Bab 8

185 20 2
                                    



She lives rent free on your head.

Freaking true.

Kerana selepas kejadian itu, tak ada masa yang dia tak terfikirkan gadis itu. Damia dah bersarang dalam otaknya.

Menyesal?

Sangat. Dia jarang silap dalam berkata-kata. Selalunya setiap butir bicaranya akan ditapis secara automatik oleh otaknya. Sedaya upaya setiap baik kata yang terucap tidak akan menyakitkan mana-mana pihak.

Tidak akan ditelungkupkan manusia atas muka mereka - atau atas hidung mereka - ke atas api neraka melainkan hasil tanaman lidah mereka.

(Hadis Riwayat Tirmizi)

"Saya fikir hanya perempuan tak ada maruah sahaja akan sewenang-wenangnya bercakap begitu tanpa rasa segan silu." Tapi entah mana silapnya hari itu, dia bagai terlepas cakap walaupun tiada langsung niat nak menyakitkan hati Damia.

Kata-kata itu bukan ditujukan kepada Damia, tapi si stalker tak guna itu. Tetapi ketika dia ingin menghentikan langkah Damia dan menjelaskan, lidahnya beku. Seakan separuh hatinya menjerit – so what? Kau tetap anggap dia sekadar perempuan tak malu yang menggedik ketika pertama kali bertemu.

Damn! He was doomed.

Tidurnya langsung tak lena. Makan pun tak selera. Fikirannya merata-rata. Sesal menyelubungi diri. Bukan dia tak cuba menghubungi gadis itu semula. Dia sudah cari dari semua media sosial milik Damia tapi malangnya semuanya sudah dipadam.

Sebelum ini, dia tahu Damia bekerja di The Getty. Tapi Damia sudah diberhentikan. Jadi dia buntu mahu mencari Damia ke mana lagi. Takkan dia perlu heret Damia ke firma Amru sekali lagi? Kali ini atas alasan apa? Tuntutan pernyataan kerana melukakan hati seorang perempuan tanpa niat?

Tangannya masih ligat mencari profil atas nama Damia Qaisara. Tak ada satu pun yang dia rasakan milik Damia.

Damia macam ghaib ditelan bumi.

Mungkin kerana kecaman dan hinaan masih terus berlangsung kepada Damia. Tak adil untuk Damia menanggung semua deritanya seorang jika dia menjadi puncanya. Situasi memang kejam terhadapnya tapi seharusnya dia tak lemparkan bebannya kepada Damia pula. Ariq tarik nafas panjang.

Instagramnya dibuka. Posting permintaan maaf daripadanya sudah tular semula. Banyak pihak yang bereaksi. Rata-rata kagum dengan kebolehannya berterus-terang dan mengaku salah. Tapi bukan itu yang dia harapkan.

Sebolehnya dia mengharapkan orang ramai meminta maaf kepada Damia. Dia bukanlah hero yang berani mengakui kesalahan, sebaliknya dia adalah pengecut yang memalitkan orang yang tak bersalah ke dalam masalahnya.

Berharap Damia dapat membacanya.

***

Sudah hampir tiga minggu berlalu sejak kejadian itu. Damia betul-betul ingatkan orang sudah tak ambil pusing tentang dia. Ternyata tidak. Setelah dua minggu, dia masih hangat diperkatakan.

Tapi hari ini, rentaknya berbeza. Tak semua mengecam malah ada yang kasihankan dia. Walaupun tak semua meminta maaf semula, tapi kutukan kepadanya mula kendur. Ada yang memahami reaksinya ketika mula-mula bertemu Ariq.

Dari digelar whore, bitch, perempuan sial, benak dan macam macam lagi, tapi sekarang tiba-tiba ada yang menulis – kami faham akak, kalau kami dapat jumpa Den pun, kami confess juga.

Gila!

Andai saja dia tak cukup akal macam netizen-netizen kaki wayang ni, dah lama seorang demi seorang dimakinya. Tapi Damia tak nak jatuhkan diri sama aras dengan orang-orang tak cukup akal begitu.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now