Dewan yang sangat besar itu dihiasi dengan lampu berwarna warni dan berkonsepkan fairytale. Keadaan dewan ketika itu sangat meriah dengan kehadiran tetamu jemputan dari kedua belah pihak.
Ramai tetamu yang sudah hadir dan ada juga yang sedang menjamu selera. Alunan instrument yang menenangkan bergema di seluruh dewan. Tidak lama kemuadian, pintu besar dewan terbuka luas menandakan kehadiran dua mempelai.
"Are you ready princess?" tanya Eriq. Mata melihat Hasya di sebelah.
"Nervous" balasnya. Tangan sudah sejuk dan berpeluh.
"Don't worry, peluk lengan aku lepastu jalan slow slow. Jangan lupa senyum okey?" lengan disua kepada Hasya dan cepat cepat Hasya memeluk.
"Take a deep breath Sya... Kau boleh" dia bermonolog sendiri. Eriq sudah ketawa.
"Macam nak merentas desa ek" sakat Eriq. Lengannya dicubit. Perit wooo
"Mengumumkan ketibaan merpati dua sejoli" Izz berkata dengan penuh semangat.
"Kepala kau merpati, bak sini bagi aku yang cakap" mikrofon dirampas.
"Ehem mengumumkan ketibaan bagai pinang dibelah 5 untuk masuk ke dalam dewan." Fahmi pula berkata. Izz menunjal kepala nya.
"Asal 5 musibat" marahnya. Tangan sudah bercekak pinggang lalu mendengus kasar.
"Lelaki kan boleh kahwin 4 so 1 suami 4 isteri" jawabnya.
Aina dan Damia sudah menepuk dahi. Apa kena lah dua ekor toyol ni.
"Siapa jemput dua bahlol ni. Tahu tahu muncul je" kata Aina. Kepala digeleng beberapa kali, parah.
"Tu lah rosak majlis kahwin orang" Damia pula berkata.
"Boleh serius tak aku lempang sekor sekor kang" tegur seseorang dibelakang.
"Sorry sorry" ucap mereka.
"Mengumumkan ketibaan raja sehari yang diraikan iaitu Eriq Iskandar dan pilihan hatinya Puteri Hasya untuk masuk ke dalam dewan" kata Izz dengan penuh semangat.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan. Kesemua tetamu jemputan berdiri dan mengangkat telefon masing masing. Senyuman tidak lekang dibibir kedua mempelai itu. Hasya melambai tangan ke arah tetamu yang hadir dan Eriq hanya senyum dan menunduk sedikit.KLIK
KLIK
KLIK
Berkelip kelip lampu kamera dihadapan mereka begitu juga telefon milik tetamu yang hadir.
Hasya tergamam melihat keseluruhan dewan yang dipenuhi dengan lampu yang seakan menyerupai titisan hujan. Pelamin yang sangat mewah dihiasi bunga ros segar berwarna putih dan pink. Lampu berwarna merah jambu keunguan menghiasi dewan besar tersebut.
Kek yang berdiri elok di sebelah kanan pelamin juga sangat cantik dan tinggi. Bukan 5 tingkat tetapi 10 tingkat kek. Dan setiap tingkat kek mempunyai perisa yang berbeza. Bukan setakat pengatin, satu dewan boleh makan.
Hasya nak nangis... huwaaaa.
"Do you like it?" tanya Eriq agak berbisik.
"Of course. Awak ke yang buat semua ni" soalnya pula.
"Yes princess. Just for you, my one and only baby sweetheart" jantung Hasya sudah tidak tenang. Sabar rama rama aku tahu kau meronta ronta dalam perut aku.
"I love you so much princess... forever after" dia berbisik perlahan.
'Suara husky dia ni aduu gak ada obat' kata Hasya dalam hati.
YOU ARE READING
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...