Makin hari Erhan rasa makin hilang akal. Menyimpan semua rasa sendiri. Sudah beberapa hari Amrullah menghilang. Tepatnya tiga hari. Ah, hidupnya penuh sial. Kenapa orang sekelilingnya mahu menghilang semua.Jika Amrullah sahaja yang menghilang dia masih boleh terima. Tapi apa yang menggamit takutnya adalah ketiadaan Damia pada waktu bersamaan. Kedatangan teman baik Damia di pejabat Levil's Music mencarinya beberapa hari lalu benar-benar mengejutkannya.
Temannya memberitahu kali terakhir mereka berhubung dengan Damia adalah ketika Damia menyatakan rancangannya ingin berjumpa Erhan. Mereka jadi saksi yang Damia ada menghantar pesanan kepadanya.
Masalahnya, mana pesanan itu? Mengapa dia tak pernah terima apa-apa?
Fikirannya makin bercelaru.
Tentang wang itu. Tentang Amrullah. Tentang Damia.
Dia tumbuk dinding konkrit itu berkali-kali melepaskan amarahnya.
Beban yang dia tanggung makin memberat. Dengan sekarang namanya terpalit sebagai suspek utama, Erhan jadi makin takut. Dia hilang rasional untuk menilai. Terasa semuanya mencengkam minda sedarnya, mengocak perasaan yang berkecamuk.
Erhan boleh jadi gila.
Ada notifikasi yang masuk. Daripada teman baik Damia lagi. Cepat-cepat dia buka, membacanya. Berdoa semoga ada sinar dalam kegelapan ini.
Yasmin
Saya dah tanya parents Damia, mereka kata Damia tak ada balik kampung.Damn! Disumpahnya diri sendiri berkali-kali. Boleh jadi dia juga akan disyaki terlibat dengan kehilangan Damia. Tapi itu bukan masalahnya sekarang. Dia lebih takut jika dia secara tak sedar telah meletakkan semua orang dalam bahaya.
Dia yakin tak lama lagi, dia mungkin diseret polis semula. Ah, dia betul-betul serabut.
Beberapa hari ini, hatinya tak tenteram. Bermacam teori yang terlintas. Dia mula meragukan Amrullah. Kehilangan pemuda itu seperti mengena selepas semua kesalahan diletakkan di bahunya. Tanpa dia sedar, dia menjadi suspek utama untuk segala kacau bilau yang berlaku.
Siasatan dengan pihak polis itu sedikit sebanyak menggoyahkan kepercayaannya kepada Amrullah. Bagaimana jika semua yang Amrullah katakan kepadanya palsu belaka? Bagaimana jika dia diperangkap oleh Amrullah?
Utamanya sekarang, mana Damia Qaisara?
Segala fail dan dokumen di meja dikemas. Erhan tak boleh bertangguh lagi. Dia perlu berterus-terang dengan pihak polis. Dia perlu beritahu semuanya tanpa tertinggal. Selepas itu apa pun nak jadi, jadilah. Erhan menyanggupi semuanya.
Baru sahaja beberapa langkahnya menuju pintu, dengan sendirinya pintu itu terkuak. Erhan tak sempat bereaksi apabila dengan kasar kolar bajunya direngkuh lelaki di depannya. Penumbuk sulung melayang tepat di batang hidungnya. Tanpa amaran, dia ditumbuk berkali-kali hingga dia hilang imbangan.
Belakangnya menyentuh lantai, kepala terasa berpusing. Mulut tak sempat nak mengaduh, sekali lagi kolarnya ditarik tinggi. Lelaki itu sedang menindihnya hampir melayangkan satu lagi tumbukan. Erhan hanya mampu untuk pasrah, serahkan diri pada takdir tuhan.
Pejam mata, bersedia.
Tumbukan tak kunjung tiba. Sembari, badannya rasa ringan semula, muncul satu lagi wajah yang cukup dikenali menarik lelaki yang menindihnya tadi. Menahan badan lelaki tadi dari terus menerjahnya.
"Kau sorok Damia kat mana?"
***
Anak tekaknya pedih, terbatuk-batuk. Dia melayangkan tangan di depan mereka, cuba menjelaskan dengan bahasa tubuh. Dia nampak lelaki yang memakinya tadi ingin menerkamnya semula sebelum ditarik oleh lelaki satu lagi.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...