Bab 46

145 13 6
                                    



Muka yang siap dioles ringkas itu dibelek untuk kali terakhir. No makeup makeup. Cukup untuk nampakkan kulit segar dan hidup, menutup cela wajah. Tak mahu berlebihan, nanti hilang seri pada hari kejadian.

Nak kata berdebar tak juga, bukannya tak pernah jumpa dengan Ariq. Hari hari jumpa dalam mimpi. Orang tua Ariq pun dah pernah bersua dengan Damia. Sudah saling kenal dan kenan. Cuma adalah sedikit gugup tentang pertukaran status ini.

Menjadi tunangan orang.

Sudah dua bulan berlalu sejak kejadian itu. Hubungan yang makin lama makin susah nak dipisahkan itu lebih baik disatukan dalam ikatan yang halal. Dah sama-sama mahu, apa tunggu lagi? Jalan sajalah. Mengikut angan angan Ariq, sebulan selepas bertunang ini, langsung menikah. Ya angan angan Ariq, sebab Ariq putuskan itu tanpa persetujuannya. Kalau ikut dia, lagi awal pun lagi baik?

Damia terkekeh sendiri. Gatal! Damia tampar muka sendiri. Cukuplah Damia. Kawal sikit fikiran sendiri. Senyum yang sudah mengganas nak terbit ditelan dalam dalam. Nanti Yasmin mengusik lagi parah jadinya. Kalau syaitan tahu ni mesti melompat tinggi. Deras deras dia menggeleng beristighfar panjang.

Kan ibu dah pesan kena kurangkan kegatalan itu nanti. Darah manis ni bukan hikayat rakyat semata. Ia adalah peringatan untuk menjaga adab, kelakuan, bicara bahkan fikiran sebagai persiapan menuju ibadah yang baru.

Sebetulnya tarikh pernikahan yang dirancang bukanlah seawal ini. Semasa keluarga Ariq hantar rombongan meminang ke rumah Damia, sudah diputuskan hujung tahun nanti baru mereka melangsungkan perkahwinan.

Urusan perkahwinan bukan hal kecil. Mohon kebenaran berkahwin, tempah dewan, cari baju, cari cenderahati. Pokoknya persiapan rapi akan makan masa yang panjang. Tapi difikir-fikir apalah lagi perlu ditangguh. Kalau semuanya tak dapat disediakan dalam waktu terdekat, tangguh sajalah dulu resepsi pernikahannya. Laksanakan yang wajib sahaja.

Damia setuju, Ariq lagi setuju.

Damia sendiri tak punya angan besar tentang pernikahan yang gilang gemilang. Impiannya cukup berkahwin dengan lelaki yang mencintai dan dicintainya. Dan hajatnya sudah tercapai. Lelaki itu sudah datang dalam hidupnya.

When I have you nothing really matters anymore.

Acewah! Nampak macam ke langit tapi itulah yang dia rasakan sekarang. Tetapi dalam masa yang sama dia juga mahu ambil masa persiapkan diri dalam ikatan perkahwinan. Kerana memasuki alam rumah tangga merupakan ibadah yang paling panjang.

Perkahwinan bukannya satu ikrar yang sesuka hati boleh ditarik balik. Terlafaz sahaja akad, maka hidupnya bukan miliknya seorang. Milik insan lain juga.

Tapi setakat ini semuanya sudah hampir siap. Mereka pun tak terlalu memilih dan cerewet. Mana mana yang available dan enak dipandang mereka ambil. Sebab mereka baru merancang di saat-saat akhir terpaksalah mereka menggunakan khidmat wedding organizer. Lega juga semua pihak sana yang selesaikan.

"Cantik dah! Juling mata Ariq nanti kalau lawa sangat," Jihan berdecit, dari skrin sana sambil ketawa jahat, mengusik kawan yang masih tak sudah merenung cermin. Damia tayang muka tak ambil port sebelum dia bangun dan semak pula senarai dulang yang sudah disusun elok. Lima berbalas tiga. Sebab tak sempat nak prepare banyak banyak.

Jihan tak dapat hadir hari ini. Dah semuanya berlaku terlalu cepat, jadual pun tak dapat disesuaikan. Janjinya nanti semasa majlis pernikahan Damia pasti dia datang.

"Snap gambar banyak-banyak tau! Nak tengok."

Yasmin mengangguk. "Sekarang nak tengok Maya." Raihanah menggeleng. "Kat bapak dia."

Jihan mengeluh. Susah apabila jauh daripada rakan-rakan yang lain. Tapi apakan daya. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan di sini.

"Lepas ni kaulah kan Min?" Terdiam Yasmin. Paksa senyum dan terus ubah topik perbualan. Damia dan Raihanah berpandangan. Maklum tentang status hubungan Yasmin yang dilanda kebisuan. Yasmin tidak bercerita panjang, katanya mungkin tiada jodoh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now