ERIQSYA 22

3.8K 152 2
                                    

Langit yang di hiasi awan putih berkepul kepul menjadi pemandangan kepada Eriq Iskandar. Hari ini merupakan hari pertama dia melangkah masuk ke syarikat daddynya iaitu EF Company sebagai seorang CEO.

Dia duduk di kerusi yang sangat empuk dan suasana bilik yang sangat menenangkan. Tiba sahaja dia di lobby syarikat tersebut, dia di sapa mesra oleh pekerja disitu.

Sedang dia menikmati pemandangan yang indah dengan bangunan pencakar langit di hadapannya dia dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu.

"Masuk" katanya. Dia berpaling untuk melihat siapa.

"Maaf mengganggu Encik Eriq." dia menapak mendekati Eriq.

"Ada apa?" tanyanya.

"Saya cuma nak bagitahu yang saya adalah PA Encik Eriq. Nama saya Emelyn Qaisara tapi bos boleh panggil saya Emelyn sahaja. Saya yang akan bantu bos kalau bos perlukan pertolongan. Dan saya juga akan teman bos kemana mana kalau bos jumpa client atau meeting" terangnya secara terperinci.

Eriq meneliti pemakaian wanita dihadapannya. Sangat menjolok mata. Dengan baju yang sangat ketat dan hanya paras lutut sangat tidak sesuai untuk dipakai. Menampakkan bentuk badannya yang langsing dan menarik perhatian lelaki.

"Okay terima kasih, apa apa saya maklum pada awak" balas Eriq tapi mata meneliti fail di atas meja. Emelyn yang perasan hanya diam.

"Saya minta diri dulu ya Eriq eh maksud saya Encik Eriq" dia menunduk lalu melangkah kebelakang 2 tapak dan terus beredar.

"Emelyn" panggil Eriq.

"Ye saya, ada apa yang boleh saya tolong?" soalnya. Dia memusingkan badan semula.

'Mesti dia nak cakap aku cantik' monolognya dalam hati.

"Sila ubah pakaian awak. Pakai baju yang sopan dan sesuai untuk pergi kerja bukan pergi kelab malam." tegur Eriq tetapi mata tidak memandang wanita tersebut.

"Huh? Saya minta maaf" dia meneliti pakaiannya atas bawah dan meminta maaf selepas itu.

"Hmm"

"Cakap jelah kau tergoda elemek. Okey, first step done lepasni aku kena goda dia lebih sikit hihi suka lah macam ni" kata Emelyn perlahan dan menuju ke meja kerjanya

Yakin itu penting. Kita bukan bocah asrama bana.


"Weh Zaf, betul ke Cik Hasya tu scandal dengan bos kita" tanya Arissa. Mujurlah meja kerja mereka bersebelah boleh lah bergossip selalu *senyum macam joker

"Entah lah weh aku pun tak sure. Tapi ramai dah orang cakap pasal diorang. Mana tak nya selalu berkepit je" balas Zafirah pula. Tiba mejanya ditepuk kuat.

"Hah buat apa, gossip lah tu" tempik si Adam atau nama lain kaunter pertanyaan bergerak.
"Kau ni cakap lah slow sikit kalau staff lain dengar tak ke naya" marah Arissa lalu menampar lengan Adam.

"Ni mesti pasal Encik CEO dan Cik Akuantan kan?" bisik Adam perlahan. Mereka berdua angguk.
"Aku ada gossip terhangat, baru dapat tadi." Adam menarik kerusi rapat dengan mereka.

Kepala mereka dirapatkan senang nak cakap takde orang dengar.

"Apa dia cepat sikit aku tak sabar ni" Zafirah menepuk nepuk tangan. Hot and spicy punya gossip.

"Sabar lah kau ni. Okey dia macam ni... kan company kita ada buat dinner dengan company lain kan" Adam memulakan cerita. Mereka angguk.

"Nak tahu tak CEO kita pergi dengan siapa" dia senyum senget. Arissa memandang Zafirah.

"Siapa?" tanya mereka serentak. Adam menepuk dahi asal lembab sangat dua ekor flamingo ni.

"Eh jap jangan cakap Cik Akauntan kita" Arissa meneka. Zafirah sudah menekup mulut.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now