SPECIAL CHAPTER 2

8.6K 264 34
                                    

Berdentang dentum bunyi periuk belanga di dapur. Bukan itu sahaja, suara sumbang wanita itu juga memenuhi ruangan dapur. Kepala digoyangkan kiri dan kanan. Tangan diangkat dan kaki melompat lompat seperti menghadiri konsert.

Disebabkan dia memakai headphone, bunyi yang tidak menyenangkan itu langsung tidak dihiraukan. Lagi lagi suaranya yang disangka terpaling merdu hakikatnya seperti katak di hutan tropika. Boleh pergi jauh, jauh dari bumi.

Sedang di ralit menyusun pinggan yang telah dibasuh di rak sebelah singki, dia tersentak apabila ada sesuatu melekap pada belakang badannya.

Eriqa berpusing 180 darjah. Melihat sahaja wajah tampan itu, dia berpusing semula menghadap singki. Menyampah.

"Dear buat apa?" soal Aiman lalu melabuhkan dagunya pada bahu Eriqa.

Eriqa yang masih merajuk terus menggerakkan bahunya agar Aiman mengangkat dagu. Aiman dengan pantas membuka headphone yang dipakai Eriqa lalu diletakkan di atas kabinet dapur.

"Ish apa Aiman ni, tepi lah. Tak nampak ke Eriqa tengah cuci pinggan" marah Eriqa. Tubuh Aiman ditolak agar menjauh.

"Dear merajuk lagi ke? Jangan lah merajuk, Aiman minta maaf okey?" pujuk Aiman lagi.

"Pergi lah dekat perempuan tu, sibuk dekat dekat dengan Eriqa kenapa. Perempuan tu kan lagi lawa dari Eriqa... pergi lah pergi" kata Eriqa.

Tangan dibasuh lalu dilap pada tuala kecil yang tergantung di kabinet dapur. Setelah itu, dia merempuh tubuh Aiman untuk naik ke bilik. Berganjak Aiman 2 langkah kebelakang.

"Dear dulu atlet ragbi ke? Kuat betul rempuh orang nasib tak tersungkur" ujar Aiman.

"Diamlah!" Eriqa mendengus kasar.

Belum sempat Eriqa meneruskan langkah, lengannya dicapai oleh Aiman. Suaminya itu menolak Eriqa lembut sehingga bersandar pada kabinet dapur. Kiri dan kanan Eriqa dikempung oleh tangan kekar itu.

Eriqa membuat muka cemberut. Bagaimana dia hendak melepaskan diri. Matanya mencari jalan untuk melarikan diri. Aiman yang perasan akan tindakan itu terus mendekatkan lagi jarak mereka.

"Nak lari mana hm? I know you, Eriqa Inara. Dear tak boleh lari dari Aiman." ujar Aiman dengan perlahan di telinga Eriqa.

"Aiman nak apa ni. Eriqa nak naik bilik, nak solat asar" katanya dengan mata terpejam. Mana tak terpejam bila wajah Aiman hanya seinci dengan wajahnya.

"Belum masuk waktu lagi, dear. Sekarang Aiman nak tanya dear... are you jealous?"

"Isteri mana yang tak jealous bila ada perempuan lain ajak bergambar dengan suami sendiri, tahu lah dia pemain bola kerajang terhebat kat Malaysia" perlahan sahaja ayat terakhir meniti di bibirnya.

"Orang lain dapat bergambar je tapi dear dapat Aiman. Beza kan?" kata Aiman sambil mencuit dagu Eriqa.

"Takde beza. Sama je. Dah lah tepi nak naik atas" tubuh Aiman ditolak dengan sedaya upaya.

"Please dear, jangan macam ni. Dah tiga hari dear silent treatment Aiman. Please... Aiman nak Eriqa yang pok pek pok pek bukan diam macam ni" dahi diletakkan pada bahu Eriqa. Tubuh wanita cantik itu dipeluk erat.

"Macam macam Aiman buat untuk pujuk dear tapi dear masih sama... taknak layan Aiman. Cakap apa lagi yang Aiman perlu buat untuk pujuk buah hati Aiman ni" kepala tidak diangkat. Masih di bahu Eriqa.

"Aiman" seru Eriqa. Dia merasakan bahunya basah. Takkan Aiman menangis.

"Aiman..." panggil Eriqa lagi. Dia cuba untuk mengalihkan kepala suaminya tapi Aiman berkeras.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now