ERIQSYA 8

4.5K 208 11
                                    

"Sorry lambat, saya tolong nenek bagi ayam makan." ujar Hasya yang baru tiba. Dia meletakkan basikal di sebelah pangkin yang diduduki Eriq dan melabuhkan duduk disebelahnya.

"Tak lambat bukan perempuan lah namanya, kalau laki lambat kemain tarik muka" kata Eriq dan Hasya berkerut. Dah kenapa pula mamat ni kena sampuk dengan hantu sawah ke.

"Awak dah kenapa, lek ah bukan lama pon 7 minit je aduhh gelabah" jawab Hasya seraya memandang ke arah sawah yang luas terbentang di hadapan.

"Hah apa jawapan kau, penat aku tunggu dari bulan lepas" Eriq berkata sambil memandang burung bangau yang sedang mencari makanan.

"Jawapan apa?"

"Kau ni memang bengap ek ke terlebih makan semut atau kau makan dedak ayam hah. Pelupa nak mampos" geram Eriq dengan sifat pelupa Hasya.

"Mulut kau jaga sikit ek aku dah lama tak tampar orang tau jangan sampai tangan aku melekat kat muka kau" jawab Hasya seraya mengangkat tangan acah acah ingin melempang.

"Tampar lah kalau berani." Eriq menghalakan pipi kepada orang sebelah. Hasya mendengus dan menjeling tajam.

"Yang awak suruh saya teman awak dekat sini tu ke?" Hasya menanya dan Eriq mengangguk.

FLASHBACK

"Hasya jom teman aku duduk situ jap" ucap Eriq lalu membuka langkah menuju ke pangkin kayu yang terletak tidak jauh dari mereka. Hasya mengangguk dan mengekori langkah Eriq.

"Kenapa?" tanya Hasya. Eriq membetulkan duduknya biar selesa sebab ada hal mustahak nak di bincangkan.

"Abang kitaorang gerak dulu lah sebab nak singgah beli waffle pastu terus balik" Eriqa menjerit, abangnya hanya membuat thumbs up. Mereka bertiga menaiki basikal dan bergerak.

"Selama kita berkawan ni aku tak kenal pon kau ni siapa?" Eriq memulakan perbualan. Hasya mengangkat kening dan memandang sisi wajah Eriq.

"Apa maksud awak, awak ingat saya ni mafia ke atau keturunan bangsawan" tanya Hasya.

"Bukan itu gila, maksud aku latar belakang keluarga kau. Aku tak pernah tengok keluarga kau selain nenek kau and aku taktahu pun kisah family kau and everything about yourself. So aku rasa macam tak best lah kalau berkawan tapi hanya tahu nama je." panjang lebar Eriq menerangkan.

Sepanjang mereka berkenalan, tiada satu hari pun Eriq tidak memikirkan hal ini. Dia cuma tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya dan jika dia bertanya takut pula Hasya tidak selesa atau nampak seperti menceroboh privacy orang. Jadi dia ambil keputusan untuk berkawan dengan lebih rapat dahulu dan baru ke agenda seterusnya.

"Sebenarnya saya anak yatim piatu. Mama saya meninggal selepas melahirkan saya dan abah saya pula meninggal sebab kemalangan dan ia berpunca dari saya." terang Hasya.

"Kau?" tanya Eriq.

"Haah saya, masa tu saya umur 3 tahun. Kawan saya semua ada basikal, saya sorang je yang takde, kebetulan abah saya bawa saya pergi beli barang dapur dekat pekan. Saya haus jadi saya suruh lah abah saya belikan air. Dia berhenti lah kat kedai runcit and sebelah kedai tu kedai basikal, saya merengek lah kat abah yang saya nak basikal. Abah cakap tunggu dia gaji tapi saya meronta ronta sebab saya nak juga." Hasya berhenti dari bercerita, dia mengelap air mati yang mengalir di pipi. Eriq hanya memandang wajah sayu gadis itu, sungguh dia kesian.

"Lepastu, abah pergi lah juga beli sebab saya nak. Masa abah nak melintas pergi ke motor tiba tiba ada kereta laju gila nak mampus langgar abah. Saya terkejut sebab abah tercampak jauh ke depan. Orang ramai terus berlari kat abah termasuklah saya. Saya menangis teresak esak peluk abah and time tu banyak gila darah keluar dari mulut, kat kepala dan badan dia sebab luka banyak and besar. Tu sebab lah sekarang saya ada nenek je, atuk saya memang dah meninggal lama dari sebelum saya lahir lagi." Hasya sudah menangis teresak esak. Eriq pula rasa bersalah kenapa mengajukan soalan tersebut.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now