Damia tahan rahangnya daripada tersenyum. Guna satu tangan tak menjadi. Jadi dia guna dua tangan. Ditekan pada kedua-dua belah pipi supaya tak mengorak senyum lagi. Tolonglah! Cukup pagi tadi, cukup!Jangan nak buat malu depan lelaki itu.
I always knew you were the best
The coolest girl I know
So prettier than all the rest
The star of my show
So many times I wished you'd be the one for me
I never knew it'd get like this, girl, what you do to meOh tidak! Sekarang hanya lirik itu yang bermain di kepalanya. Kalau setakat lirik yang muncul tak mengapa lagi. Ini kepalanya sudah membayangkan yang Ariq sedang menyanyi sambil senyum senget kepadanya.
Kenapalah Ariq perlu cover lagu ini dalam banyak banyak lagu Justin Bieber yang ada? Adakah sebab semalam dia kata dia mahu band itu nyanyikan lagu Justin Bieber? Jadi Ariq tunaikan?
Damia lihat video itu dimuatnaik pada jam 11.15 malam di akaun Youtube miliknya. Mereka pulang semalam dalam jam 10.30 malam. Kata Ariq jarak kafe itu ke rumahnya makan masa dalam 20 minit. Mungkin siap mandi, solat, urus diri terus Ariq menyanyi.
Oh, the effort!
Pipinya ditampar perlahan. Bukan untuk kau! Bukan untuk kau!
You're who I'm thinking of
Girl, you ain't my runner-up
And no matter what you're always number one
My prized possession
One and only
Adore ya
Girl, I want ya
The one I can't live without, that's you, that's you
You're my special
Little lady
The one that makes me crazy
Of all the girls I've ever known, it's you, it's you
My favorite, my favorite, my favorite
My favorite girl, my favorite girlTapi bukan salah dia jika dia perasan. Siapa suruh Ariq letakkan kata-kata begitu dalam description boxnya. Itukan rahsia mereka.
Video itu kembali diulangputar. Suara jejaka itu betul-betul merdu! Tak reti dia nak gambarkan betapa lunaknya alunan suaranya yang menjadi halwa telinga. Setiap lirik Inggeris itu disebut dengan diksi yang baik. Diserikan dengan petikan gitar menjadikan cover akustik itu tersangatlah sempurna.
You take my breath away
With everything you say
I just wanna be with you
My baby, my baby, oh
Promise I'll play no games
Treat you no other way than you deserve
'Cause you're the girl of my dreams
Terasa bahunya dicuit. Dia berpaling melihat Suzila dan Huda yang baru sampai."Dengar apa tu?" Skrin telefonnya diintai dari tepi. Serentak hujung bibir Huda terjungkit. "God, peminat Den juga ya?"
"Huda pun minat ke?" Suaranya separa menjerit. Oh my! Teruja jumpa geng. Sekian lama jadi pemuja berseorangan, maka apabila bertemu dengan golongan yang punya minat yang sama, automatik gedik yang luar biasa keluar.
Mereka sudah berpegangan tangan, meloncat seperti budak kecil mendapat gula-gula.
"Kita minat... tapi tak ada geng!" Teriak Huda diselakan dengan rengekan seakan mahu menangis. "Sama Huda! Haaa... sukanya."
"Dia cover lagu baru kan?" Huda sudah mengambil tempat di sebelah Damia, duduk mendekat dengan Damia. Sama-sama melihat skrin telefon Damia. Sekali lagi, lagu itu dimainkan.
My prized possession
One and only
Adore ya
Girl, I want you
The one I can't live without that's you, that's you
You're my special little lady
The one that makes me crazy
Of all the girls I've ever known, it's you, it's you
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...