ERIQSYA 30

5.6K 172 10
                                    

Eriqa sudah memulakan dramanya. Mummy hanya menggeleng kepala dengan perwatakkan anak daranya ini. Ikut siapa lah agaknya.

"Kak Sya jangan lupa Eriqa tau hiks kalau Kak Sya bosan ajak lah Eriqa jalan jalan atau pergi je kedai bunga Eriqa" katanya dalam pelukan Hasya.

"Kak Sya bukan pergi mana pun... pindah duduk rumah abang Eriqa je. Dramatik betul ye adik ipar sorang ni haha" tutur Hasya sekali dengan gelak tawa.

"Dah lah jangan di layan budak manja ni. Hati hati bawak kereta" pesan si mummy.

"Okay mummy. Kami gerak dulu lah ye" mereka berdua mencapai tangan mummy lalu dikucup.

"Bye mummy bye Eriqa"

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah mereka hanya bunyi radio sahaja yang memecah kesyunyian. Eriq fokus kepada pemanduan dan Hasya bermain dengan telefon bimbitnya.

Sampai sahaja di hadapan rumah, pagar secara automatik terbuka dan kereta menyusur masuk lalu diparkir elok ditempatnya. Hasya terkejut bila melihat kereta elok terletak di garaj kereta.

"Sejak bila kereta aku ada dekat sini?" dia memandang ke arah suaminya.

"Semalam aku suruh pekerja aku tolong bawakan ke sini" balasnya.

"Kau curi kunci kereta aku?" tuduh Hasya.

"Bukan curi princess... ambik. Tapi aku dah letak balik dalam handbag kau. Dah jom masuk dalam" Eriq membuka pintu kereta begitu juga Hasya.

Hasya sudah melangkah ke arah pintu manakala Eriq sedang mengeluarkan bagasi milik mereka. Eriq mengeluarkan kunci rumah dan pintu dibuka.

"Assalamualaikum" ucap mereka serentak.

Hasya terkejut melihat ruangan dalam rumah tersebut. Sangat cantik dan minimalist.

"Besarnya rumah kau... Kau design sendiri ke memang macam ni" tanya mengajukan soalan. Mata masih ligat meneroka setiap sudut rumah.

"Rumah kita princess. Haah aku design sendiri 2 tahun lepas and baru siap 3 bulan lepas. Kau suka?"

"Suka gila... Pandainya kau design, berapa kos semua ni"

"Dalam 9 juta lebih je" selamba sahaja nadanya.

"Je kau cakap, oh lupa aku kahwin dengan CEO"

"Hahaha dah jom aku tunjukkan bilik kita" katanya lalu bergerak ke arah lif.

"What do you mean bilik kita. Aku nak tidur asing" balas Hasya. Eriq terus berpaling memandang si isteri.

"Asing? Kita kan dah kahwin mana boleh tidur asing" tutur Eriq dengan nada tegas.

"Yeke? Do I care? Aku nak tidur asing juga bye" dia terus masuk ke dalam lif. Eriq disebelah hanya diam. Jika dia membantah takut jadi perang dunia ke 7 pula.

Sampai sahaja di atas Hasya memilih bilik dia mahu. Maklum lah banyak sangat bilik jadi dia pun tidak tahu mahu memilih yang mana satu.

"Ni bilik kita, tapi kalau kau nak tidur asing juga sebelah ni bilik kau" Eriq menunjukkan bilik mereka.

"Tak dapat tidur sebilik, tidur sebelah sebelah pun jadi lah ek. Faham" kata Hasya selamba. Dia menarik bagasi miliknya masuk ke dalam bilik tersebut.

"Uish besarnya... boleh tidur sepuluh orang" Hasya baring di atas katil tersebut. Empuk. Berapa lah agaknya harga tilam sahaja.

Tiba perutnya berdendang sayang. Dia bangun dari perbaringan dan turun ke bawah. Ingin mencari makanan. Peti ais dibuka, hanya ada telur dan roti serta air ribena.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now