"Kau nak beli apa lagi Na" tanya Hasya seraya mencari pen yang ingin dibeli.
"Aku nak cari correction tape sebab aku punya asyik habis je si Damia tu pinjam." jawab Aina. Dia melangkah ke bahagian correction tape.
Mereka berada di sebuah kedai buku and alat tulis yang terletak di bandar. Aina mengajak Hasya menemaninya mencari alat tulis untuk dipakai apabila sekolah sudah bermula. Tinggal beberapa hari lagi untuk mereka memulakan persekolahan setelah bercuti panjang.
Setelah selesai membuat pembayaran, mereka menuju ke kedai 7 Eleven untuk membeli minuman dan berehat seketika. Masing-masing sibuk membelek telefon, sorang scroll tiktok dan lagi sorang melayari Instagram.
"Weh Sya, cuba kau tengok story Eriq ni. Dia expose awek dia ke siak. Tak boleh lah aku nak usik kau lepas ni." ujar Aina lalu menghulurkan telefon kepada Hasya.
"Entahlah, awek dia yang kat KL kot." Jawab Hasya seraya memulangkan semula telefon bimbit sahabatnya. Aina hanya mengangguk dan sambung melihat story yang lain. Hasya menarik nafas lega, nasib tak kantoi.
"Abang, siapa yang kat story kau ni. Awek mana kau rembat? Macam Kak Sya." tanya Eriqa, abangnya sudah menggaru kepala bagaimana hendak menjawab.
"Aku ambil kat pinterest lah, dah bla aku nak tidur kacau je" jawab Eriq sekaligus menolak tubuh adiknya keluar dari bilik dan mengunci pintu. Macam mana dia boleh terlupa untuk hide dari adiknya.
Hari pertama persekolahan sudah pun tiba~~~
"Selamat pagi nenek, sedapnya bau masak apa." tanya Hasya sejurus melabuhkan duduk di meja makan.
"Nenek masak special pagi ni, nasi goreng kampung untuk kamu." ucap nenek seraya mencedok nasi masuk kedalam pinggan cucunya.
"Sedapnya nenek terima kasih saying nenek." Dia menghabiskan makanan dan bersiap sedia untuk ke sekolah.
"Nenek ada sediakan bekal untuk kamu, nah makan waktu rehat bukan waktu belajar." Hasya ketawa kecil dan menyambut huluran tersebut dan menyalami tangan wanita tua itu.
"Kau bawak apa doh nak tengok." Kata Aina teruja, jarang dia melihat Hasya membawa bekal ke sekolah.
"Nasi goreng kampung special untuk aku seorang je." jawab Hasya lalu memeluk erat bekal yang dibawa. Aina sudah monyok.
"Nanti aku nak rasa sikit tau mesti sedap kan boleh lah eh" Aina merayu.
"Makanan pun beli sendiri nah" kata Hasya selamba lalu melangkah masuk ke dalam kelas.
"Morning my princess" sapa Eriq perlahan di telinga Hasya. Dia terkejut lalu memalingkan wajah menghadap Eriq.
"Awak ni kan nanti orang dengar macam mana. Kang diorang fikir bukan bukan pula" marah Hasya.
"Bukan aku jerit satu sekolah pun rilek ah gelabah apa." ucapnya selamba. Hasya sudah menarik muka.
"Hah pagi pagi dah dating dalam kelas. Tunggu lah balik baru bergayut." Sergah Aina yang baru sahaja balik dari tandas. Biasalah orang perempuan, apa apa tandas nombor satu.
"Kau single diam lah" ujar Izz. Fahmi sudah berdekah di belakang rakannya.
"Kau asal nak gaduh ke dengan aku, kau pun single tak sedar diri." tempik Aina kuat lalu membaling pemadam papan putih ke arah Izz.
Nasib sempat elak.
"Assalamualaikum semua" ucap Cikgu Salmah merangkap guru Bahasa Melayu mereka.
Kelam kabut mereka duduk di tempat masing-masing.

YOU ARE READING
Kau Aku Kita [C]
RomanceSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...