Bab 38

212 19 2
                                    



Lelah sudah memuncak hingga untuk mengucapkan sebaris kata terima kasih pun dia sudah tak berdaya. Berjam-jam disoal siasat pihak polis telah membanting semua sisa tenaga yang ada. Akhirnya, dia tewas bersandar lemah di kerusi kereta.

Tak cakap banyak melihat sahabat dengan mata yang terpejam, lelaki itu tarik tali pinggang keledar, memasang kemas. Erhan buka mata semula memandang sahabat lamanya.

Kepala diurut sebelum perlahan dia ucap, "Terima kasih."

Suasana kembali sepi. Tiada yang bersuara. Si pemandu turut senyap, langsung tak ajak bual. Sebenarnya mahu beri ruang untuk sahabatnya rehatkan minda, legakan perasaan. Banyak persoalan yang menanti, nanti-nantilah dia ajukan saat Erhan sudah stabil. Sekarang perlu bawa Erhan pulang dahulu.

"Kau tak nak tanya ke, Pidot?" Eh ingatkan tidur. Lelaki itu menggeleng.

"Cis! Tanyalah, aku nak cerita ni," luahnya. Jujurnya dia perlu tempat untuk lampiaskan marahnya. Ingatkan tadi lelapkan mata dapat buat lupa masalah dunia. Tapi kepala dah terlalu berat untuk tidur. Jadi sebaiknya dia luakkan semua isi kepala dulu sebelum hilangkan diri ke alam mimpi.

"Nanti Hakim tanya lagi. Kau kena cerita dua kali. Kau dah lah penat. Tak apa sekalikan je nanti. Aku memang nak tahu sangat, tapi aku tahan diri dulu," beritahunya. Fokus tetap pada pemanduan.

"Tipikal Fawwaz. Ignorant," kutuknya laju. Sebal apabila Erhan mengutuknya dipasangkan dengan menyebut nama sebenarnya. Tak biasa apabila kawan-kawan sekolahnya memanggil dengan nama itu. Pidot sudah. Elok kawan tu bawa kereta penuh hemah, terus dihempuknya Erhan kuat. Erhan berteriak laju, sempat mengeluarkan makian kepada Fawwaz.

"Gilalah Dot, nak mati ke?" Muka sudah berkerut seribu. Pastinya dia tak mahu mati lagi, selagi belum dilumatkan si Ariq Solihin jangan mimpi dia boleh mati.

Lintasan nama itu sahaja berjaya buat hatinya panas menggelegak. Tak guna punya kawan! Tak, ini bukan kawan. Mana ada kawan yang sanggup makan kawan begitu.

Punyalah banyak syaitan nirrojim lain dalam dunia, bagaimana Ariq terfikirkan dia yang tergamak lakukan semua itu kepada Ariq? Selama ini dia anggap Ariq orang terdekatnya. Baru hari ini dia terhempas dengan kenyataan persahabatan itu rupanya tiada nilai di mata Ariq.

Bedebah punya artis.

Satu-satunya orang yang menjadi punca mengapa dia dipanggil untuk siasatan pastinya Ariq Solihin. Siapa lagi yang melaporkan dia? Terbayang semula wajah macam tertelan anak harimau pegawai-pegawai yang menyoal siasat tadi. Berkali-kali dia jawab dia tak tahu, tetap memaksanya untuk mengaku.

Tentang bagaimana ada transaksi ke akaun peribadinya dengan sejumlah wang sebesar itu? Dia pun baru sahaja menyedari akan hal itu. Amrullah pun masih membantunya menyiasat.

Teringatkan Amrullah, dia rasa mahu marah kali kedua. Berkali-kali dia hubungi mahu minta pertolongan, tak berjaya disambung. Dalam keadaan terdesak mahu diikat jamin dia terpaksa hubungi Hakim, meminta tolong. Kerana Hakim sedang sibuk dan tak memungkin dia datangi Erhan segera, nama Fawwaz diseru untuk membantu. Sudahlah Fawwaz baru sahaja pulang dari luar negara, aktiviti pertamanya adalah membantu Erhan. What a welcoming present.

Sebolehnya dia tak mahu bawa hal ini keluar, tentang rahsia Ariq dan privasinya. Tapi nampak gaya macam tiada pilihan lain. Dengan Fawwaz boleh berkrompomi lagi untuk menutup cerita. Tapi kalau dah sampai ke pengetahuan Hakim, si kepala geng mereka, mana lagi nak tutup mulut. Silap si Daniel atau nama glamournya Dabar pun tahu.

Sekali lagi nak salahkan Amrullah. Gamaknya semua memang sedang permainan sorok-sorok. Dan dialah tukang cari tak sah itu.

"Lebih baik encik mengaku bagaimana ada transaksi ke akaun encik pada tarikh tersebut? Mustahil encik tak perasan langsung tentang hal ini. Ini jumlah yang besar. Akan ada notifikasi memberitahu encik tentang wang masuk melalui telefon atau email yang didaftar."

Pencinta Nombor Satu | OngoingWhere stories live. Discover now