ERIQSYA 39

4K 181 9
                                    

Hasya dan Aina keluar dari perut kereta. Mereka memasuki sebuah restoran mewah iaitu tempat perjumpaan mereka dengan seseorang. Hasya mengajak Aina untuk menemaninya dan jika ada perkara yang buruk berlaku dia tidak usah khawatir.

Masuk sahaja ke dalam restoran tersebut, mereka mengambil tempat duduk yang agak tersorok agar perbualan mereka tidak didengari oleh orang lain.

"Betul ke apa yang kau buat ni Sya" soal Aina risau.

Aina sedikit terkejut apabila Hasya mengajaknya berjumpa dengan si dia yang merupakan musuhkawan baiknya sendiri.

"Aku yakin Na dan aku nak tahu kebenaran" jawab Hasya. Dia membelek telefon bimbitnya.

"Kau dah minta izin suami kau belum untuk jumpa dengan dia... kau jangan cakap yang kau tak"

"Aku minta tapi aku cakap nak keluar lunch dengan kau je bukan jumpa perempuan tu" Aina menepuk dahi. Apa ke bengapnya sahabat dia seorang ni.

"Hai sorry lambat" sapa Camelia yang baru sahaja tiba.

Tapi yang lagi mengejutkan adalah dia tidak datang seorang malah berdua. Kanak kanak lelaki.

'Kenapa wajah dia macam Eriq' kata Aina dalam hati. Dia menatap Hasya yang sudah mati kata kata.

"Honey, salam aunty" Camelia menyuruh anaknya bersalaman dengan Hasya.

Hasya teragak agak ingin menghulurkan tangan. Kanak kanak itu mencium tangan Hasya dan Aina.Setelah dua beranak itu duduk berhadapan dengan Hasya dan Aina. Camelia terus bersuara.

"So how is it? Suami you cakap apa?" sinis sekali pertanyaan Camelia dengan muka yang mengejek.

"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" Hasya duduk rapat dengan suaminya yang sedang menonton televisyen.

"Boleh princess, apa tu" dia meletakkan lengan dia bahu Hasya dan menariknya rapat.

"Awak dengan Camelia ada apa apa ke masa dekat Amsterdam dulu" soal Hasya.

Eriq terus menegakkan badan apabila mendengar pertanyaan isterinya. Dia cuba mengawal reaksi muka agar isterinya tidak mengesyaki sesuatu.

"Ouh kami cuma sepupu dan kawan universiti masa dekat sana. Kenapa kau tanya ni" dia duduk menghadap isterinya.

"Lagi... takkan kawan je. Masa saya call awak tapi perempuan yang angkat tu, perempuan tu Camelia ke?" Hasya sudah mengimbau kenangan lama.

"Princess... aku tak nak kita borak pasal benda ni boleh tak?" Eriq sedaya upaya untuk mengelak. Hasya geleng.

"Selagi awak tak cerita dekat saya selagi tu saya akan tanya awak. Jadi baik awak cerita" ujar Hasya.

"Kami hanya kawan dan of course Camelia tu sepupu aku. Kami agak rapat dan kadang kadang dia tidur dekat rumah nenda. Itu sahaja" ceritanya.

"Awak tak buat benda bukan bukan kan?" soal Hasya lagi. Kali ini Eriq terdiam lama.

"Eriq? Saya tanya ni" dia melambai tangan dihadapan wajah suaminya.

"Hah ye. Tak kami tak buat benda bukan bukan, betul" katanya laju. Hasya tersenyum kecil. Tahu bahawa Eriq sedang berbohong.

"Dia kata dia tak pernah tidur dengan kau" ujar Hasya sambil menatap wajah budak lelaki tersebut.

"Tch liar. Eriq, Eriq sampai bila nak simpan rahsia ni. So you nak bukti atau masih nak percayakan suami you" katanya seraya mengusap rambut anaknya disebelah.

"Aku tahu dia menipu tu sebab aku datang nak jumpa kau. Nak minta bukti apa yang kau cakap ni betul dan anak tu anak Eriq" balas Hasya.

Aina disebelah Hasya diam mendengar perbualan mereka. Tangan ligat menaip sesuatu di dalam telefonnya.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now