ERIQSYA 37

10.1K 343 21
                                    

Malam ini mereka tidur dirumah Puan Rosmalina. Bukan Hasya dan Eriq sahaja malah Aina juga turut dipelawa untuk tidur di situ.

Aina memberi alasan bahawa dia segan tetapi Hasya berkeras ingin Aina tidur di situ. Aina juga keluarganya.

Hasya memujuk Aina agar tidur bersama sehingga menangis teresak esak, taktik Hasya je tu. Nasiblah esok merupakan hari cuti.

Damia pula sudah balik ke kampung 2 hari lepas kerana ibunya tidak sihat di kampung.

"Happy tak, dah jumpa mama kau" tanya Aina yang sedang baring disebelah Hasya.

"Mesti lah happy, sangat happy. Aku ingatkan jumpa mama aku je tapi siap dengan abang. Unexpected" balas Hasya penuh gembira.

Mereka tidur sebilik sekarang ini. Kenapa tidak tidur bersama suaminya? Merajuk lah apa lagi. Siapa suruh tipu orang siap rancang plan yang tak masuk akal, padan muka.

"Aku gembira bila aku gembira Sya. Kau dah jumpa kebahagiaan yang kau impikan selama ni. Berjumpa dengan mama kau dan dah jadi seorang isteri kepada cinta pertama kau. Aku tumpang gembira Sya" Aina bersuara.

"Aina... terima kasih tau sebab kau masih dengan aku sampai hari ini dan bila bila. Aku sayang kau sangat sangat, terima kasih sebab tak pernah penat berkawan dan melayan kerenah aku selama kita berkawan."

"No problem Sya, kau sahabat aku dunia akhirat. Kau happy aku happy, kau sakit aku lagi sakit. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau dan aku harap persahabatan kita akan sampai ke syurga"

"Aminn. Aku pun harap macam tu tapi kalau aku masuk neraka aku tarik kau sekali tau" kata Hasya.

"Kalau kau masuk neraka aku buat buat tak kenal kau, pastu cepat cepat aku masuk syurga. Kau panggil ke apa ke aku buat tak tahu je" balas Aina.

"Tak baik doh kau"

"HAHAHAHAHAH" gelak mereka serentak.

Tak lama kemudian, mereka pun telah dibuai mimpi. Dengan keadaan di luar yang hujan lebat dan penghawa dingin yang bersuhu 16 darjah celcius itu menambahkan lagi kenyenyakkan mereka.

"Jangan!! Jangan apa apa kan aku!! Pergi!! Tolong tolong!!!" jerit Hasya dalam tidur. Aina tersentak mendengar jeritan Hasya.

"Sya kau kenapa ni" kejut Aina. Badan Hasya digoyangkan bagi mengejutkan dia.

"Eriq tolong saya!! Mereka nak buat benda buruk pada saya!!! Eriq tolong!!! Eriq!!!" Hasya menjerit lagi kuat. Selimut digenggam erat dan kepala bergerak ke kiri dan kanan. Kaki menyepak nyepak udara.

"Hasya!!!" Aina mengejutnya lagi. Hasya semakin meronta.

"Eriq!!!! Tolong!!! Jangan taknak taknak"

Aina dengan pantas turun dari katil dan berlari ke bilik Eriq. Pintu diketuk dengan kuat. Eriq yang tersedar terus membuka pintu.

"Eriq! Hasya kat bilik... tolong!" kata Aina cemas, mereka berdua terus mendapatkan Hasya.

"Eriq tolong saya!!! Abah Sya takut!!" mata masih terpejam.

"Princess... wake up" kejut Eriq. Badan Hasya ditepuk tepuk.

"Tak nak tak nak" kata Hasya.

"Kenapa ni Aina, Eriq" tanya Puan Rosmalina, terkejut dia mendengar seseorang menjerit. Terus dia keluar dan mencari punca suara.

"Ma? Kenapa?" tanya Hadi yang baru datang. Hanya berseluar pendek paras lutut.

"Puteri Hasya bangun!" kata Eriq sedikit kuat. Hasya terus membuka matanya luas.

"Eriq?" soalnya.

"Yes princess, ni aku Eriq Iskandar" jawabnya lembut.

Hasya terus memeluk suaminya erat, tangisan dilepaskan semahunya.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now