Den's. Satu group chat yang ditubuhkan pada setahun lepas. Ahli dalam kumpulan itu sebanyak 27 orang. Di dalam kumpulan itu mereka bebas berbanting pendapat, bicara ghairah, memuji penuh cinta tanpa ada sebarang pihak yang menghakimi. Sisi gelap yang disembunyikan dan fantasi liar dapat direalisasi tanpa batasan. Sebaik sahaja video atau gambar terbaharu dimuatnaik, ahli lain bebas berkomentar tanpa limitasi.Namun itu bukan satu kumpulan yang terdedah kepada orang awam. Ianya adalah kumpulan peribadi dalam kalangan peminat fanatik. Untuk menjadi ahli bukannya mudah. Penyertaan mereka berbayar dan untuk mengakses setiap konten juga perlukan bayaran tambahan. Setiap ahlinya sudah ditapis oleh admin dan langganan mereka adalah bersifat anonymous. Jaminan yang diberi, tiada sesiapa yang akan tahu tentang rahsia gelap mereka.
Peraturan telah ditetapkan, ahli lain tidak boleh meminta sebarang maklumat tambahan melainkan yang sudah dihidangkan. Video dan gambar juga hanya boleh diakses di dalam group chat, dan fungsi muat turun telah dinyahaktif. Sebarang konten yang dihidangkan adalah haram untuk disebarkan.
User1: Thanks admin. Video hari ni hot!
User2: His sleeping face did something to me.
User3: Ala macam mana I nak confirm if its real?Admin: Now that the desserts are out, it's your turn to savor them.
Bermula daripada situ, segala aktiviti harian Den dikongsi. Wang bukan masalah buat Qisti, dia terlahir dari keluarga sudu emas. Dia sanggup berhabis untuk menyokong kerjaya nyanyian Den Mikhael. Dia sudah mulai mengikuti perkembangan Den sejak awal lagi Den bertapak dalam dunia seni. Tingkah kecil Den dalam rakaman haram itu cukap membuaikan. Meski sekadar video lelaki itu bermain gitar, berbual di telefon dengan keluarga, tetapi akses rahsia sebegitu membuatkan penontonnya rasa ekslusif. Bukan semua orang bisa melihat sisi Den yang ini.
Awalnya segala tentang Den Mikhael terasa normal. Lelaki lingkungan 20-an yang punya bakat nyanyian luar biasa. Jarang lelaki itu mempamerkan sisi kehidupan peribadinya. Sesekali bercerita tentang tempat pelancongannya, muat naik gambar untuk dikongsi dengan pengikut. Dengan potongan cukup hingga ke leher, wajahnya kekal tanda tanya. Sudah serupa hantu tapi hantu yang menggiurkan.
Pelbagai persoalan mulai muncul. Kacakkah lelaki itu? Dia sebenarnya kerja apa? Latarbelakangnya bagaimana? Single?
Persoalan-persoalan itu terasa cukup mengganggu. Terkadang semalaman Qisti tak tidur hanya untuk stalk media sosialnya yang langsung tak membantu. Pernah suatu ketika dia membaca komen dalam satu hantaran lelaki itu, ada peminat yang bertanya tentang wajah Den. Lalu komen itu dibalas.
Bunga97_halu: Wonderlah, Den ni handsome tak?
natInPermata: Handsome sis, I pernah tengok.
denswifeishere: Eleh, tipulah. Den mana pernah tunjuk muka.
natInPermata: Not lying. I join a tele group yang ada orang provide gambar Den di sana.
YOLO4lyfe: Gebang kuat kau, kak.
natInPermata: Up to you!Awalnya dia pun rasa pengguna natInPermata itu menipu sahaja. Ini bukan kali pertama ada dalam kalangan peminat Den yang mengaku sudah melihat lelaki itu. Sebelum ini ada sahaja yang mengaku sebagai rakan sekolah, jiran, adik, kakak, kaum kerabat. Semualah. Memperoleh publisiti percuma seperti ini siapa yang tak mahu. Sekali mengaku, berderet yang balas komen. Lagi-lagi, semua orang masih panasaran dengan figura di sebalik persona Den Mikhael.
Qistilah salah seorang yang tak henti mencari tahu. Sebahagian daripada minda logiknya, tak salah dia mencuba, mana tahu betul-betul jumpa. Lagipun ini bukan pertama kali kena prank begitu. Ramai yang suka menubukan persatuan 'isteri' Den Mikhael, untuk berkongsi delusi masing-masing tentang lelaki itu. Hematnya, ini kumpulan seperti itu juga.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...