"NENEK !!!! NENEK !!!!" pekik seorang gadis yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah kayu itu dengan menunggang basikal dan berbaju kurung.
"Oh mak kau terbang terpelanting nun jauh disana eh" melatah wanita tua itu setelah disergah oleh cucu bertuahnya
Siapa cucu bertuah? Oh dia lah Puteri Hasya seorang gadis yang cantik rupa paras dengan kulit sawa matang. Kulitnya bersih tanpa secalit makeup mahupun jerawat. Dia juga seorang gadis yang sangat periang, kelakar dan garang ye. Rawrrr
"Kamu ni kenapa Sya, terpekik terlolong macam orang tak betul. Nasib tak gugur jantung nenek tau." Bebel wanita separuh abad itu kepada cucu bertuahnya dengan tangan yang sedang memegang bakul baju.
"Nenek tengok ni Sya dapat ni !!." kata Hasya sambal menanyang sehelai kertas dihadapan muka neneknya.
"Apa nih??" berkerut dahi nenek Asmah apabila dia tidak dapat melihat dengan jelas isi di dalam kertas itu, biasa lah mata orang tua rabun haha
"Harini kan keputusan PT3 keluar and tadi Sya pergi sekolah lah ambik result lepastu Sya dapat straight A nek." Ucap Hasya kepada nenek Asmah sambil memegang bahu nenek nya dan digoyangkan kedepan kebelakang. Nasib tak patah tengok nenek dia ish ish
"Ye ke? Meh nenek tengok. Wahh alhamdulillah syukur." Ucap nenek Asmah sambil memeluk erat tubuh cucunya.
Ye, Puteri Hasya seorang pelajar yang sangat bijak. Dia merupakan top student dan sentiasa mendapat top 3 di dalam kelas setiap kali peperiksaan. Dia juga merupakan seorang atlet sekolah dalam acara balapan dan padang seperti lompat tinggi dan larian. Walaupun dia seorang atlet tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajaran dan pandai membahagikan masanya dengan produktif.
"Alhamdullilah, berkat usaha pagi petang siang malam kamu belajar sampai lupa nak makan, siap kena hantar ke bilik baru nak makan." Kata nenek Asmah lagi sambil mengusap belakang tubuh Hasya.
"Terima kasih nenek sebab sentiasa ambil berat pasal Sya, sentiasa sokong apa yang Sya buat dan paling penting sentiasa doakan Sya setiap hari walaupun Sya tak dengar tapi Sya tahu nenek selalu doakan Sya kan kan kan." Ucap Hasya sambil menayangkan senyuman paling manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Yelah. Ni kamu dah makan belum? Tanya nenek Asmah
Kruukkk kruukkkk
Hasya memegang perutnya sambil tersenyum apabila perutnya berdendang sayang minta untuk diisi
"Hehe belum lah nek, tadi kat sekolah sempat makan roti je itupun perisa jagung orang nak coklat hmm." Cerita Hasya sambil menayangkan wajah sedih yang tak berapa nak sedih ehh haha
"Hah dah pi makan sana, nenek masak lauk kegemaran kamu tomyam ayam." Kata nenek sambil menolak manja tubuh Hasya supaya pergi ke dapur.
"Sedapnya!!! Terima kasih nenek ku sayang" ucapnya sambil mencium kedua belah pipi neneknya dan terus berlari menuju ke dapur untuk megisi perutnya yang sudah berbunyi sejak dari tadi. Nenek Asmah hanya mampu menggelengkan kepala melayan telatah cucu kesayangannya itu.
Keesokkan harinya, Nenek Asmah awal pagi lagi sudah menjemur kain di ampai belakang rumahnya dan itu sudah menjadi rutin hariannya selepas membuat sarapan setiap pagi. Walaupun hanya beberapa helai baju yang kotor tetapi dia tetap mencucinya. Maklumlah nenek kito ni tak suka baju berlonggok longgok giteww.
Setelah siap menjemur kain, nenek Asmah masuk semula ke dapur untuk menyiapkan bahan untuk masak tengah hari, semalam cucunya dah request nak makan telur masak kicap. Hmmm sedapnyaa nyum nyum.
"Mana pulak telur aku pegi ni? Takkan dah habis kot semalam tengok macam ada." Kata nenek sambil mencari dalam peti ais dan di bawah dapur.
"Haish nampak gayanya kena beli lah ni. Hasya !! Tolong nenek belikan telur sepuluh biji !! Telur kat dapur dah habis ni" jerit nenek Asmah apabila dia tidak nampak batang tubuh cucu bertuahnya. Selalunya awal pagi begini dah melantak 2 bungkus nasi lemak.

YOU ARE READING
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...