ERIQSYA 26

4K 142 18
                                    

Setelah menunggu beberapa minit, makanan tengah hari yang dipesan telah pun sampai. Mereka mengalihkan barang ke tepi meja bagi memberi ruang pelayan tersebut meletakkan makanan.

Mereka membaca bismillah dan memulakan santapan.

"Lepas ni kita beli cincin ya?" tanya Hadi.

"Okey" balas Hasya.

"Sedap ke steak tu?" tanya Hadi lagi. Hasya angguk.

"Awak nak rasa ke. Aaaa buka mulut" kata Hasya. Potongan daging disua kepada Hadi.
Hadi membuka mulut dan memasukkan suapan ke dalam mulut. Daging dikunyah.

"Emm sedap... awak nak rasa saya punya pula?" Hasya angguk.

Hadi menggulung spagetti menggunakan garfu dan disuap ke dalam mulut Hasya.

"Sedap gila... first time rasa spagetti sesedap ni" puji Hasya.

Mereka menyambung semula makan. Menikmati setiap suapan dengan penuh asyiapp.

"Hadi... saya nak pergi toilet sekejap ye. Tolong jagakan handbag saya boleh" Hasya berkata.

"Boleh" jawabnya.

Hasya mencapai lipmatte di dalam
handbagnya sebelum bangun untuk ke toilet.
Setelah kelibat Hasya sudah hilang, tiba tiba datang seorang berhoodie hitam duduk di tempat Hasya.

"Kau dah buat apa aku suruh." tanya si dia.

"Dah" jawab Hadi. Dia tersenyum sinis.

"Bagus. Nah jangan lupa tugas seterusnya." dia berpesan kepada Hadi. Sehelai kertas yang dilipat diserahkan pada Hadi.

"Aku tahu lah... ingat janji kita kalau kau ingkar mati kau aku kerjakan." pesan Hadi pula.

Lelaki berhoodie hitam itu angguk dan berdiri.
Sempat dia menyeluk tangan kedalam beg tangan Hasya dan telefon wanita itu diambil.
Membuka aplikasi kamera. Dia membetulkan hoodienya agar menutup muka lalu dia selfie. Setelah itu telefon di simpan semula.

Sempat dia menepuk bahu Hadi sebelum beredar.

Setelah itu, Hadi membuka kertas yang telah diberikan lalu membaca isi dalamnya. Dia mendengus. Maafkan aku.

"Sorry lambat... awak dah habis? Kertas apa tu?" tanya Hasya yang baru tiba.

"Eh terkejut saya! Dah habis makan dah... awak dah ke jom beli cincin pula tak sabar ni"
Bahagia dia rasakan apabila Hasya bersetuju untuk berkahwin dengannya. Ada mulanya dia sedikit terkejut tapi akhirnya dia sangat bersyukur.

Patutlah budak office tersenyum senyum ke arahnya apabila dia melintas setiap pekerja yang terserempak dengannya. Siap mengucapkan tahniah rupanya mereka sudah tahu dahulu kerana kes Hasya tempoh hari.

"Awak nak yang mana?" bisik Hadi pada Hasya.

"Saya nak yang tu tapi mahal sangat" jawab Hasya. Dia menunjukkan cincin berlian dihadapannya.

"Saya nak yang ni" kata Hadi pada pekerja kedai itu. Hasya terkejut.

"Hadi mahal sangat lah kita pilih yang lain lah" dia berbisik perlahan.

"Kahwin sekali seumur hidup lagipun awak kahwin dengan CEO takkan nak pakai barang murah... kang gatal macam mana" selamba menjawab.

"Yelah..." balasnya pasrah.

Hasya mencuba cincin tersebut. Alangkah bertuahnya cincin tersebut tersarung cantik di jari runcing miliknya. Hasya suka sangat.

"Saya nak yang ni"

Selesai membayar cincin yang berharga RM 12,999 tersebut mereka terus menuju ke kereta.

Hadi baru mendapat info yang di perlu menghadiri mensyuarat sekarang juga. Sangat tiber ya. Tak sempat nak dating lama sikit.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now