"Maksud kau?""Tak ada maksud-maksudnya. Aku minta Raees ambil Damia kerja di klinik tu." Selamba mi goreng itu dikunyah rakus. Pertemuan kali ini tak disertai oleh dua sahabat lagi. Erhan sedia maklum yang kedua-duanya memang sedang sibuk.
Lagipun dia tahu akan keadaan Ariq yang belum stabil. Sebolehnya dia mahu Ariq rehat sahaja. Itu yang lelaki itu perlukan. Dia tak mahu Ariq banyak berfikir yang akhirnya akan menyukarkan lagi proses pembaikan Ariq.
"Untuk apa? Bukankah urusan mereka dah selesai?"
Setahunya antara Damia dan Ariq, sudah menemui titik noktah. Terakhir dia menyelesaikan urusan mereka adalah berkaitan beberapa syarat untuk berdamai. Maka dia tak melihat relevannya Erhan mengambil Damia untuk bekerja di klinik Raees.
Garfu diletakkan di sisi pinggan. Mata tajam menikam Amrullah yang langsung tak menguis nasi goreng yang dipesan itu. Tentang rencana yang mahu dirahsiakan daripada Ariq, perlukah dia berkongsi dengan Amrullah?
Sejenak dia bulatkan hati. "Aku nak gunakan Damia untuk perangkap stalker Ariq." Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. "Kau tahu tak Damia dapat nota ugutan?"
Melihat Amrullah ternganga luas, Erhan kembali bersandar di kerusinya. Hilang selera mahu sambung makan. Setiap kali mengulas tentang stalker Ariq, loyanya akan buat grand entrance. Geli geleman. Kembang tekak. Semuanya sebab teringatkan mesej-mesej dan video yang menjijikkan itu.
"Damia dapat nota ugutan. Dua kali. Kali pertama dia kirim bunga ros hitam. Kali kedua dia kirim bangkai hamster! Kau tak rasa perempuan itu gila ke? Kau tahu dia tulis apa? This is exactly what would happen when you stole my position. Dia anggap Damia dah rampas posisi dia, dah dapat attention Ariq."
Amrullah masih tak bersuara, memberi peluang Erhan menghabiskan ceritanya.
"Aku tak rasa kita patut berdiam diri lagi. Lama dah kes ni berlarutan. Makin lama Ariq boleh jadi gila." Kalau Ariq gila, risau dia pun akan gila.
"Tapi kau kena tahu, ini kes stalking online. Bukan senang nak buktikan. Tambah ini Malaysia, Erhan. Selagi dia tak ganggu gugat kehidupan nyata Ariq, memang sudah nak sabitkan kesalahan." Amrullah utarakan pandangannya. Sedari dulu, dia peringatkan Ariq dan Erhan tentang hakikat itu.
Secara undang-undang, amat sukar untuk membuktikan pelaku dalam kes Ariq.
"Sebab tu aku nak gunakan Damia. Aku nak kehadiran Damia dalam circle Ariq, akan huru-harakan lagi stalker itu. Biar dia tahu yang Damia dah betul-betul rampas posisi dia. Aku nak dia bertindak di luar kawalan. Supaya dia tersilap langkah. Munculkan diri."
Amrullah menggeleng, "This is wrong. Damia could get hurt."
Melibatkan Damia hanya akan membesarkan masalah sedia ada. Erhan pandang rendah tentang penghendap Ariq. Tak patut Erhan bertindak melulu begini jika benar Erhan mahu selesaikan masalah. Sepatutnya Erhan biarkan dia selesaikan masalah seperti selalu.
"Ini keputusan aku yang paling tepat, Amru. Dan aku yakin, dengan cara ini kita akan dapat tangkap stalker Ariq. Aku akan pastikan dia dapat balasan yang setimpal."
"Aku tak setuju. Kalau betul kata kau, kehadiran Damia akan trigger stalker Ariq, kita tak patut libatkan orang yang tak bersalah." Sekarang dia betul-betul tak faham dengan jalan fikiran Erhan. Mengapa Erhan beria sangat nak menangkap penghendap Ariq.
Berkali-kali dia katakan, jenayah itu sukar dibuktikan secara undang-undang. Nyatanya, Ariq hanya perlu bertahan. Mereka baik-baik sahaja selama Ariq bertahan. Dia sudah sedaya upaya membantu menyekat sebarang gangguan daripada 'sampai' kepada Ariq.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...