Bab 4

220 20 11
                                    



Tak lama masa diambil untuk postingnya meletup di mana-mana media sosial. Tangkap layar posting di Instagram itu dimuatnaik semula oleh pihak lain di pelbagai platform. Benar kata Erhan, cepat saja berita tersebar dan netizen sudah mula menggali gerangan stalker itu.

Mungkin kerja mereka lebih pantas daripada polis.

Ruangan komen dijengah. Rata-rata menyumpah perempuan itu. Ada antara pengikutnya yang menyaksikan kejadian di stesen LRT itu mengeyakan cerita Ariq. Ada yang mula memberitahu mereka telah menjumpai akaun Instagram dan X perempuan itu. Ada yang mulakan serangan siber terhadap perempuan itu.

Akaun rasminya Damia Qaisara. Ariq sudah semak profil dan postingnya. Benar, wanita itu.

Tapi jauh di sudut hati, Ariq sebenarnya dipagut resah. Benarkah tindakan yang diambil ini?

"Kau tahu bila polis pun tak guna, kuasa social media je ada untuk kita kembalikan hak kita," itulah yang Erhan ucapkan tadi. Tadi mereka merasakan berkongsi rentetan peristiwa yang terjadi dengan orang awam mungkin boleh menemui petunjuk baru.

Kini, Ariq malah merasakan sebaliknya. Semuanya berantakan. Mengundang perhatian yang tak perlu. Yang bukan pengikutnya pun sibuk mengambil tahu. Akhirnya keluar cerita-cerita dalam versi tokok tambah. Mungkin sahaja ada unsur fitnah yang diselit.

Bulu kuduknya merinding tiba-tiba.

Terdetik dalam hati, bagaimana jika perempuan itu bukan pelakunya?

"Yang kau risau sangat pasal perempuan itu kenapa? Dia dah hancurkan hidup kau. Kau sedar tak?" Bentak Erhan. Jelas Erhan tak berpuas hati dengannya. Melihat Ariq mundar mandir meragui keputusan bersama tadi.

Menurut Erhan, semuanya jelas. Perempuan gila mana yang berani bertindak begitu melainkan dia benar-benar sudah lama menghendap Ariq?

"Macam mana kalau assumption aku salah?" Ariq rungkai kebarangkalian baru. Keresahan yang menyelubungi bukan main-main.

Erhan urut pelipis, "Kalau kau salah sekalipun, perempuan itu masih boleh didakwa, she took your picture without consent."

"It was just a picture."

"It was just a picture, at first. Then she will take away just your private life. Kau jangan kecilkan perkara begini Ariq. Sebab kita abaikan petanda-petanda kecil, kes ini jadi serumit ini."

***

Mukanya berasap, dia sudah naik hantu. Lelaki itu betul-betul mencabar maruah wanitanya. Tak lama selepas posting Instagram Den dimuatnaik, beberapa orang pengikutnya mendakwa mereka menyaksikan kejadian di stesen LRT itu mula mencari Instagramnya pula.

Dalam masa beberapa minit sahaja dia menjadi terkenal. Sangat terkenal. Di mana-mana platform media sosial penuh dengan namanya. Tak cukup itu, Instagram, X dan Tiktoknya diserang hebat.

Bunyi notifikasi tak berhenti daripada tadi. Damia tak dapat bezakan antara temannya yang bertanyakan kebenaran atau pengikut-pengikut Den yang mahu mengecam. Tak pernah seumur hidupnya terima notifikasi sebanyak itu sehingga telefonnya hang.

Penuh makian dan cacian dilempar. Katanya dia patut mati. Dia patut merana. Kepala diurut, rambut sudah diramas kasar.

"How in the hell he could think like that? That I'm his stalker?"

Jika tadi dia rasa malas-malas campur mengantuk untuk bekerja esok, sekarang rasanya mengantuknya sudah diganti. Rasa mahu mencarut.

Gelas air masak diteguknya laju. Rasa mahu hempas telefon sendiri yang masih tak berhenti berbunyi. Dia pejam mata memikirkan solusi.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now