Seketika ini , pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang sedang melakukan sesi rundingan bersama guru mata pelajaran masing-masing.
Seperti biasa , bagi mata pelajaran akaun akan diketuai oleh Hasya sendiri seperti yang diminta oleh gurunya.
Mereka sekarang berada di perpustakaan sekolah. Setelah tamat sesi persekolahan, mereka masih berada disekolah kerana menghadiri kelas tambahan. Ada juga yang lakukan di kelas masing-masing.
"Korang dah buat ke soalan yang aku hantar dalam group kelas?" Hasya menanya. Semua mengangguk.
"Dah cuma soalan 5 aku tak buat sebab tak faham cara nak buat. Even dah rujuk latihan sebelum ni pun still tok pahe" seorang pelajar lelaki bersuara. Hasya mengangguk sekali.
"Lagi, soalan mana lagi yang korang tak boleh jawab atau tak faham. Boleh tanya sekarang sementara ada masa ni. Takut korang tanya dalam whatsapp aku lambat reply" semua membelek kertas masing-masing.
"Sya, aku still tak pandai buat lejar. Lepastu aku tak boleh nak bezakan debit dan kredit. Lagi satu, belanjawan tunai tu senang tapi confusing, ada tips tak supaya tak confuse" ujar Izz panjang lebar.
"Banyak naw soalan kau, alang-alang tu tanya sekali soalan apa yang keluar mana tahu dia tahu juga" kata pelajar lelaki itu. Izz menjeling.
"Diam lah kau sibuk je, dah lah botak" balas Izz. Dia menjeling tajam.
"Okey kita mulakan dengan soalan 5 dulu sebab soalan tu ada kena buat lejar. Jadi boleh sekali jalan." semua mengangguk.
Hasya memulakan sesi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya. Sepanjang dia memberi tunjuk kepada mereka, dia dapat menangkap wajah suram Eriq yang sedang duduk di sebelah Fahmi. Sedih dan tidak bermaya.
"Hasya, kalau ABT ni debit ke kredit ek" tanya Fahmi. Hasya berjalan ke meja Fahmi dan Eriq.
"ABT ni debit sebab orang beli barang dekat kita secara kredit kalau ABB pula kredit sebab kita beli barang dari supplier secara kredit, faham?" keterangan Hasya mendapat anggukkan Fahmi dan yang lain.
"Woii Riq, kau okey tak? Asal muka macam mati bini ni" Izz menepuk kuat bahu sahabatnya. Eriq tersentak lalu membetulkan duduk. Segan bila semua memandangnya.
"Takde apa" jawabnya ringkas.
Setelah tamat kelas tambahan, masing-masing bergegas mengemas alat tulis ingin segera pulang. Katil dah memanggil woo kalau dapat lending ni hurmm asyiappp.
"Eriq?" Hasya menegur. Sekarang hanya tinggal mereka berlima sahaja.
Hasya, Aina, Eriq, Izz dan Fahmi.
"Aku dengan Izz gerak dulu ah, pape roger kiteorang tau. Chaw" dia melagakan penumbuk dengan Eriq seraya keluar dari perpustakaan tersebut.
"Awak okay tak Eriq, dari tadi saya tengok awak macam tak bersemangat je nak belajar. Kalau awak ada masalah boleh bagitahu saya, insyaallah saya boleh tolong."
Eriq menggeleng lemah, berat hatinya ingin memberitahu Hasya akan isi hati. Dia tidak mahu Hasya berasa sedih.
"Aku gerak dulu ah nak berak. Bye" pantas Aina membuka langkah 1000. Dah hujung-hujung ni.
"Petang ni kita lepak sawah boleh? Aku ada something nak cakap dengan kau" kata Eriq.
Mereka berjalan seiring menuju ke tempat basikal. Kadang-kadang mereka ke sekolah menaiki basikal dan ada kala nya jalan kaki. Ikut mood, maklumlah sekolah berada tidak jauh dari rumah.
"Maaf lambat tayar basikal pancit tadi" Eriq menurunkan tongkat basikal dan diparkir kemas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Aku Kita [C]
RomansaSiri Kita - 1 ERIQ ISKANDAR X PUTERI HASYA "Aku janji, kau dan aku akan menjadi kita" - Eriq Iskandar Ini kisah aku dan dia. Seorang gadis yang cantik telah membuat hati seorang jejaka tidak keruan dengan sifatnya yang sangat periang. Pada mu...