ERIQSYA 16

3.6K 153 6
                                    

Hari ini merupakan hari cuti buat Hasya dan Aina, bukan dirancang tapi kebetulan. Dalam masa yang sama keputusan SPM juga keluar pada hari tersebut. Aina sekarang berada di rumah Hasya untuk sama sama menyemak keputusan. Debaran kian terasa.

"Wehh aku nervous siot, kau rasa kita dapat universiti mana?" kata Aina dengan penuh debaran. Tangan sudah berpeluh.

"Insyaallah kita dapat universiti idaman kita, aku yakin. Kita straight A kot." kata Hasya untuk menghilangkan debar. Sedap kan hati.

"Okey, kita tekan sama sama eh" ujar Aina lalu menggosok kedua tapak tangan. Yaallah macam nak pergi berperang.

"1"

"2"

"3"

"ARRGHH!" jerit mereka serentak. Mereka sudah terlompat lompat kegembiraan.

"Kau dapat mana Na" tanyanya teruja

"Aku kira sampai tiga kita sebut sama sama eh" kata Aina pula. Hasya angguk.

"Satu dua tiga"

"UM" kata mereka serentak.

"Wehh kita sama!!! Alhamdulillah sukanya" teruja sekali Hasya.

Mereka berpelukan sangat erat sambil mengoyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Itu lah universiti impian mereka dari di bangku sekolah menengah. Melanjutkan pelajaran di universiti ternama iaitu Universiti Malaya.

Dengan keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A+. Sepatutnya 9 sahaja tetapi mereka mengambil subjek tambahan iaitu tasawwur islam. Dengan alasan "saja nak tambah A".

Nampaknya mereka memang ditakdirkan untuk bersama seperti kembar siam. Harapnya tak muak lah tengok muka yang sama setiap hari.

"Apa yang kecoh sangat ni, tak khusyuk nenek nak solat" tegur nenek yang masih bertelekung.

"Nenek! Sya dapat tawaran ke UM! Universiti paling top dalam Malaysia" katanya kuat lalu memeluk tubuh wanita tua itu.

"Alhamdulillah syukur yaallah. Mantap lah cucu nenek ni, terkabul doa kamu Sya" ujar nenek lalu mencium ubun ubun cucunya.

"Alhamdulillah, Aina pun dapat sama macam Sya. Nampaknya kami memang tak boleh berpisah. Asyik nak melekat je. Muak tau tengok muka dia hari hari" guraunya. Aina menarik muka.

"Eh kau ingat aku tak muak ke tengok muka kau hah! Sana muka kau sini muka kau, serabut tau" balas Aina.

"Dah jangan nak bergaduh, mulut kata lain hati kata lain. Sebelum nenek pulas telinga kamu berdua baik senyap" tegas nenek berkata.

Mereka berdua menayangkan gigi sahaja.

"Aku balik dulu Sya, nak bagitau ibu aku. Mesti dia yang terlebih excited" Aina berjabat tangan dengan sahabatnya dan nenek lalu melangkah keluar.

"Gembira nenek dengar kamu dapat universiti idaman kamu. Nenek doakan kamu berjaya dunia akhirat ya. Jadi pelajar yang bagus dan semoga kamu dapat jadi seorang akauntan yang berjaya, dapat beli apa yang kamu nak. Ingat, walau apa pun yang terjadi jangan pernah giveup. Allah sentiasa bersama sama dengan orang kuat dan sabar." nenek menitipkan pesanan buat Hasya.

"Terima kasih nenek, doakan Sya tau" dia memeluk erat tubuh itu. Dia tidak mahu kehilangan wanita tersebut.

"Sya... kalau nenek dah takde nanti..."

"Nenek, Sya tak suka nenek sebut benda tu. Sya tak nak kehilangan nenek. Cukup lah abah dan mama sahaja. Hasya sayang nenek"

"Setiap yang hidup pasti akan mati Sya... Nenek dah tua, masa nenek pun dah tak lama. Jadi, jika nenek ditakdirkan pergi untuk selamanya Sya kena ingat yang nenek sentiasa ada bersama Sya. Jadi orang yang baik, orang yang taat perintah Allah, orang yang kuat dalam menghadapi apa saja ujian dan paling penting kena sabar. Jangan ikutkan sangat hati lagi lagi masa kita marah. Belajar rajin rajin ya bangga kan mak ayah kamu walaupun mereka tiada di depan kamu tapi mereka sentiasa ada di sini." Tangan diletakkan di dada Hasya. Kali ini mampu membuatkan Hasya mengalirkan air matanya.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now