ERIQSYA 24

9.2K 350 19
                                        

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi Hasya diam tidak bersuara. Dikerling pemandu yang sedang fokus menatap jalan raya dihadapan.

Dia yang perasan Hasya memandangnya terus saja dia berdehem.

"Ehem kenapa pandang saya macam tu?" tanya Hadi disebelah.

"Hah? Mana ada saya pandang awak" nafinya. Sedaya upaya dia menidakkan kenyataan tersebut.

"Nervous ke?" soalnya.

"Sikit... mama awak tak garang kan sebab saya takut mak mak garang ni" pertanyaan mengundang tawa kecil si jejaka.

"Garang lah juga. Dia tak suka perempuan yang takut takut jumpa dia sebab dia akan bertambah garang. Muka mama saya pun macam singa kalau marah sampai kawan saya yang pernah jumpa pun takut nak datang kali kedua" ujarnya. Hasya menelan air liur.

Kalau betul apa yang Hadi cakap macam mana. Dah lah dia cepat menangis kalau seseorang memarahinya.

Melihat muka Hasya yang sedikit cemas terus Hadi gelak kuat. Hasya pandang pelik. Kena sampuk dengan hantu ke bocah ni.

"Saya gurau je. Mama saya baik lah... kawan saya yang pernah jumpa dia kalau boleh semua nak jadi anak angkat dia tau" Hadi memberhentikan kereta di depan rumah.

"Jangan takut, hampir setahun saya yakin kan awak yang mama saya baik. Masih tak percaya?" duganya. Hasya geleng, bukan begitu maksud dia.

Dia akui yang Hadi banyak memujuknya untuk bertemu dengan mamanya. Banyak kali dia menolak dengan alasan masih belum sedia.

Sepanjang mereka berkenalan, Hasya akui yang dia sudah selesa dengan kehadiran Hadi dalam hidupnya. Kemana sahaja dia pergi mesti Hadi bertanya dan mengambil berat, dia suka. Setiap kesusahan yang dialami pastu Hadi juga yang ada dibelakangnya. Sedar ataupun tidak dia sudah dapat menerima Hadi.

Tetapi dia masih ragu ragu dengan perasaan sendiri.

"Hasya? Awak termenung apa? Kita dah sampai depan rumah jom masuk mesti mama dah tunggu lama" Hadi membuka pintu kereta dan berlari ke arah pemandu. Pintu Hasya dibuka.

"Terima kasih" ucapnya seraya tersenyum manis.

"Jom"

Sampai sahaja di depan pintu rumah terus Puan Rosmalina menyapa.

"Alhamdulillah sampai pun kamu berdua kemain lama mama menunggunya" sampuknya dahulu.

"Assalamualaikum mama. Maaf buat mama tunggu lama. Kenalkan ni lah Hasya yang Hadi pernah cerita tu" tangan mamanya dikucup sekilas.

Hasya membuat perkara yang sama lalu pipi mereka berlaga kiri dan kanan.

"Cantiknya kamu..." puji Puan Rosmalina, pipi Hasya diusap.

"Biasa lah ma... tengok lah siapa punya" bongkak Hadi menjawab.

"Eleh kamu, hah jom lah masuk mama ada buat tomyam ayam special untuk Hasya" dia mempelawa Hasya masuk. Hasya hanya menurut.

Tapi macam mana mama Hadi tahu makanan kesukaannya. Mungkin Hadi yang memberitahu tentang perkara itu.

Tapi yang membuatkan dirinya sebak apabila mendengar Puan Rosmalina membahasakan dirinya 'mama'. Dia rindu.

"Hasya meh duduk sini" dia menarik kerusi menyuruh Hasya duduk.

Hasya hanya mengucap terima kasih dan duduk dengan sopan.

"Aik ma... Hadi tak pernah pun dapat layanan special macam tu. Mana aci macam ni" suara seperti merajuk. Mama memutar bebola mata ke atas.

"Terima kasih aunty" Hasya melabuhkan punggung.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang