ERIQSYA 38

6.2K 236 9
                                    

TOK TOK TOK

"Masuk" laung Hasya seraya memandang ke arah pintu.

Arissa membuka pintu dan menjenguk ke dalam bilik pejabat tersebut.

"Cik Hasya ada seseorang nak jumpa Cik Hasya" kata Arissa.

Tidak semena badan Arissa di tolak oleh seseorang dari luar. Hampir tersungkur tubuhnya ke lantai nasib segera berpaut pada pintu.

"Lembab" marah si dia.

"Camelia?" soal Hasya.

Camelia tersenyum sinis di muka pintu. Kaki menapak masuk ke dalam pejabat Hasya dengan wajah bongkak.

"Arissa awak boleh sambung buat kerja ya" kata Hasya. Arissa angguk dan menutup pintu.

"Bodoh punya perempuan... kau ingat kau cantik kau boleh tolak aku ke hah? Dia tak kenal lagi aku siapa, ini Arissa Melina lah" bebelnya sambil jalan menuju ke meja kerjanya.

"Hah!!!" jerkah Adam yang sudah lama menyorok dia belakang pintu.

"Oiii dasar perempuan setan!" latahnya sedikit kuat. Tergelak rakan sekerjanya yang lain.

"Siapa perempuan setan tu?" sampuk Zafirah dengan sisa tawa yang masih berbaki.

"Client tadi tulah"

"Kau nak apa sampai datang office aku?" soal Hasya mendatar. Tangan sibuk membelek dokumen dihadapannya.

"Nothing. Bosan kat rumah tu yang singgah jumpa kau" katanya sambil mata melilau melihat segenap bilik mewah itu.

Pejabat ke ruang tamu ni... siap ada sofa empuk, televisyen besar, tandas dan juga bilik tidur.

 "Puteri Hasya binti Ahmad Kamarul, accountant of Rose Empire hmm not bad..." katanya sambil menatap sijil yang elok terletak di dalam almari kaca tersebut.

Camelia mendekatkan wajah pada pintu kaca almari tersebut dan membaca sebaris ayat yang ada pada sijil tersebut.

"Pewaris Rose Empire dalam kurungan daughter. Wow anak kepada pemilik syarikat..." katanya sambil mengangguk angguk kepala tanda faham.

"Kau nak apa sebenarnya datang sini, kalau takde benda elok nak cakap sila keluar aku banyak kerja nak buat" ujarnya lalu bersandar di kerusi empuk itu.

"Wah halau nampak" dia membalas lalu mendekati meja kerja Hasya dan tanpa di pelawa dia melabuhkan duduk.

"Apa kau nak?" soal Hasya lagi.

Camelia ketawa kecil.

"Kau dah tengok kan gambar yang aku hantar semalam?"

"Yes, and?"

"So kau masih nak bersama suami kau ke atau lebih spesifik lagi, bekas tunang aku atau nama lain bekas aku?" sinis sekali nada Camelia berkata. Perkataan 'bekas' sengaja ditekan.

"Past is past, aku kenal suami aku so jangan buang masa kau untuk porak perandakan rumah tangga aku" balas Hasya penuh yakin. Dia menatap wajah Camelia dengan bersahaja.

"Wow isteri yang mithali... menerima baik buruk suami luar dan dalam, bagus bagus" Camelia menepuk tangan dua kali tanda menganjing.

"Kalau takde pape lagi sila keluar, aku tak suka tengok muka orang yang terhegeh hegeh kan suami orang" perli Hasya lalu membelek semula dokumen di hadapannya.

"Okey aku akan keluar tapi aku nak kau tahu satu benda..." Camelia bangun dari duduknya lalu menapak menghampiri Hasya.

Bibir di dekat pada telinga Hasya lalu berbisik.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now