ERIQSYA 43

9.8K 372 20
                                        

Dari tadi Tuan Erham menenangkan isterinya yang sedang gelisah. Puan Fatimah tidak berhenti mengalirkan air mata sejak malam Eriqa menelefonnya. Eriqa yang berada di hadapannya juga turut mundar mandir menunggu keputusan doktor.

Mereka berada di hospital. Pada pukul 11:30 malam tadi, Eriqa menelefon Puan Fatimah dan mengatakan bahawa abangnya, Eriq berada di rumahnya. Apabila Eriqa masuk ke dalam langsung tiada yang menyahut.

"Assalamualaikum abang!!!!" jerit Eriqa kuat. Berkali kali dia memberi salam lalu membuat keputusan untuk masuk sahaja ke dalam rumah itu.

"Eh dear, kau nak panjat je ke pagar ni? Jatuh kang macam mana?" tegur Aiman.

Mujur buah hati menemaninya ketika ini, kalau tidak memang tidak lah di ingin ke sini. Sudah lah kawasan perumahan ini agak sunyi dan di kawal ketat oleh pengawal yang menjaga kawasan ini.

"Lantak lah, saya nak kena cari abang saya sebab mummy dah risau. Kesian mummy" ujarnya lalu memanjat pagar diikuti oleh Aiman.

Pakai skirt pun skirt lah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, langsung tiada sesiapa di ruang tamu mahupun dapur. Tetapi dompet dan telefon bimbit abangnya terletak kemas di atas dining table.

Eriqa membuat keputusan untuk naik ke atas dan menolak pintu bilik abangnya. Terkejut beruk Eriqa melihat keadaan bilik abangnya yang tidak terurus dan Eriq sedang berselubung di dalam selimut tebal.

"Ya Allah abang! Kenapa jadi macam ni" cemas Eriqa dibuatnya. Selimut ditarik ke bawah.

"Abang bangun" badan Eriq digoyangkan perlahan.

"Hmm" gumam Eriq.

"Princess?" panggil Eriq lemah. Eriqa memandang Aiman.

"Princess, kau dah balik?" soalnya lagi. Mata langsung tidak dibuka. Tangan meraba tempat tidur disebelahnya.

"Ni Eriqa abang bukan Kak Sya" kata Eriqa perlahan. Dia meletakkan belakang tangan pada dahi abangnya. Panas.

"Mana princess abang... abang nk princess abang..." kata Eriq dalam keadaan tidak bermaya.

Muka Eriq kelihatan sangat pucat. Kalau dihiris mungkin tiada darah yang akan keluar. Bibir yang kering dan menggelupas serta kulit badan yang kering kerana kekurangan air. Badan abangnya panas walaupun sekarang bilik itu seperti di kutub utara.

Sangat panas. Boleh goreng telur. Tapi melekat lah sebab kulit abang dia tak berminyak. HAHAHA. Tukar mood sedih balik.

"Abang demam panas ni, jom Eriqa bawak abang pergi hospital" Eriqa sudah membuka selimut yang membaluti abangnya.

Eriq menggeleng.

"No... I just want my princess back...mana dia Eriqa, tolong suruh Kak Sya balik. Abang sakit" dia menolak tangan Eriqa yang sedang menariknya bangun.

"Jangan macam ni Riq, kau demam teruk ni. Kitaorang bawak kau pergi hospital dulu, pasal Hasya kita bincang kemudian" Aiman pula memujuk.

"Kau tak faham aku, Aiman. Dia segala galanya bagi aku, dia tak boleh tinggalkan aku. Dia nyawa aku." ujar Eriq bersama air mata yang mengalir tanpa diseka.

Dia membaluti semula badan. Dia ingin isterinya sahaja bukan orang lain.

Eriqa dan Aiman berpandangan sesama sendiri. Masing masing menggaru kepala. Buntu.

"Abang jangan macam ni. Keadaan abang dah teruk sangat ni, sikit lagi nak masuk ICU- aduhh" Eriqa memegang bahunya yang dipukul Aiman.

"Apa cakap macam tu kat abang sendiri nak kena cili ke?" tegur Aiman tegas. Eriqa mencebik. Elemekkkk.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang