Silap di mana itu Ariq tak pasti. Tapi tak logik jika Damia merajuk dengannya. Mana ada dia buat salah. Jika ada yang merajuk sepatutnya dia. Dia yang ditolak mentah-mentah. Belum campur sakit hati melihat Damia berbual dengan Harith dengan senyum manis begitu. Lagi menyebalkan, Damia menumpang kereta orang lain ketika perjalanan pulang dari Pangkor.
"Serabut sangat muka kau ni. Kenapa? Tak jalan macam plan asal?" Raees melabuhkan punggung di sisi katilnya. Bilik Ariq berselerak dengan bagasi yang belum dikemas. Baju yang mahu dibawa ke dobi pun sudah bersepah di lantai. Sudah beberapa jam mereka tiba di rumah sewa mereka, sepulangnya dari Pangkor.
Rencana asal, malam itu mahu diluahkan rasa kepada Damia. Melihat Damia dengan Harith pun hati sudah terbakar. Rasa mahu dijerut-jerut Harith guna tali rafia. Tambahan pula, dia tahu Harith sengaja provok. Tak kiralah Harith sengaja atau tidak, yang pasti, dia tak suka melihat Damia dengan lelaki lain.
"Gaduh? Tadi dia naik dengan Kak Maria kan?" Rambut diraup ke belakang, membiarkan tangannya kekal di hujung kepala. Segala neuronnya perlu berfungsi semula supaya dia bisa ingat apa yang berlaku.
"Bukan gaduh, tapi... Sumpah aku tak tahu mana yang tak kena. Suara aku macam pondan ke semalam?" Dikerlingnya Raees minta kepastian.
Berkedip mata Raees, kelu mahu membina jawapan balas. "Tak kut. Kau bukannya pondan tiba-tiba boleh keluar suara pondan." Tegak dia bersandar, sama-sama ingin memikirkan masalah Ariq.
"Okey. Kita kupas satu-satu. Kau cakap apa saja semalam?"
***
Perbualan pendek Harith dan Damia ternyata mengganggu hingga begininya. Pandangannya jelas ke hadapan, tapi fikirannya melayang. Tak habis fikir apa yang dikatakan Harith sehingga mengundang tawa Damia. Baru berjumpa dua hari, Harith sudah tinggalkan impression yang sangat baik pada Damia?
"Dia kata aku handsome. Dan bijak." Separuh benar, separuh bohong. Halallah. Hanya mahu lihat reaksi Ariq.
"Siapa?" Tumpuannya hilang total. Menanti jawapan Harith macam menanti buah tembikai gugur. Memang tak akan jadi. Malam, lelaki itu mengangkat sebelah keningnya, "Rasa-rasa?"
"Kau tahu? Tak selamanya orang lama itu akan jadi pemenang. Kadang orang baru pun mampu jadi pemenang."
Dengan rasmi, sepanjang majlis itu, dia diam tak berkutik. Diserbu segala rasa. Tiba-tiba sahaja tenangnya diragut. Masa terasa seperti mengejarnya. Takdir macam lari darinya. Esok sudah tak ada. Sepertinya hanya tinggal malam ini.
Ini cinta? Mungkin. Tapi yang pasti sayang dan senang sudah ada. Rasa mahu selalu bersama sudah menjalar. Yang tinggal hanyalah kata putus dari Damia untuk sama-sama menyelidik perasaan masing-masing. Jika memeriksa sendiri perlu masa lama, mungkin menjalaninya bersama akan terasa lebih cepat?
Jumpa saya lepas ni, boleh?
Butang hantar ditekan. Biarlah apa yang jadi selepas ini. Jangan difikirkan sangat. Yang penting dia sudah memulakan cara. Selebihnya dia hanya perlu berusaha. Dia yakin Damia punya rasa senang ketika dengannya. Perasaan lain akan datang dengan usahanya pula.
Begitukan?
Tak lewat sangat ke?
Balasan daripada Damia. Cepat dia taip semula
Saya pinjam awak sekejap saja. Janji sebelum jam 11 saya hantar awak semula.
Notifikasi masuk lagi.Ok.
Senyumannya muncul semula. Yes! Bumi Pangkor akan menjadi saksi. Pernyataan cintanya pada gadis yang mewarnai hidupnya belakangan ini. Yang sudah berjaya mengetuk ruang tersembunyi dalam dirinya.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...