Bab 10

291 24 8
                                    



"Mana Damia?"

Sebaik sahaja menerima panggilan daripada ASP Awal pagi itu, Ariq dan Erhan terus bergerak ke Balai Polis Dang Wangi. Hanya tuhan yang tahu getir perasaannya saat menerima berita daripada ASP Awal. Bimbang, resah, gundah bercampur baur. Matanya melilau mencari Damia sebaik sahaja dia sampai namun bayang gadis itu tak kelihatan.

"Cik Damia dah balik."

Bercantum keningnya tak percaya, "Tanpa jumpa saya dulu?"

Inspektor Sakinah menggeleng, "Setakat ini tak ada keperluan Encik Ariq nak bertemu dengan Cik Damia. Jadi saya lepaskan Cik Damia untuk pulang dahulu." Ariq terdiam hanya menyedari kesilapan bicaranya saat Erhan menyiku lengannya.

Inspektor Sakinah tenang menunjukkan beberapa lembaran kertas, laporan siasatan kesnya.

"Ini adalah laporan berdasarkan keterangan yang diberikan Cik Damia. Mungkin boleh jadi petunjuk besar untuk kes ini. Kalau betul telahan Cik Damia tentang stalker Encik Ariq adalah orang yang sama dengan pengirim kotak ini, maklumat ini penting untuk kita buka carian suspek."

"Kotak?"

Inspektor Sakinah keluarkan gambar hamster mati yang diletakkan ke dalam kotak yang dikirim kepada Damia. Turut disertakan adalah kepingan nota. Berderau darah Ariq.

"Macam mana inspektor boleh fikir ini adalah orang yang sama?" Tanya ASP Awal masih meneliti gambar tentang bukti kes.

Sekeping nota yang dikepilkan bersama diletakkan dalam beg plastik berzip itu diberikan kepada Ariq.

This is exactly what would happen when you stole my position.

Ariq dan ASP Awal berpandangan. Tak sukar untuk mereka faham maksud di sebalik nota itu. Ariq raup wajahnya, menghela nafas kasar. Tak pernah sekali dia terfikir keterlanjurannya dahulu akan mengheret Damia dalam permasalahannya. Bukan ini niatnya sewaktu dia membuat ciapan itu.

Ariq tersilap. Terleka.

"Ini bukan kiriman pertama yang Cik Damia dapat. Pihak kami percaya yang ada hubungkait antara kiriman pertama dan kedua." Inspektor Sakinah berkata, meraih perhatian Ariq dan ASP Awal semula.

"Bukan kiriman pertama?"

"Kiriman pertama adalah bunga ros hitam bertarikh 18 Januari, jam 1 tengah hari. Kiriman bunga itu dibuat kepada Cik Damia. Kita masih cuba siasat bunga itu ditempah daripada kedai bunga mana dan dibuat atas nama siapa." Inspektor Sakinah masih tenang menjelaskan, menunjukkan pula kepingan kad yang disertakan bersama jambangan bunga tempoh hari.

This is only the beginning.

"Motif? Apa motif dia lakukan semua ini kepada Damia?" Erhan menyoal. Cuba mencari justifikasi tindakan stalker itu menyerang Damia pula.

"Kami syak dia mungkin cemburukan Cik Damia. Mungkin dia fikir Cik Damia berjaya dapatkan perhatian Encik Ariq apabila Cik Damia dituduh menjadi stalker Encik Ariq."

"Gila ke?" Erhan tak mampu kawal tona suaranya yang sudah naik beroktaf-oktaf. Amarahnya sukar dikawal.

"Lebih daripada gila, Encik Erhan," ASP Awal membalas. "Dia takkan lakukan semua ini kalau dia waras."

"Jadi buat masa sekarang, kami minta," "Damia..." Ariq memotong, menghentikan kata-kata pegawai polis wanita itu. "Dia okey?"

Inspektor Sakinah terjeda sebelum senyum terukir. "Ya, dia baik-baik sahaja. Sangat berikan kerjasama. Saya haruskan berikan kredit pada dia sebab berani tampil..." "Bukan."

Menelan air liur. Kata-katanya turut berselirat sama seperti mindanya sekarang. "Maksud saya. Dia okey? Atau dia ketakukan? Mentally, physically, fine?"

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now