ERIQSYA 50 (END)

8.5K 196 45
                                    

Pagi pagi lagi Hasya sudah menolong Puan Rosmalina menyiram pokok bunga di halaman rumah. Sejak mereka pulang bercuti ke kampung, bunga yang dulu kering tanahnya dan layu daunnya kini kembali lembab dan subur.

Sementara itu, Puan Rosmalina menyediakan sarapan pagi buat penghuni rumah tersebut. Nasi goreng kampung dan juga teh o panas. Ada sedikit karipap ayam hasil buat Puan Rosnah iaitu ibu kepada Aina.

Sekarang jam menunjukkan pukul 8:30 pagi tetapi menantu dan cucunya masih belum mencelikkan mata. Mungkin keletihan berjaga sehingga lewat malam. Yang si Eman pula bermain tak ingat dunia, jam sudah pukul 1 pagi pun masih bermain lego bersama Bulat.

"Hasya... jom sarapan. Pokok bunga tu biarkan dulu. Kamu tu mengandung kesian anak dalam perut." ujar Puan Rosmalina.

Hasya yang mendengar terus menutup pili air dan meletakkan paip getah di tempatnya. Kaki dibawa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

"Uishh sedapnya bau. Wahhh nasi goreng kampunggggggg. Terima kasih mama" ucap Hasya lalu memeluk mamanya kejap.

"Semalam kamu teringin nak makan kan. Mama nak ke depan sekejap, apa apa panggil mama ye" seraya itu Puan Rosmalina berjalan ke ruang tamu.

Hasya menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu menyuap ke dalam mulut.

Hasya disahkan mengandung kali kedua. Usia kandungan sudah masuk 6 bulan. Jantina masih sama, dirahsiakan. Jika dulu alahan dia yang tanggung tapi kali ini suaminya yang merana. Tu lah siapa suruh sayang bini sangat. Hahaha.

Eriq yang sedang lena terganggu apabila sesuatu menghempap dada tegapnya. Dia membuka matanya sedikit untuk melihat apa yang ada di atas dadanya.

Eman Haidar rupanya. Kepala ditoleh ke kiri. Kosong. Setiap pagi pasti isterinya menghilang.

"Mama... Eman nak susu" rengek Eman di atas dada Eriq. Kepala bergerak ke ceruk leher Eriq.

"Susu mende dah 4 tahun" gumam Eriq perlahan. Dia masih bengang dengan anaknya dari malam semalam. Dasar perampas.

Eman diangkat dan diletakkan di sebelah. Dia bangun dari katil dan keluar bilik untuk mencari isterinya.

"Princess..." panggil Eriq dengan suara baru bangun tidur. Tiada sahutan. Kaki menuju ke dapur.

Gotcha. Hasya sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Baru Hasya hendak menyuap nasi goreng ke dalam mulut tiba tiba suapan itu masuk ke dalam mulut orang lain. Siapa lagi, Eriq Iskandar lah.

"Abang, terkejut Sya. Bagi lah salam dulu ni tak main muncul je. Nasib takde sakit jantung kalau tak-"

CUP

"Pagi pagi dah bebel, kan dah kena cium" potong Eriq. Hasya tergamam. Nasib mama tiada.

"Kenapa kau tak kejut aku. Kenapa kau tinggalkan aku sorang sorang atas katil. Kau selalu macam tu." kata Eriq dengan nada yang merajuk. Hasya dipeluk dari tepi.

"Sya taknak ganggu abang lagipun ada Eman kan dalam bilik bukan abang sorang" jawab Hasya. Rambut suaminya yang menutupi dahi di kuak kebelakang.

"Taknak Eman... nak princess. Setiap pagi aku bangun sorang sorang. Aku nak lah kau peluk aku lepastu bagi morning kiss hari hari."

"Sya minta maaf. Sya tolong mama siram pokok pagi tadi, kesian pula Sya tengok mama buat kerja sorang sorang. Lepasni Sya kejut abang setiap pagi okey?" pujuk Hasya. Sebelah tangan mengusap rambut Eriq dan sebelah lagi menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Hmm morning kiss?" kepala di angkat sedikit untuk melihat isterinya. Bibir dimuncungkan.

Hasya tersenyum. Baru hendak mencium suaminya tiba tiba satu jeritan menyentakkan mereka.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now