Bonus Chapter 2

252 16 11
                                    


Satu keadaan pada masa hadapan.

Ariq berjalan masuk ke kafe itu melihat tiga temannya sudah berbual. Sejak dah daftar kelab bapak-bapak ni bukan mudah nak curi masa keluar begini. Ada mem kecil yang merajuk nanti. Maklumlah mem yang satu tu nanti kalau merajuk, boleh separuh gila Ariq nanti.

Jenuh nak berjaga malam buat susu.

Sampai sahaja dia duduk di kerusi kosong itu. Di sisinya ada Raees, di depannya Erhan. Di sisi Erhan ada Harith. Jujurnya terasa aneh. Kalau dulu bukan Harith yang mengisi kerusi kosong itu. Ada insan lain.

Tapi cukuplah. Pengkhianatan itu terlalu besar.

"Apa masalahnya ni?" Ujar Ariq tanpa basa-basi. Nak cepat. Bukan tak seronok lepak dengan kawan-kawan, tapi baru sekejap keluar dah rindu. Rindu mak kepada mem kecil.

Raees ketawa dulu. "Kau jangan tanya aku. Tanya bujang trang tang tang dua ketul ni. Katanya nak minta khidmat nasihat pakar perkahwinan, pengerusi kelab ulat bulu, Encik Ariq Solihin."

Bibir Harith tersoyak senyum sinis, "Macamlah kau berbini." Dijeling sepupunya itu sekilas.

Di situ hanya Ariq yang sudah berkahwin. Tiga ketul itu masih menderitai status bujang masing-masing. Ya. Menderitai bukan menikmati. Dulu ingatkan si Harith ni yang akan kahwin dulu, maklumlah dia perempuan keliling pinggang. Jejaka idaman ramailah katakan.

"Whoa.. whoa.. we're in different league, brotha. Aku memang tak nikah lagi, tapi aku dah dimiliki. Dah ditambat cuma belum diikat mati. Menanti hari saja nak menyarung cincin pada pujaan hati," balas Raees spontan. Sengih lebar teringatkan cinta hatinya.

Padanlah kadang-kadang Harith benci betul dengan sepupunya ini. Kalau Ariq pun sakit hati nak menghadap saudara yang punya perangai tak semenggah ini. Jam di tangan ditatap lama. Ada gambar isteri tercinta. Comelnya! Tak sabar nak balik rumah.

"Tengok apa?" Tegur Raees buat angannya terbantut. Seketika Ariq betulkan duduknya.

"Ha, cepat. Siapa nak consult dulu? Satu sesi, RM60."

"Bapak melampaunya cas. Macam harga extraction gigi susu dah ni," laju juga Raees mengomel. Di kliniknya pun cas untuk konsultasi tidak setinggi itu. Ariq angkat bahu. "Rate pengerusi ulat bulu. Kau apa tahu."

Berdekah ketawa Raees melihat Ariq melayan perangai mereka menggelarnya pengerusi ulat bulu. Mulanya Ariq jengkel apabila nama timangan rahsia itu terkantoi kepada kawan-kawan lelakinya. Tapi sekarang nampak macam dah reda saja.

Di sela tawa Raees, Erhan berdeham tiba-tiba. Tarrik nafas panjang sebelum dihembus perlahan-lahan. Ada persoalan yang menyelubungi dirinya sejak dua menjak ini. Sesuatu yang tak mungkin dia katakan di hadapan sahabat KOTA walaupun geng-geng itu semua dah berkahwin. Tinggal dia sahaja yang single.

Erhan tak dapat bayang apa jadi kalau cerita pada tiga ketul lagi tu. Gila! Nak kena ejek tujuh keturunan ke?

Tak boleh, tak boleh. Baik luah kat sini. Geng sini matanglah sikit dari yang sana.

"Bini kau.. bini kau suka apa?" Soalnya takut-takut.

"Asal?" mencerlung mata Ariq memandang Erhan. Jangan macam-macam sebut nama isteri dia.

"Tanya je. Allah! Over betul. Aku nak tahu orang perempuan ni suka apa." Air digelasnya disedut laju menyembunyikan debar di dada. Nak menanti jawapan Ariq pun dah resah.

Ariq mula berfikir. Sesaat kemudian dia menjawab.

"Bini aku... suka aku. Hmm.. betul. Dia suka aku. Dari dulu sampai sekarang, aku je benda yang dia suka. Kenapa?"

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now