Bab 22

214 23 4
                                    

Damia sedang ralit memanggang ayam di atas bara api itu. Sudah lenguh berdiri, dia duduk sebentar di bangku kecil yang tersedia. Tangan masih gagah mengipas asap panas yang mencemar wajahnya. Padahal baru setengah jam dia ambil alih tugas memanggang ayam itu sudah terasa letih.

Sebenarnya ini tugas lelaki, tapi dia ambil alih sementara Fazil, staf yang menjaga dapur BBQ itu membantu mengambil dapur baru. Sebenarnya boleh sahaja mereka meminta pengurusan resort untuk menyediakan untuk mereka, tapi mereka mahu lakukannya sendiri. Lebih mudah memupuk hubungan baik jika aktiviti ini dilakukan bersama-sama.

"You ni, kenapa tak panggil I? Merah dah muka tu, shuh shuh sana pergi goreng nuget ke apa." Begitu sahaja dia dihalau. Damia menoleh melihat Harith sudah pun berdiri di depan dapur BBQnya. Sambil itu, lelaki itu merenjis minyak ke atas ayam.

"What? Nampak kacak?" Soal Harith apabila melihat Damia hanya melihat sahaja perbuatannya.

"Pleaselah Encik Harith." Penat sudah mahu mual dengan sikap buaya Harith. Walau baru semalam kali pertama jumpa Harith, terasa macam sudah tahu segala sejarah liar lelaki itu. dari mulut ke mulut staf perempuan, berjaja cerita mengenai Harith yang kuat mengurat.

Harith ketawa, "Damia..." Mata melilau ke segenap arah. "I minta maaf tentang semalam." Damia ketap bibir angguk. "It's okay, dah lupa dah."

Tak penting untuk dia ingatkan pun. Apabila mendengar cerita tentang Harith dari ramai pihak dia simpulkan yang Harith memang tak matang begitu.

"Tapi I dah tebus tau silap I. In fact, you might thank me later. I mungkin dah sedarkan jodoh you untuk cepat cepat try you." Apa yang Harith ni merepek dia pun tak pasti. Malas berlamaan dengan Harith, risau entah apa yang lelaki ini akan merepek nanti.

"By the way, you... Sorry, kalau I salah orang. But you girl yang viral tu, aren't you? That stalker." Harith perlahankan suara saat menyebut perkataan stalker itu, seakan tak mahu orang lain turut mendengar.

"I'm on your side. I'm on beautiful girl's side. Every single time. Lagipun, you kena fitnah kan? I saw his posts." Tanpa dipinta Harith memberitahu sendiri pendiriannya.

"Saya yang cepat panas. Kalau saya sabar sikit, mungkin benda ni slow down tanpa saya perlu muncul clarify apa-apa pun," tukasnya. Harith angguk.

"Maybe yes, maybe not. Tak salah pun nak pertahankan hak sendiri. You tak bodoh sebab nak cerita your side of story. Yang salah orang yang jatuhkan hukuman pada you."

Damia ukir senyum, "Encik Harith ni bijak juga ya?"

Harith mencebik. "Hmm, but still kena reject." Pandangan jauh bukan lagi pada ayam-ayam yang dipanggang. Jauh menerombos ke pekat malam, memvisualkan bayang gadis itu. Oh, rindu menjengah lagi.

"Reject?"

"Hmm, later. Kalau cerita dah settle, maybe turn cerita I settle pula. Itu pun kalau settle." Segera ayam-ayam itu diterbalikkan. "Dah shuh, nanti ada yang cekik I malam ni."

Pulak! Sudahnya dia turutkan sahaja. Dari tadi Harith menghalaunya, tapi Harith juga yang menahan dia dengan celoteh panjangnya.

Baru beberapa langkah dia berjalan, matanya menangkap tangan Huda yang melambai sambil mendekatinya. "Sini cepat, rasa Kak Maria mix sos ni, sedap gila cicah dengan ayam bakar."

Damia membasuh tangan sebelum mencicip ayam dengan sos yang dibuat oleh Maria. Terbeliak matanya. Mulut terus mengunyah laju. Sedap! Rasa nak menangis sedapnya.

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now