ERIQSYA 19

3.5K 146 1
                                    

5 tahun kemudian~

"Cik Hasya, ini penyata kewangan syarikat yang Cik Hasya minta saya ambil" kata salah seorang pekerja syarikat itu. Hasya mencapai fail itu dan membelek satu persatu helaian yang ada.

"Terima kasih Arisa" ucap Hasya. Arisa menunduk sekali dan keluar dari pejabat milik Hasya.

Setelah tamat sahaja pengajian, Hasya menerima balasan email daripada sebuah syarikat ternama. Dia telah menghantar email kepada beberapa syarikat untuk practical. Alhamdullilah rezeki daripada Allah, dia mendapat tawaran dari syarikat tersebut iaitu ROSE Empire.

Setelah menjalini fasa intern selama 6 bulan, dia terus diserap masuk setelah menunggu jawapan pihak syarikat selama 1 minggu. Agak cepat baginya tapi tidak mengapa rezeki. Oleh itu, cita citanya sebagai akauntan sudah tercapai dan niatnya cuma satu, ingin membanggakan keluarga walaupun mereka sudah tiada.

ROSE Empire merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan seperti perhotelan, perumahan dan pusat membeli belah. Setakat ini syarikat tersebut sudah mempunyai 13 buah hotel dan 3 pusat membeli belah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Perumahan jangan dikata, terlalu banyak. Termasuklah kondominium, banglo serta teras. Syarikat tersebut juga mempunyai 5 buah hotel di luar negara. Amerika Syarikat, Itali, Hong Kong, United Kingdom dan Singapura.

Syarikat tersebut juga menjalani hubungan yang akrab dengan negara luar. Banyak pelabur yang ingin melaburkan dalam syarikat tersebut. Keuntungan syarikat tersebut bukan hanya berjuta tapi berbillion setiap bulan. Betapa gahnya syarikat tersebut.

Hasya terlopong apabila mengetahui segala maklumat tentang syarikat tersebut. Dia sungguh tidak percaya bahawa dia sedang bekerja di sebuah syarikat yang sangat gah ini. Tak henti dia mengucap syukur apabila menerima rezeki sebesar ini.

"Hai Cik Hasya, busy ke" sapa seseorang di muka pintu. Senyum manis terlakar dibibirnya.

Hasya mengangkat wajah memandang si pemilik suara. Dia juga tersenyum manis.

"Takde lah busy sangat, kenapa?" jawab Hasya, orang tersebut mendekati meja kerja Hasya.

"Tengok jam sekarang dan pukul berapa. Sekarang waktu lunch tau, so jom teman saya. Harini saya belanja awak" kata si dia lalu mengambil pen dari tangan Hasya lalu di letakkan di tepi.

Hasya mengerling jam tangan yang dipakai olehnya. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.

"Tapi banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan" jawab Hasya. Si dia menggeleng kepala.

"Kerja tu boleh buat nanti, makan yang penting sekarang. Kalau tak makan nanti awak sakit, lagi susah nak buat kerja. Dah jom jangan banyak alasan" katanya. Hasya angguk seraya bangun dari kerusi dan melangkah beiringan dengan si dia.

Sampai sahaja di restoran berdekatan dengan syarikat, mereka mengambil tempat lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan.

Setelah itu, mereka hanya diam bermain telefon sehinggalah si dia membuka mulut dahulu.

"Macam mana kerja setakat ni okay?" tanya si dia. Hasya meletakkan telefon di sisi dan fokus dengan perbualan tersebut.

"Setakat ni masih okay, kerja okay, suasana kerja pun okay... Kawan pejabat sporting, baik, suka buat lawak. Overall sangat okay" jawab Hasya dengan muka ceria.

"Glad to hear that" lega hatinya mendengar.

"Encik-"

"Wait, makanan dah sampai" ujar si dia. Pelayan tersebut meletakkan makanan yang dipesan diatas meja. Mereka angguk lalu terima kasih diucap.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now