Damia ingatkan kerja di klinik gigi ni santai-santai saja. Tak sangka hectic juga. Dia fikirkan, klinik medikal biasa sahaja yang akan sibuk dipenuhi pesakit. Yalah, mana ada orang sakit gigi hari-hari.Ternyata dia salah. Orang datang ke klinik gigi bukan kerana sakit gigi semata. Ada juga yang hadir untuk tujuan estetik demi mencantikkan lagi gigi. Walaupun gigi mereka sihat, rawatan estetik dalam pergigian dapat meningkatkan fungsi gigi.
Contohnya, rawatan braces. Rata-rata pesakit yang hadir ke klinik mereka adalah pesakit braces yang mempunyai jadual lawatan bulanan. Perlu dipantau supaya pergerakan gigi mencapai posisi yang betul dan memuaskan sehingga akhir rawatan nanti.
Damia kutuk diri sendiri yang tidak peka. Dia memang anti klinik gigi. Selagi tak sakit memang tak akan jejak kaki. Kalau dah sakit pun, dia akan cuba rawatan tradisional akal dia. Letak garam untuk redakan sakit itu. Ada masa cabut gigi sendiri guna tali tangsi.
"Termenung apa?" Senyum terbit tatkala memandang Intan. Gadis itu datang berehat sementara tiada pesakit lagi.
"Ha taklah, baca balik nota-nota ini. Payah juga ya nak ingat semua." Intan ketawa. "Tak apa. Ambil masa. Nanti dah biasa mesti ingat. Saya pun dulu macam tu. Terkial-kial."
"Intan dah berapa lama kerja di sini?"
"Baru lagi, dalam tiga bulan setengah."
"Sebelum ni kerja mana?"
"Cyber cafe. Damia?" Walaupun Intan tiga tahun lebih muda daripadanya, dia tak mahu Intan bahasakan dia dengan panggilan 'kak'. Terasa janggal. Lagipun, usia saja yang tua. Jiwanya masih muda.
"The Getty." Intan tekup muka, wajah terkejut. "Kenapa berhenti? The Getty kut. Susah tu nak masuk. Kita pun pakai skin care and produk cosmetic brand tu tau." Bersungguh-sungguh Intan tolongkan kesalkan untuk dia. Dengan pakej tepuk meja lagi.
Damia senyum pahit. Tak rasa mahu bercerita hal sebenar. "Tak ada rezeki."
"Ya lah kan, nak buat macam mana." Gumam gadis itu. "Tapi kerja sini pun rezeki juga. Boleh cuci mata tengok doktor-doktor handsome. Kan?"
Senyum sajalah. Memang dua orang doktor lelaki itu kacak pun. Sedang Intan buat muka gatal dia tu, bahunya ditepuk Maria. "Jangan nak gatal ya. Ingat awak tu dah ada boyfriend."
Mencuka muka gadis itu sambil mengusap bahunya. Manja. Padahal masing-masing tahu bukan kuat pun tepukan itu.
"Oh Intan dah ada boyfriend ya?"
Laju Intan mengangguk, teruja mahu berkongsi, "Haah. Huda pun dah ada boyfriend juga. Damia ada?"
Amboi, masing-masing. Semua dah berpasangan. Dia saja yang masih terkapai-kapai. Menggeleng. Damia mana pernah bercinta. Silap, pernah. Cuma dalam imaginasi sendiri. Di dunia realiti, tak pernah berlaku.
***
Pejam celik sudah sebulan dia bekerja di klinik pergigian itu. Dia sudah berjaya hafal perkara-perkara asas walau masih lagi terkial-kial. Bersyukur ramai yang sudi membantu. Staf-staf di klinik itu semuanya ramah dan welcoming.
Jadi Damia rasa dia disambut hangat.
Lega juga rata-rata tak mengenalinya. Bukanlah mahu kata dia terkenal sangat, tapi sebelum ini kemana-mana dia pergi biasanya pasti ada yang pandang dua tiga kali sebelum berbisik dengan rakan di sebelah. Tapi tidak di klinik ini.
Mungkin mereka bukan sejenis yang suka ambil tahu tentang perkara viral? Atau mereka perasan tapi tak ambil pusing tentang perkara itu? Apa pun jawapannya, Damia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tahu masih ada tempat untuk dia bernafas.
YOU ARE READING
Pencinta Nombor Satu | Ongoing
Romance"Saya pencinta nombor satu awak, Den!" - Damia Qaisara. Peluang sekali seumur hidup itu digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dia dapat bertemu mata dengan penyanyi misteri pujaan hati ini. Penuh berani Damia meluah cinta tanpa memikir baik buru...