masih tak sudi membalas pandangannya.

"I want you. I want you, please."

"Jangan sentuh aku! Jangan sentuh..." Suara kasarnya masih bergema di ruang gelita itu. si wanita terkekeh penuh jengkel seolah-olah kebencian Ariq menjadi hiburan yang menggelikan hati. Dasar perempuan gila!

"Den, you selamanya hak I." Serentak perempuan itu terus menjerut leher Ariq dengan tangan kecilnya. Ruang udaranya disekat, salur pernafasannya semakin sempit. Dia mengagau mencari udara dengan posisi sulit itu. Semakin lama, semakin sesak.

"Aku tak... ak... akan... mat... ti."

Dalam kegelapan itu, wajah menyeringai di hadapannya diamati. Raut muka yang tidak asing. Sepertinya Ariq kenal, namun akalnya tak mampu bekerja. Wanita itu semakin mendekat, cuba mengelus dagunya kali ini.

"Jangan. Sentuh. Aku!"

"Doktor?"

Matanya melihat Damia dan Intan di depan mata. Mereka berpandangan sebelum Intan mula bertanya. "Doktor okey?"

Ariq memandang sekeliling. Dia di klinik, sedang dalam skrub kerjanya, di mejanya. Kaki dan tangannya bebas tanpa sebarang ikatan. Mereka bukan di bilik gelap. Dia hanya bermimpi. Lagi.

"Doktor?"

"Okey... Saya okey." Terbata-bata dia mahu menjelaskan keadaan diri. Silih berganti wajah di depannya dilihat. Ariq redakan emosi yang bercambah, wajah dimaniskan dengan senyuman kasualnya.

"Ya, ada apa?"

Damia dilihat menghela nafas lega sebelum sekali lagi Intan bersuara. "Doktor mengigau. Doktor jerit jerit tadi. Tu saya dan Damia masuk tengok. Mimpi buruk ya doktor?"

Ariq hanya tersengih. Harapnya dapat mematikan segala spekulasi yang bermain di fikiran dua gadis di depannya. Jam di tangan dilihat, berbaki 15 minit sebelum klinik kembali beroperasi setelah jam makan tengah hari. Ariq ketiduran, memandangkan dia memang berpuasa hari ini.

Itu semua mimpi. Hanya mimpi. Dia tidak ada di sini. Melihat dua gadis itu sudah meminta diri, dia ucap hamdalah laju. Meraup dada sendiri yang terasa sesak. Semuanya bagai bukan satu mimpi melainkan realiti yang terjadi.

"Shit!"

Walau tanpa hadir di depan mata, wanita itu mampu mengganggu lena dan jaganya. Menyeksa setiap sisi hidupnya tanpa belas.

Laci meja dibuka. Alprazolam itu ditelan sebiji. Mata terpejam, mahu memadam segala bayangan gelap yang menghantui. Cerita ini sudah usai. Jadi, tolong pergi jauh. Jauh, pergi jauh manusia jahanam.

***

Apa-apa yang saya boleh tolong?

Mesej itu dihantar. Dari luar, matanya tak lepas menatap pintu bilik Ariq yang sedikit terbuka. Melihat wajah merah lelaki itu dengan renehan peluh di dahinya, Damia tahu Ariq bukan dalam keadaan baik-baik.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now