Pejam celik pejam celik sudah hampir ke penghujung tahun, jadi peperiksaan SPM juga sudah hampir. Peperiksaan yang paling ditakuti oleh pelajar tingkatan 5 yang menjadi penentu masa depan mereka.
Kemana hala tuju mereka selepas ini, adakah mereka mampu mendapat keputusan yang cemerlang dan mencapai cita-cita yang diinginkan atau sebaliknya.
Ketika ini, Hasya dan Eriqa sedang berada di tandas sekolah. Itulah perkara yamg wajib mereka lakukan pada waktu rehat sebelum masuk ke dalam kelas semula.
"Weh Sya... Aku takut lah" ucap Aina sambil membetulkan awning tudung di hadapn cermin.
"Apa yang kau takut" balas Hasya. Tangan di cuci menggunakan sabun maklum lah baru melepaskan hajat.
"Kita kan dah nak SPM, kau rasa kita boleh buat ke. Aku takut kalau aku tak dapat keputusan yang baik" ujar Aina dengan muka yang pasrah.
"Aku-"
BAMMM
Pintu tandas dihempas kuat oleh sesorang lalu dikunci.
"Kau dah kenapa Alisa" marah Aina.
Alisa mendekati Hasya lalu menarik kuat tudungnya sehingga tertanggal. Dia melemparkan tudung tersebut di lantai lalu memijak seperti mengelap kaki.
"Apa kau buat ni Alisa Maisarah, kau dah gila ke?" tempik Aina kuat lalu meluru ke arah Alisa.
Belum sempat Aina menyerang, kedua belah tangannya terlebih dahulu ditarik oleh kawan Alisa. Syira dan Syifa, kembar. Aina melutut di lantai tandas.
Disebabkan tandas terletak di hujung bangunan jadi sukar untuk pelajar lain mengetahui apa yang sedang terjadi kecuali yang lalu di sekitar itu.
"Farah kau tolong aku heret perempuan ni masuk tandas" arah Alisa kepada rakannya. Farah mengangguk.
"Kau nak buat apa ni sial" tempik Aina lagi, kali ini sangat kuat sehingga bergema tandas tersebut.
"Kau tengok jelah apa aku nak buat dengan si sundal ni" Alisa berkata lalu menolak tubuh Hasya ke dalam tandas.
"Lepas lah Alisa, sakit lah" Hasya cuba untuk bangun tetapi gagal ditahan oleh Farah.
"Sakit lagi hati aku bila tengok orang lain sanjung kau" balas Alisa, pili air dibuka.
"Lepas kan dia lah perempuan tak guna" Aina bergelut dengan si kembar, dia ingin menyelamatkan Hasya.
"Kau boleh duduk diam-diam tak perempuan bodoh" marah Syida lalu mengetatkan lagi cengkaman di pergelangan Aina. Dia meronta minta dilepaskan.
"Kali ni kau takkan boleh terlepas, aku akan pastikan kau mampus" serentak itu dia memasukkan batang paip ke dalam mulut Hasya sehingga ke anak tekak.
"Tolong!!!! Tolong!!!" jerit Aina kuat. Air mata sudah mengalir mendengar jeritan Hasya yang seakan-seakan dicekik.
Hasya cuba menarik tangan Alisa dari terus menolak paip air ke dalam mulutnya. Habis basah baju sekolahnya tika ini, tekak terasa perit dan muka mula merah dek kerana air yang memasuki rongga hidung.
"Ai..Ai..na to.. tolong a..a..aku..." tersekat-sekat dia memanggil sahabatnya. Aina sudah kehabisan tenaga ingin melawan.
Alisa menarik keluar paip air dan mendongokkan muka Hasya. Gembira hatinya dapat melihat keadaan musuhnya yang sudah tidak berdaya.
"Amacam sedap tak air paip, nak lagi?" dia menarik kuat rambut Hasya lalu dipusingkan kepala tersebut menghadap mangkuk tandas.
"Kalini bukan air paip tapi air dalam ni" ujarnya lalu menekan kepala Hasya ke dalam mangkuk tandas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
Storie d'amoreSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...