"It was a trap."Damia mahu hantuk saja kepalanya ke dinding. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna. Kalaulah dia sabar sikit sahaja lagi tadi, tak ikutkan emosi, pasti perkara seperti ini tak akan menimpanya.
"Mia, dengar tak apa aku cakap ni?" Raihanah menyoal dari hujung talian.
"Ya..." Malas-malas mahu menjawab. Moodnya dah terbang pergi. Yang tersisa hanyalah jasad yang mungkin tak lama lagi akan ditelan bumi. Kenapalah dia ni bodoh sangat. Umur dah 28 tahun tapi perangai macam budak 8 tahun.
"Tidur Damia." Yasmin pula bersuara.
"Macam mana aku nak tidur kalau jadi macam ni? Baru nak reda sikit pasal kes stalking tu. Tiba-tiba dah keluar kes baru pula." Dah tersedu-sedu dia menangis.
Temuduga di Bittara HQ adalah perangkap. Langsung Damia tak terfikir yang syarikat itu mengadakan temuduga palsu untuk memerangkapnya supaya dijadikan bahan dalam content media sosial mereka. Dari awal, syarikat itu sudah tahu siapa dia yang sebenarnya.
Jadi mereka berpura-pura memanggilnya menghadiri temuduga, selepas itu provok dia sampai dia naik gila. Kalau tidak masakan sudut kamera itu berada di kedudukan sempurna dan dirakam dalam kualiti yang tinggi.
Paparan video semasa di bilik temuduga saat Damia melemparkan fail resume ke muka penemuduga itu. Bersambung lagi semasa Damia pecahkan pasu bunga ke pintu kaca butik. Cuma bunyi saja ditutup.
Langsung tak menggambarkan kejadian sebenar. Video yang dipotong sana sini itu masih mendapat perhatian ramai. Siap ada portal hiburan yang cover semula ceritanya dengan caption, Stalker Den Mikhael Buat Hal Lagi – Kali Ini Serang Founder Bittara HQ.
Pada akhirnya, Bittara HQ mengaut keuntungan. Video itu berjaya meraih simpati umum, jualannya bajunya sewaktu live laku macam Dendeng Nyet Khairul Aming. Semuanya atas dasar sokong mangsa teraniaya. Walaupun hakikatnya, Damia adalah mangsa.
Sudah berbakul- bakul carutan Damia keluarkan.
Seperti dulu dia dikecam lagi. Orang mana nak fikir panjang. Apa saja teh yang dihidang, mereka teguk puas-puas dan melahar selepas itu. Semuanya percaya bulat-bulat.
'Ingatkan memang innocent, rupanya macam cibai ya perangai'
'How could Den minta maaf dengan perempuan macam ni? I think dia dah manipulate Den into thinking yang dia bukan stalker Den yang sebenar. Padahal memang dia pun.'
'Sumpah psycho do betina ni. Scary gila perangai. Dahlah buruk, perangai macam sial.'
Damia tak mahu baca lanjut. Baru tadi dia buat akaun X yang baru apabila kawan-kawannya memberitahu berita tentang video yang dimuatnaik oleh Bittara HQ. Sudah dipesan jangan cari, tapi mana Damia nak tahan. Terus buat akaun baru dan cari tahu.
Sudahnya dia menyesal. Kerana turutkan emosi.
Bengkak mata menangis lagi malam ini. Damia ni luaran nampak brutal tapi hakikatnya lembik. Patut tampal sticker 'fragile' pada dahi.
"Mia, dahlah tu. Jangan buat kitorang risaulah." Jihan memesan pula. Bimbang melihat Damia. Mereka tahu yang Damia memang tersentuh emosinya.
"Mia, aku on the way. Tunggu jap." Dia masih diam, tak melarang. Nyatanya, dia perlukan seseorang sekarang untuk berada di sampingnya.
***
Rambut diraup ke belakang. Kisah tentang Damia Qaisara memang seakan tak pernah habis. Muncul pula berita terbaru yang buat Ariq ternganga lagi. Kenapalah Damia ni unexpected sangat?
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...