Pengkhianatan jelas melukakan tetapi lebih memedihkan saat dilakukan orang yang kita percaya. Bukan hanya rasa percaya yang musnah tapi ia boleh membunuh semua perasaan lain juga. Yang berkhianat boleh mohon ampun sesukanya tapi yang dikhianati, sakitnya tak hilang meski berkurun lama.Mereka memaafkan tapi tak mungkin lagi percaya.
Mereka boleh menerima kembali tapi tak mungkin mesranya terasa sama.
Kerana saat akarnya sudah goyah tak mungkin pohon itu boleh tegak kembali. Ia akan selamanya goyah atau terus tercabut dari akarnya.
Ariq tak tahu apa salah yang pernah dilakukannya sehingga dia dihukum begini. Orang yang dipercayainya mengkhianatinya. Orang terdekatnya yang selama ini menghendap dan mencederakan orang yang dia sayang.
Dia sudah ke balai polis untuk menggugurkan kes terhadap puteri Datuk Mokhtar. Tak ada patah balik. Dia yakin dia dengan Damia ada di sisinya keadaan tak akan sesukar dahulu. Kehadiran Damia mampu menenangkannya. Dia hanya mahukan Damia kembali dengan selamat.
Sampai sahaja di balai polis, beberapa pegawai polis terkocoh-kocoh keluar dari pintu balai. Dia kenal pegawai-pegawai yang tergesa-gesa itu. Mereka adalah pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan kesnya.
Sejenak dia melihat kelibat ASP Awal juga seperti dalam keadaan terburu-buru meninggalkan biliknya. ASP Awal mengangkat tangannya melihat Ariq, menapak mendekati pemuda itu sebelum bahunya disapa ASP Awal, "Encik Ariq datang tepat masa."
Keningnya bercantum, keliru.
Polis itu tercungap-cungap, "Saya baru mahu maklumkan kepada encik. Pasukan kami dah dapat kenalpasti lokasi suspek. Encik Amrullah dah aktifkan telefon dia. Kita kena cepat sebelum kita terlambat."
***
"Kenapa tiba-tiba?"soal Intan curiga. Belum sampai sejam dia disuruh balik oleh Amrullah. Sekilas Amrullah mengimbas kondisi Damia. Mata Damia sudah terpejam sepenuhnya. Dia tahu Damia tiada tenaga sekarang. Sempurna.
"Tak boleh tangguh. Nanti mereka perasan aku hilang terlalu lama," unggah Amrullah.
"Kau kan cakap pada mereka yang kau ada urusan di luar negara?" Soal Intan semula. Dia memang tak sabar nak menghapuskan Damia. Tapi dia tak mahu buat keputusan terburu-buru. Perancangan sempurnanya akan rosak.
Setahunya Amrullah sudah khabarkan kepada semua teman-temannya yang dia ada urusan luar negara supaya tak ada yang curiga akan kehilangannya. Amrullah hanya senyum pahit. Maafkan aku, Intan!
Bukan niatnya mahu buat begini kepada Damia. Kalau mereka dipertemukan dalam suasana yang lebih baik, Intan yakin dia akan mahu berteman dengan Damia. Tapi, Damia tersilap langkah. Damia ambil sesuatu yang tak sepatutnya disentuh. Dia tak boleh hilang Ariq dari hidupnya. Tidak selepas dia dah menunggu selama ini.
Hanya seorang manusia perlu disingkirkan. Kemudian segalanya akan mudah.
Dia akan ada di sisi Ariq saat Ariq bersedih atas kehilangan Damia. Menjadi pendengar setia, menawarkan bahu untuk bersandar. Sehingga nanti Ariq akan berlembut hati, kemudian jatuh cinta kepadanya. Intan sanggup bersabar menanti hari itu.
Telefon di tangannya dilihat sekali lagi. Sudah tak jauh, dia pasti. Lokasi mereka pun tak jauh. Dia pasti Ariq akan cam lokasi ini. Ariq pernah tinggal di sini.
"Buatlah. Tadi kau kata aku tak perlu kotorkan tangan aku." Tangannya bersilang di dada, menanti Amrullah melaksanakan janjinya. Lama Amrullah merenung Intan.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...