ERIQSYA 31

11.8K 467 34
                                        

Suasana rumah tersebut sangat kosong dan hanya bunyi dari dalam kaca televisyen sahaja yang bergema diseluruh rumah. Hadi menyandarkan badannya dia sofa empuk berwarna biru gelap itu. Lengan naik menutup mata, dia lelah dan tidak bermaya ketika ini.

Puan Rosmalina yang baru turun dari tingkat atas memandangkan anak teruna yang baru sahaja balik dari kerja. Termasuk hari ini, sudah 3 hari dia bekerja setengah hari.

"Hadi? Kamu dah makan?" tanya mamanya. Dia melabuhkan duduk disebelah anaknya. Tangan naik mengusap rambut lebat milik Hadi.

"Ma, sorry tak perasan. Dah tadi sebelum balik rumah. Mama dah makan ke?" soalnya pula. Butang baju kemejanya dibuka dan tali leher juga dibuka.

"Sudah. Kamu kenapa ni? Mama tengok semenjak dua menjak ni penat sangat semacam je, kerja pun sekerat hari. Share lah dengan mama" sedih dia melihat keadaan anaknya ketika ini. Sangat tidak terurus.

"Entahlah ma. Mungkin banyak kerja dekat office dengan Hasya lagi. Macam mana kalau dia benci Hadi ma. Orang dekat office pun pandang Hadi pelik. Hasya mesti bencikan Hadi kan ma sebab tipu dia." katanya lalu meletakkan kepala di atas riba mamanya.

"Mama faham perasan Hadi dan mama rasa Hasya akan faham kalau Hadi explain dekat dia apa sebenarnya yang jadi" cadang mamanya. Hadi geleng kepala, bukan senang.

"Tak semudah itu mama, Hasya sangat ego dan tak nak dengar penjelasan orang lain. Eriq yang dia sayang pun dia boleh buat macam tu apatah lagi Hadi ma" terangnya. Puan Rosmalina hanya diam.

"Hadi buat semua tu untuk kebahagiaan dia, Hadi nak tengok orang yang Hadi sayang bahagia dengan orang yang dia cinta. Salah ke apa yang Hadi buat ma? Salah ke?"

"Tak... Hadi tak salah cuma cara Hadi mungkin salah. Tapi takpe, mama faham" ujar Puan Rosmalina.

"Bila kita nak bagitahu perkara sebenar mama? Hadi kesian dekat Hasya... dia perlukan kita" kata Hadi.

"Mama tak kuat Hadi... mama takut Hasya makin benci kan mama. Kita bukan sesiapa bagi dia jadi mama takut itu lagi memudahkan dia untuk benci kita" suara mamanya sudah berubah. Hadi duduk dari perbaringan. Tubuh syurganya dipeluk.

"Hadi akan tolong mama dan pastikan Hasya takkan bencikan kita. Itu janji Hadi"

"Tapi..."

"Mama... selagi Hadi ada dengan mama, tak akan ada sesiapa boleh sakiti mama. Dan Hadi janji akan bawa Hasya jumpa mama lepasni"

"Terima kasih anak mama"

Mereka berpelukan.

Puan Rosmalina sangat sayang akan anak terunanya. Satu satunya anak yang dia ada. Hasya?

Dia juga sayangkan Hasya tapi takdir berkata lain.




Bunyi periuk belanga berlaga antara satu sama lain kuat kedengaran. Eriq yang baru menapak ke dapur berkerut. Kemain riuh macam buat rewang.

Eriq memerhati lenggok badan isteri yang membelakanginya. Sungguh asyik.

"Primadona girl~ would you do anything for me... buy a big diamond ring for me..." nyanyi dengan lenggok badan.

Sudip yang masih berbuih sabun dijadikan mikrofon. Tangan sebelah diangkat paras bahu dan menunjukkan cincin kahwinnya.

"Would you get down on your knees for me~ pop that pretty question right now, baby" sambungnya lagi.

Semua periuk dan peralatan memasak sudah siap dicuci dan di letakkan elok di rak sebelah singki.

"Mak kau hitam mak kau meletup... kus semangat..." latah Hasya kuat.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang