Dokumen perjanjian antara pihaknya dan Damia ditutup semula. Ini sebuah kemenangan untuknya tapi terasa dia yang dikalahkan tanpa berjuang.Wajah sugul Damia menghiasi ruang penglihatannya. Benar kata Damia, kerugian yang dialaminya jauh lebih besar dan lebih mengharukan Ariqlah punca kerugian Damia.
Isunya masih diperkatakan di media sosial walaupun tak sehangat ketika pertama kali ia diperkatakan. Ariq dapat memahami tekanan hebat yang Damia alami.
Tik!
Mata menangkap jari Amrullah yang berada di depan mata. Damia sudah lama beredar meninggalkan firma guaman Amrullah. Di bilik itu, hanya ada dia dan Amrullah.
"All done, mister Ragaman! Kalau budak itu ada langgar apa-apa term dalam dokumen ni, for sure kena penalti. But aku yakin she surely will not la. She doesn't seem like a bad girl pun. Cuma yeah, overly excited jumpa kau je kut. Macam teenagers kalau bertentang mata dengan ahli BTS." Di penghujung ayat Amrullah ketawa.
Ariq adalah epitom kumpulan lelaki Korea untuk para gadis era ini. Belum lihat rupa pun ramai yang sudah angau, inikan Damia yang sudah menatap wajah lelaki itu. Mana tak terbang ke langit perempuan itu.
Berbeza dengan penerimaaan Ariq, dia merasa tertekan. Tersalah bual atau apa, riak kecewa gadis itu masih jelas tergambar dalam mindanya.
"Should be fine, Ariq. Dia pun dah cakap jangan muncul depan dia dah. It's acceptable. Berapalah sangat percentage untuk kau jumpa dengan dia kan dalam berjuta-juta umat manusia ni?"
Ya, semuanya berjalan mengikut rancangan. Antaranya dan Damia sudah keluar dari kepompong yang menjalar sebelum ini. Segala kesalahfahaman telah dibetulkan. Masing-masing punya salah dan masing-masing sudah menghulur maaf.
Should be fine, Ariq. Tapi kenapa hatinya langsung tak tenang?
***
Segala media sosialnya telah dipadam sepenuhnya. Tak ada sebarang kebaikan terus membiarkan orang ramai menghenyak dirinya dengan kata-kata nista. Dia pejamkan mata dalam pangkuan ibunya. Ibu memintanya pulang ke Pahang. Katanya tiada apa-apa lagi yang tersisa untuknya di Kuala Lumpur.
Tenang rasanya dibelai ibunya begini. Terasa sudah lama tak bermanja dengan ibu.
Apabila ibu dan ayah datang melawat semalam, ibu dan ayah langsung tak marah. Mereka memeluknya hangat. Mereka faham dengan setiap tindak-tanduknya, mereka terima dan mereka sokong. Dan itu membuat Damia lebih hiba.
Jika ibu dan ayah memarahinya kerana gatal menggedik dengan lelaki asing maka dia akan lebih lega sekurang-kurangnya dia tahu ibu dan ayah tak sedih kerananya. Jika ibu dan ayah mengherdik kerana dia bodoh berhenti kerja begitu sahaja maka dia akan lebih tenang setidaknya ibu dan ayah tak menanggung beban fikirannya juga.
Namun apabila mereka senyum dan menyatakan yang mereka selalu ada di sampingnya, Damia jadi lemah. Dia buat ibu ayah sedih juga. Dia bebankan fikiran ibu dan ayah.
"Along tak nak balik kampung ke sayang?"
Bukan dia tak nak, tapi sayang, sebab dia dah terbayar sewa studio apartmentnya genap untuk setahun. Dahulu dia bayar awal sebab sudah janji dengan tuan rumah, jika buat full payment setahun dia akan dapat diskaun. Sekarang baru Februari, lagi sepuluh bulan berbaki sebelum tahun habis.
"Duit boleh cari lain along." Ayah mencelah, kopi yang dibancuh sendiri dicicip.
Damia masih diam. Ragu-ragu mahu pulang ke Pahang. Payah mencari kerja di Pahang. Peluang pekerjaan di Kuala Lumpur lebih tinggi.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...