Bab 36

164 19 13
                                    



Pandangannya berlabuh pada rak yang menempatkan beberapa buah album yang pernah dikumpulnya. Merchandise yang dibeli dalam keadaan bertarung dengan jutaan peminat lain. Semuanya dia sayang. Kenangan yang mahal.

Siapa sangka insan yang dipuja di balik layar kaca itu kini menjadi insan terdekatnya. Entah pasangan hidupnya nanti atau bukan, Damia tak mahu fikir sekarang. Jodoh, rezeki ajal itu semua kuasa tuhan. Manusia hanya mampu merancang. Yang menentukan itu Dia.

Di mana Ariq sekarang?

Gundahnya bukan rahsia lagi. Nama yang dia panjatkan dalam setiap doanya itu sukar untuk disingkirkan. Ketika dia yakin semuanya berakhir, panggilan telefon beberapa hari lepas itu mengembalikan harapannya yang mereka masih bersama.

Nafas berat dihela. Di mana pun Ariq sekarang, dia berharap Allah sentiasa melindungi langkah lelaki itu.

Terhenjut bahu saat sesuatu yang sejuk menyentuh pipi. Berpaling, dia melihat ada segelas air sejuk melekat di pipinya basah. Raihanah sengih menampakkan sebaris gigi putihnya. Ketawa kecil. Mak budak itu kemudian duduk di sampingnya.

Tadi selepas perjumpaan mereka, Raihanah ikut Damia pulang ke rumah, sementara menanti suaminya yang bawa puteri kecil mereka pulang ke rumah mertuanya. Bermain bersama atuk neneknya. Yasmin dan Jihan pula pulang ke kediaman masing-masing.

"Fikir Ariq lagi?"

"Mana ada." Bohong. Malulah asyik ingat tentang lelaki itu sahaja.

"Alihkan perhatian kau. Asyik ingat yang tak halal ini sebahagian dari gangguan syaitan." Dush! Mengena tepat ke hatinya. Sentap! Sudahnya Damia mampu menjebir sahaja. Bercakap dengan Raihanah berbeza sungguh daripada Yasmin dan Jihan.

"Apa lagi yang kau sangsikan? Dia dah convincekan kau. Percayakan dia, Mia. Lain-lain urusan kau serah pada tuhan."

Tak mudah seperti yang diucapkan.

"Kau rasa aku bodoh ke Rai?"

Kening Raihanah terangkat memahami arah perbualan ini. Sambungan tadi, sesi curhat di kafe. Tentang Jihan dan Yasmin yang memintanya untuk timbang tara status hubungannya dan Ariq. mencari makna hala tuju hubungan mereka.

Bukankah pasangan itu untuk saling mendukung, bukannya berahsia yang akhirnya memberi ruang untuk rasa tak percaya itu wujud. Bukankah cinta itu untuk saling bercerita selamanya mahu hal kecil atau besar supaya imbangan dalam hubungan itu sama, tidak memberat secara sepihak. Apa guna jika hanya satu pihak yang sudi mendukung, berkongsi, bercerita jika yang satu lagi tak memberi energi yang sama?

Lebih baik sendiri.

"Kalau aku kata ya, kau nak tinggalkan dia ke?" Senyap. Hakikatnya mereka sama-sama tahu jawapan Damia.

"Mia, kau tahu kita terlalu dihidangkan dengan standard sempurna. Cela sikit, kita anggap red flag. Silap, kita kata toxic. Aku bukan nak kata kita patut settle for less. No! Cuma manusia memang fitrahnya banyak kekhilafan. Tak ada yang sempurna. Macam tu juga dengan hubungan. Mesti ada pasang surut."

"Kau sebagai perempuan ada karenah yang perlu Ariq layankan. Dia sanggup bertoleransi dengan kau. Dia pilih sabar. Dan Ariq sebagai lelaki ada sifatnya yang kau perlu faham. Ada maruahnya yang kau perlu hargai. Jika dia pilih sabar, kenapa tidak kau?"

"Kalau kau memilih untuk bertahan dengan kekurangan dia, kau tak bodoh. Kau sedang memperjuangkan cinta kau. Tapi setiap perjuangan bukan untuk disia-siakan. Asalkan kau tahu batasan selama mana kau patut bertahan, kau tak bodoh." Tenang sahaja Raihanah bertutur.

Damia senyum. "Han buat kau jadi profesor cinta."

Makin lebar senyuman apabila nama suami dipetik. Lelaki itu... mendengar nama pun Raihanah sudah gembira. "Terasa macam baru semalam kan, kau yakinkan aku tentang Han."

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now