ERIQSYA 6

4.9K 210 11
                                    

"Sya macam mana kau buat soalan ni" tanya Aina.

"Kau buat equation dia dulu dan baru cari nilai x" terang Hasya.

"Okey thankyou beb" ucap Aina.

Hasya selepas asar tadi terus gerak untuk ke rumah Aina. Mereka sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun pada isnin depan. Memandangkan subjek matematik adalah subjek pertama yang mereka akan duduki jadi mereka memberi perhatian lebih pada soalan dan latihan subjek tersebut.

"Kau agak agak susah ke tak ek soalan dia nanti." tanya Aina, mata dan tangan masih fokus membuat soalan tersebut.

"Aku harap taklah" jawab Hasya.

"Ya Allah semoga soalan nanti tidak susah seperti soalan ini" Aina berdoa. Hasya hanya ketawa sekali seraya mengaminkan doa tersebut.

Puan Rosnah datang dengan membawa sedulang air teh panas dan diletakkan di atas meja kecil di sebelah mereka.

"Terima kasih ibu" ucap mereka serentak. Aina mengambil secawan teh tersebut dan disisip perlahan.

"Kamu berdua exam minggu depan kan" tanya Puan Rosnah

"Haah ibu, isnin depan." jawab Hasya.

Hasya memanggil Puan Rosnah ibu kerana disuruh oleh wanita itu. Mereka sudah menganggap Hasya seperti anak kandung mereka sendiri. Mana tidaknya dari kecil sehingga ke besar gadis kecik molek itu membesar di depan matanya. Begitu juga dengan kisah hidupnya.

Keluarga Aina tidak pernah mengungkit kenangan pahitnya malah sentiasa memberi semangat kepada dirinya untuk terus bangkit dan kuat demi masa depan.




"Eriqa rindu mummy dengan daddy" mengadu Eriqa bila wajah orang tuanya terpampang di skrin telefon.

Mereka sedang membuat panggilan video. Eriq yang duduk di sebelahnya hanya membuat muka meluat. Mengada betul.

"Daddy dengan mummy pun rindu kan korang berdua. Eriqa dan Eriq sihat ke?" tanya mummy di dalam talian.

"Eriqa sihat abang pun sihat, atuk dengan nenek pun sihat juga tapi Eriq selalu buli Eriqa mummy. Tak suka tau." Eriqa mengad seraya mencebikkan bibir meminta simpati. Eriq yang mendengar lantas menunjal sisi kepala Eriqa.

"Tengok tu mummy dia tunjal kepala Eriqa." adunya lagi. Mata sudah bertakung dengan air mata.

"Eriq jangan buat macam tu kat adik kamu kesian dia" tegur daddy.

Eriq menarik Eriqa dalam pelukan dan mengusap sisi kepalanya. Ciuman dilabuhkan sekali di tempat tersebut.

"Sorry sayang. Aku gurau je dah jangan nangis nanti tak comel" pujuk Eriq lalu air mata adiknya diseka kasar.

"Hishh jangan lah kasar kasar" marah adiknya.




"Nenek?" sapa Hasya setelah membuka pintu bilik neneknya. Dapat dilihat nenek Asmah baru sahaja habis solat isyak.

"Ye Hasya ada apa" tanya nenek Asmah. Hasya duduk bersila di sebelah nenek Asmah lalu mencapai tangan wanita tua itu.

"Kenapa dengan cucu nenek ni?" tanya nenek lagi. Wajah Hasya yang suram sungguh merisaukan hatinya.

"Hasya rindu abah dan mama nenek" jawab Hasya. Air mata yang sudah bertakung di tubir mata sedaya upaya ditahan untuk tidak mengalir.

"Nenek pun rindu mereka" kata nenek. Dia membawa Hasya dalam pelukan dan mengusap kepala cucu kesayangannya. Hasya terus menghamburkan tangisan dengan kuat di dalam pelukan neneknya.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now