Bab 25

171 21 6
                                    


Puan Zainab baru sahaja keluar daripada bilik rawatan Ariq. Pagi tadi mereka ada menelefon Puan Zainab semula memintanya untuk datang mengambil acuan gigi. Seperti jangkaan Puan Zainab membebel panjang. Nasib baik kemarahannya reda apabila Ariq sendiri yang berbicara di telefon.

Benarlah, Ariq selalu punya cara untuk menenangkan hati orang. Termasuk dia. Tapi tidak kali ini.

Damia masih kekok mahu bercakap dengan Ariq. Tentang kejadian semalam pun dia tak berpeluang untuk berterima kasih kepada lelaki itu. Masa mencemburui, langsung tak diberi ruang untuk mereka berbicara berduaan walau sebentar. Mungkin, masa pun letih asyik memberi peluang. Beri peluang pun dibazirkan jua dengan adegan tarik tali.

"Dah sampai pun." Beberapa dokumen yang dipos ke alamat klinik itu ditilik oleh Maria. "Sijil APC ni," getus Maria sendiri. Membuang pandang ke arah Damia, Maria sengih selamba. "Tolong akak, hantar dekat bilik doktor-doktor."

Damia mengangguk. Dalam hati bersorak kecil, dapa juga jumpa dengan Ariq. Jadual temujanji pesakit diintai. Pada ruangan temujanji Ariq kosong sehingga ke tengah hari. Ada masa. Damia mahu berterima kasih soal semalam. Dia menyerahkan dokumen itu ke bilik Doktor Syana dan Doktor Raees terlebih dahulu. Bilik Ariq akhir sekali, ada yang mahu dibicarakan.

Melangkah masuk ke bilik itu, Damia lihat Ariq sedang scaling gigi sendiri. Satu tangan memegang cermin manakala satu lagi memegang scaler handpiece. Ariq berpaling ke arah Damia sebaik sahaja mendengar pintu biliknya ditolak, menggamit gadis itu untuk masuk.

"Ada apa?" Soalnya, lembut seperti selalu. Pandangan redupnya selalu buat Damia terleka.

"Tak, saya nak bagi sijil APC," Ariq menunjukkan jari ke arah mejanya. Damia letakkan surat itu di atas meja Ariq. Ariq tak menyambung lagi perbuatannya, sebaliknya matanya lekat pada Damia. Damia mundar mandir mencari topik. Sesekali wajah Ariq dipandang. "Scaling gigi sendiri ke?"

Ariq mengangguk, menoleh ke arah Damia sambil tersenyum sinis, "Haah. Kenapa nak tolong scaling kan?"

"Ish, mana ada. Tanya je." Merah muka Damia. Itu yang Ariq suka mengusik Damia. Cepat betul nampak kesan, kalah produk merkuri. Melihat Damia tak berganjak dia tahu ada sesuatu yang mahu dituturkan oleh gadis itu. Tentang semalam. Tapi Ariq tak mahu buka soal itu, nanti sekejap saja dapat luang masa bersama. Kalau boleh ambil kesempatan sikit, dia mahu berlama dengan gadis itu.

"Nak saya scaling gigi awak ke?" Spontan.

"Eh tak apalah." Damia suah menggaru sisi kepala yang tak gatal.

Ariq meletakkan scaler handpiecenya. "Berapa lama dah tak scaling?" Damia diam, sedang mengira-ngira. Jarinya dibuka dilipat menghitung waktu. "Setahun lebih dah. Last waktu awal tahun lepas."

"Sini, saya scaling gigi awak sementara tak ada patient ni," tawarnya. Bulat mata Damia. Tak menyangka tawaran itu dilayangkan kepadanya. Damia telan air liur menggeleng laju.

"Tak apalah, nanti saya scaling dengan Doktor Syana." Seganlah dia nak nganga mulut depan Ariq. Gigi dahlah tak lawa mana. Takut pula kalau ada bau-bauan aneh nanti. jatuh saham dia.

"Kalau macam tu, saya ajar awak scaling gigi sendiri. Duduk dulu," tangan Ariq menarik satu kerusi yang memang tersedia untuk assistant di biliknya. Ditepuk kerusi itu perlahan meminta Damia untuk duduk. Lambat-lambat Damia duduk juga. Ariq hulurkan scaler handpiece itu kepadanya.

"Cermin saya pegang. Mula-mula awak buka mulut," ringan saja tangan dan mulutnya mengikut kata Ariq. Bagai dijampi, terus terlupa niat asal mengapa dia masuk ke bilik itu. Damia tatap wajah sendiri pada cermin muka yang dipegang oleh Ariq.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now