ERIQSYA 42

6.1K 208 20
                                    

MALDIVES ISLAND


Sebuah pulau yang sangat menakjubkan dan nyaman. Hamparan pantai berpasir putih yang luas, perairan yang berwarna biru kehijauan dan pokok palma yang mengelilingi sekitar perairan menambahkan lagi keindahan pulau tersebut. Kecantikan matahari terbenam juga merupakan salah satu faktor mengapa pelancong luar negara suka akan pulau tersebut.

Begitu itu Hasya, seorang yang obses akan matahari terbenam. Jika dulu dia sering ke pantai atau melihat dari balkoni rumah sahaja tetapi kini dia dapat menikmati keindahan matahari terbenam di depan dan di tempat yang sangat menakjubkan.

Begini lah cara Hasya menenangkan fikiran. Melihat alam sekitar lebih lebih lagi laut yang luas serta angin yang menyamankan. Sedang ralit menikmati suasana, dia terpandang sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki sedang bergelak tawa dan melukis sesuatu di atas pasir putih itu.

"ERIQSYA? Siapa ni" Eriq bertanya.

"ERIQSYA. Eriq dan Hasya, saya gabungkan nama kita berdua jadi satu. Bukan setakat nama tapi..." dia mendekati suaminya. Eriq hanya menunggu tindakan seterusnya.

"Dua hati..." dia menyentuh dada Eriq dan dadanya.

"Menjadi satu" dia memeluk Eriq suaminya seakan ingin menyatukan hati mereka.

Tidak semena dia terimbau kenangan yang paling manis semasa mereka berbulan madu di Bali tempoh hari. Dia rindu

Hasya memandang perutnya yang sudah menampakkan bentuk. Dia usap perlahan. Sudah 3 bulan dia berada di pulau ini dan 3 bulan dia tidak berhubung dengan suaminya. Ini kerana dia mematikan telefon dan hanya berhubung dengan Hadi dan Aina menggunakan telefon mamanya.

"Mesti baby rindu papa kan? Mama pun rindukan papa" katanya pada anak dalam kandungan.

"Kenapa papa buat kita macam ni, kenapa papa tipu mama sedangkan mama dah tahu semuanya. Sampai hati papa..." ujarnya sendiri.

Dia membuang pandangan jauh ke hadapan melihat keluasan pantai yang sudah bertukar jingga dek kerana sinaran matahari terbenam. Bunyi ombak yang menyapa sistem pendengaran mengasyikkan lagi suasana.

"Anak mama menung apa tu? Dari tadi mama perhati" kata Puan Rosmalina. Hasya menoleh ke kanan. Dia senyum sahaja. 

"Baby buat mama sedih ke? Cakap dekat mama jangan lah sedih nanti tak comel... tokma kan ada" mamanya mengusap perut membuncit Hasya. 

'Kan best kalau kat depan Sya sekarang adalah Eriq bukan mama'  katanya dalam hati 

"Hasya fikir apa?" soal mamanya. Dia membetulkan sedikit tudung anaknya yang sudah rosak ditiup angin.

"Mesti abah layan mama baik kan dulu? Mesti abah sayang mama sangat sangat kan?" entah kenapa dia menanyakan soalan itu pada mamanya. 

Puan Rosmalina tersentak. 

"Ye, abah Hasya sangat sayang kan mama dan mama pun sayangkan abah" jawab mamanya sambil membuang pandangan ke hadapan. Begitu Hasya.

"Kan best dapat suami macam abah..." kata Hasya.

"Kenapa Hasya cakap macam tu? Eriq bukan suami yang baik ke buat Hasya?" Puan Rosmalina memandang sisi wajah anaknya. Hasya menggeleng. 

"Tak baik cakap macam tu, Hasya tak boleh membezakan kasih sayang Eriq dengan abah. Setiap orang berbeza beza dalam menunjukkan rasa sayang pada seseorang yang mereka sayang." ujar Puan Rosmalina. 

"Kalau dia sayang Hasya kenapa dia buat Hasya macam ni? Kenapa dia sanggup tipu Hasya mama. Dari kecil Hasya perlu menanggung sakit. Hidup berdikari tanpa kasih sayang ibu bapa, tiada sesiapa untuk bergantung selain nenek" kata Hasya perlahan. Puan Rosmalina terdiam.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now