ERIQSYA 48

8.5K 232 16
                                    

Pejam celik pejam celik, kini Hasya sedang menunggu hari sahaja untuk dia melahirkan anak sulung mereka. Syukur yang tidak terhingga apabila keadaan kandungannya selama 9 bulan ini berada dalam keadaan baik dan sihat.

Sungguh dia tidak sangka secepat ini dia bergelar seorang ibu dan isteri. Sewaktu dia kecil, Hasya pernah menyatakan hasrat bahawa dia tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu menerima nasib seperti ibu bapanya. Dia takut.

Tetapi takdir Allah berkehendak lain.

"Abang! Cepat lah Sya dah siap dah!" penat dia menunggu ketibaan suaminya dari tingkat atas. Sudah 10 minit dia menunggu.

"Sabarlah... macam kau pula yang nak kahwin dah kenapa?" kata Eriq sambil menuruni tangga. Malas dia ingin menggunakan lif.

"Nanti diorang akad nikah Sya tak dapat tengok! Abang ni tak faham lah" Hasya memeluk diri sendiri. Suaminya ini langsung tidak faham.

"Bukannya jauh pun, 20 minit je. Aku gigit kau karang" katanya lalu memeluk bahu Hasya.

"Jom"

Mereka berjalan seiring keluar dari rumah. Pintu dikunci dan mula masuk ke dalam kereta. Eriq membuka pintu buat isterinya sebelum dia pula yang masuk ke sebelah pemandu.

Kereta dipandu menuju ke dewan yang telah diberitahu. Sampai sahaja dia memakirkan kereta ditempat yang disediakan lalu bergerak menuju ke dalam dewan.

Tidak berkelip mata Hasya memandang segenap dewan itu. Sangat cantik dan memukau. Tetamu pula telah ramai yang hadir memeriahkan majlis. Keluarga pun turut memakai pakaian sedondon. Instrument muzik bergema di segenap ruang.

"Hasya!!" panggil Aina dan Damia kuat. Mereka berlari ke arah sahabatnya.

"Weh cantiknya korang!" puji Hasya. Damia dan Aina menayang wajah 'well' nya.

"Eh dah jom duduk situ, diorang dah nak akad nikah dah. Eriq jom" mereka berjalan kearah yang disediakan.

Eriq bersalaman dengan kawan kawan lelakinya yang lain. Hadi turut berada disitu. Lama tidak muncul akhirnya jumpa juga.

"Dah bersedia?" ujar Tok Kadi.
Mereka angguk.

"Buat betul betul Izz, ingat jangan malukan kroni kita" pesan Fahmi.

"Diam lah setan" marah Izz.

"Muhammad Izz Bin Samsuddin" ucap Tok Kadi.

"Saya" balas Izz

"Aku nikah dikau dengan Alisa Maisarah Binti Rosli dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai" ucap Tok Kadi.

"Aku terima nikahnya Alisa Maisarah Binti Rosli dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai" ulang Izz.

"Sah?"

"Sah!"

Alhamdulillah.

"Yeay!! Bulat dah ada ayah baru!! Yahuuuuuuu" jerit Bulat yang sedang duduk dengan ibunya di atas pelamin.

Terkejut tetamu yang hadir mendengar jeritan nyaring itu sebelum ketawa berbahak bahak dengan telatah yang menggemeskan.

"Bulat, duduk. Malu orang tengok" bisik Alisa perlahan. Bulat tersengih lalu duduk semula disebelah ibunya.

Dengan sekali lafaz, Alisa Maisarah telah menjadi isteri sah kepada Izz Samsuddin. Yang dulunya suka bergaduh disekolah kini disatukan di atas pelamin rekaan mereka. Sungguh indah susun atur yang telah Allah cipta buat mereka.

"Tahniah doh kau kahwin dulu dari aku. Dengan musuh kau pula tu" Fahmi berkata lalu memeluk tubuh kacak sahabatnya.

"Tahniah Izz, aku tak sangka taste kau janda anak satu." Eriq pula mengucapkan tahniah.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now