ERIQSYA 45

7.3K 246 4
                                    

"Assalamualaikum..." ucap seseorang.

Terhenti langkah Eriq untuk menaiki tangga. Dia berpaling ke punca suara. Terkejut tidak kepalang melihat figura yang amat dirindui selama lima bulan ini. Tetapi yang lebih mengejutkan adalah perut. Perut itu membulat elok ke hadapan.

Yang lain juga terperanjat melihat si gerangan. Tidak sangka dia pulang tepat pada masanya. Di belakang terdapat juga Puan Rosmalina dan Hadi.

Aina? Lepak dengan member yang lain lah kat luar.

"Kak Sya!" jerit Eriqa lalu berlari memeluk kakak iparnya. Hasya tersenyum.

"Rindunya Eriqa dekat Kak Sya... comelnya perut" ucap Eriqa seraya mengusap lembut perut ke depan itu.

"Hasya menantu mummy..." panggil Puan Fatimah pula lalu memeluk menantunya.

Mereka sangat rindu akan Puteri Hasya. Walaupun mereka sering berhubung atas talian tetapi rindu itu semakin hari semakin menebal.

"Syukur Hasya dah balik, mummy rindu sangat dekat menantu mummy sorang ni" dia memeluk Hasya seeratnya.

"Hasya pun rindukan mummy... maafkan Hasya sebab-" belum sempat dia ingin menghabiskan ayat terus mummynya memintas.

"Jom masuk salam daddy. Ros dan Hadi jom masuk sekali" suruh mummy nya. Mereka angguk.

"Assalamualaikum daddy..." Hasya tunduk dan mencium tangan Tuan Erham. Daddy senyum seraya mengusap lembut kepala Hasya.

Hasya mengangkat kepala ingin memanggil suaminya. Angkat sahaja kepala suaminya sudah menghilangkan diri. Ke bilik mungkin.

"Duduk dulu kita borak borak sikit" Tuan Erham membuka mulut.

Hasya mengambil tempat disebelah mamanya. Tentang Eriq pandai pandai lah mereka uruskan nanti. Tetamu datang jadi perlulah mereka melayan tetamu dahulu. Tak gitu. Ceh.

"Hasya... macam mana keadaan kamu? Okay ke masih ada alahan apa apa? Kandungan macam mana?" pelbagai soalan diajukan oleh Puan Fatimah.

"Mummy ni pun satu satulah kesian Kak Sya nak menjawab" ujar Eriqa. Mummy membuat isyarat diam. Sibuk je.

"Alhamdulillah mummy... kandungan okay, baby pun okay. Alahan tu masih ada lagi cuma tak teruk sangat macam mula mula dulu" terang Hasya.

"Syukur, seronok mummy dengar. Kalau Hasya ada mengidam apa apa dari air tangan mummy beritahu ye sekalip mata akan siap." kata mummynya.

"Baik mummy" balas Hasya.

"Terima kasih ye jaga menantu saya elok elok... semakin tembam Hasya ni hah. Makan apa lah agaknya kat Maldives tu" gurau Puan Fatimah.

"Macam macam dia makan, mengidam punya pasal semua dia minta nasib bukan yang pelik pelik." kata Puan Rosmalina lalu mengerling anaknya di sebelah.

"Mama ni malu lah Hasya" Hasya sudah menyorokkan mukanya di belakang badan mamanya.

"Malu malu pula elemek" Hadi pula menyakat.

"Abang ni shhh diam"

Mereka semua ketawa besar. Geli hati melihat mak buyung sorang ni.

Mereka perasan akan Hasya yang berpaling ke kiri dan kanan seperti mencari sesuatu. Mesti mencari keberadaan suaminya.

"Hasya..." panggil Puan Fatimah.

"Ye mummy" jawabnya. Badan ditegakkan semula.

"Mummy harap Hasya boleh lah berbincang elok elok dengan Eriq ya, mummy pasti Eriq takkan marah kamu." tiba sahaja mummynya berkata begitu.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now