ERIQSYA 14

3.4K 172 7
                                    

"Assalamualaikum nek, Hasya ada tak?" ucap Aina lalu menyalam tangan wanita tua itu.

"Hasya tiada, dia ke kubur. Dia bukan pergi dengan kamu ke?" jawab nenek.

Tadi Hasya memberitahunya ingin menziarahi kubur abahnya bersama Aina, tetapi kenapa Aina berada disini. Sah, Hasya pergi seorang diri.

"Takpelah nek Aina pergi dekat dia. Assalamualaikum." Aina segara ke perkarangan kubur yang berada di hujung kampung.

"Assalamualaikum abah... Sya datang ni..." tangan ligat mencabut rumput yang sudah menumbuh tinggi di atas pusara abahnya.

"Abah... Sya rindu abah. Esok Sya dah mula peperiksaan SPM, Sya takut lah abah macam mana kalau Sya tak boleh buat. Macam mana kalau Sya tak dapat keputusan yang terbaik dan tak dapat buat abah, mama dan nenek bangga dengan Sya. Macam mana?"

Air mata sudah menitik di atas pusara abahnya.

"Sya rindu abah sangat-sangat, tak pernah sehari pun Sya tak rindukan abah. Kenapa abah pergi terlalu cepat. Sya tak sempat nak merasa lebih kasih sayang seorang abah. Sya terpaksa menangih kasih sayang dari bapa orang lain. Abah janji nak tengok Sya berjaya jadi akauntan tapi kenapa abah mungkir janji. Kenapa semua nak tinggalkan Sya. Mama dah tinggalkan Sya dan sekarang abah pula. Tak lama lagi Eriq akan tinggalkan Sya dan pergi ke luar negara."

Sedaya upaya dia menahan diri mengeluarkan bunyi tangisan. Terhinjut-hinjut bahunya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dia rasakan saat ini.

"Sya tak layak bahagia ke abah... Tak layak ke? Sya pun nak merasa keluarga yang bahagia dan lengkap. Tapi Sya dapat benda tu, bila Sya tengok keluarga orang lain Sya cemburu. kenapa bukan Sya yang ada kat tempat diorang. Apa salah Sya sehinggakan Allah uji Sya macam ni abah... Sya penat abah... Sya penat..."

"Sampai ke hari ini Sya tak tahu apa rahsia yang nenek sorokkan daripada Sya. Kenapa semua nak berahsia dengan Sya... Sya tak penting ke dalam hidup semua orang abah..."

Kini dia tidak mampu menahan tangisan. Kuat tangisannya kedengaran di kawasan kubur tersebut. Tiba-tiba bahunya di sentuh.

"Sya..." sapa Aina perlahan lalu duduk bersebelahan sahabatnya. Hasya ditarik dalam pelukan.

Segala perbualan Hasya dengan arwah bapanya sudah dia dengar. Dia tidak sangka, Hasya yang sentiasa ceria, ketawa dan tersenyum banyak memendam rasa. Serapuh itukah Puteri Hasya yang dia kenal, seorang yang suka menyembunyikan perasaan sedih dengan muka yang sentiasa tersenyum.

"Aku tak kuat Na... aku tak kuat... Dalam banyak-banyak ujian yang aku hadap kenapa ujian ini susah untuk aku terima. Apa salah aku Na, kenapa Allah uji aku dengan kematian orang yang aku sayang." Hasya mencengkam kuat baju Aina. Dia membiarkan Hasya. Pelukan semakin dieratkan.

"Hasya... Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan seseorang. Pasti ada sebab Allah uji kau dengan cara ni. Kau kena terus kuat, percaya cakap aku yang kau boleh. Kadang-kadang Allah ambil sesuatu yang kita sayang untuk digantikan dengan sesuatu yang kita tak jangka akan milikinya. Belajar untuk menjadi seseorang yang menerima ketetapan Allah walaupun ianya mengambil masa. Cuba. Allah sentiasa berada dekat dengan hambanya. Allah tidak tidur, tidak juga leka. Dia sentiasa ada bila hambanya dalam kesusahan dan kesedihan. Aku sayang kau Sya, sayang sangat."

Hasya meleraikan pelukan dan menatap wajah Aina. Dua-dua sudah sembab.

"Aina, aku sayang kau juga... Dunia akhirat... Kau jangan tinggalkan aku ya sebab kau seorang je yang aku ada selain nenek. Janji dengan aku" pinta Hasya.

"Aku janji yang aku akan selalu ada dan dekat dengan kau walau dimana jua kau berada okey? Dah lah jom balik macam dah nak hujan. Kau dah habis sembang dengan abah kau?" kata Aina.\

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now