Hasya mencepatkan langkah apabila si dia tidak habis habis mengekorinya. Dari di dalam cafe sehingga ke lobi syarikatnya. Mujur cafe itu berhadapan dengan syarikat di bekerja tidak lah lenguh kaki berlari.
"Hasya tunggu" jerit Eriq. Dia mencapai tangan Hasya dengan pantas.
Hasya berpusing kebelakang dan laju sahaja tangannya hinggap di pipi kanan Eriq.
Eriq tergamam dengan tindakan Hasya yang sangat tidak dijangka. Eriq perlahan lahan memandang Hasya.
"Hasya... kau tampar aku?" soalnya. Tangan Hasya sudah terketar ketar. Dia juga tidak menyangka.
"Ya aku tampar kau! Asal kau nak rasa tamparan ni dekat pipi kiri pula ke?" walaupun bukan itu yang ingin dia lontarkan tapi dia terpaksa. Dia harus nampak kuat didepan orang lain.
Pekerja yang berada disitu terus terdiam. Tidak percaya.
"Garang gila scandal bos kita tu" bisik salah seorang pekerja disitu.
"Ye doh... sekali bagi terus tergamam mamat hensem tu" balasnya. Tiba ada suara lain menyampuk.
"Kalau aku dapat lelaki hensem macam tu aku peluk je dia tak pun cium. Tak sunggup aku nak rosak kan aset termahal dia dah lah hensem bergaya macam CEO" panjang dia memuji.
"Diam lah kau dasar merenyam"
"Sampai hati kau Sya..." kata Eriq dengan nada tertahan.
"Yes memang aku sampai hati. Kenapa kau tak percaya aku mampu buat atau kau nak tengok lebih" kata Hasya sedikit kuat.
"Aku datang nak minta maaf-"
"Itu jelah kerja kau! Maaf maaf maaf maaf! Sampai mampus pun aku takkan maafkan kau"
"Tapi kenapa Hasya... susah sangat ke kau nak maafkan aku" Eriq menyoal lagi. Hasya senyum sinis.
"What a stupid question. Memang susah Eriq Iskandar! Sangat susah! Sebab kau lelaki pertama yang buat aku jadi bodoh! Bodoh sebab jantan!" herdiknya. Tidak dihiraukan mata mata yang melihat agenda mereka.
"Tapi-"
"Stop ganggu hidup aku lagi lepas ni dan tolong cari kebahagiaan kau bersama perempuan lain dan bukan aku" dia terus pusing badan untuk melangkah pergi.
"Tapi kau kebahagiaan aku Puteri Hasya" jeritnya. Termati langkah Hasya.
"Itu dulu bukan sekarang" Hasya berkata perlahan tapi masih didengari oleh Eriq.
"I won't stop from bothering you until you become someone's wife Hasya. I will always find a way to meet you and beg for your forgiveness." katanya.
Hasya memejam kan mata erat. Ya Allah berikan aku kekuatan.
Dia menarik tangan Eriq untuk keluar dari lobi tersebut. Malu apabila semua pekerja memandang ke arah mereka.
"Apa masalah kau ni Eriq! Kau tak faham bahasa ke hah?!" tempik Hasya kuat.
"Please Hasya jangan tinggalkan aku... aku merayu. Jangan buat aku macam ni, aku sayang kau sangat sangat" luluh hati lelaki itu.
"Saya penatlah Eriq... setiap kali saya tengok muka awak hati saya sakit... jadi tolong jangan buat saya benci pada awak untuk selamanya" kata Hasya.
"No no no jangan benci aku Hasya..."
Hasya tidak mengendahkan rintihan lelaki itu dan terus berpaling ke belakang. Dia menghentikan langkahnya sekejap.
"Saya akan bernikah tak lama lagi Eriq Iskandar. Jadi berhenti ganggu saya dan pergi dari hidup saya... jangan datang lagi"
"Hah?! Dengan siapa Hasya..." Eriq terkejut dengan pengakuan tersebut.
YOU ARE READING
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...