SPECIAL CHAPTER 1

8.5K 234 25
                                    

Hasya dan Eriq masuk ke dalam kereta BMW milik mereka diikuti dengan Eman Haidar dan anak kembar mereka.

Elisa Hanani dan Eliza Haura.

Mereka sudah pun berumur 2 tahun. Jarak umur mereka dengan si abang adalah 4 tahun dan kini umur Eman sudah berganjak 6 tahun.

Kulit muka yang putih berseri dan rambut yang asli keperangan menambahkan lagi kejelitaan dan kecomelan mereka berdua. Elisa merupakan kakak manakala Eliza adalah adik. Hanya 3 minit 57 saat sahaja beza.

"Kita nak pergi mana ni mama, Eman mengantuk lah" ujar Eman dengan nada yang menunjukkan dia tersangat letih.

"Cuba Eman teka" kata Hasya pula. Eman menghembus nafas kasar

"Mana lah Eman tahu kalau Eman tahu takdelah Eman tanya" balasnya. Tergelak Hasya dan Eriq di depan.

"Mama... Ora nak uduk ngan mama" pinta Eliza Haura dengan pelatnya.

"Nak uduk ngan mama ugak" Elisa Hanani turut ingin duduk bersama.

"Princess-princess abang ni duduk dengan abang Eman je kat belakang ocey?" pujuk Eman kepada adik kembarnya.

Dari tadi Elisa dan Eliza duduk di bawah ketiak Eman, kiri dan kanan. Eman merupakan abang yang sangat penyayang. Tidak pernah sekali pun dia meninggikan suara atau bergaduh dengan adik kembarnya.

Apabila ada pergaduhan perebutan mainan antara adik kembaranya pasti dia yang akan meleraikan dengan memujuk secara baik. Itu sebab mereka selalu mendengar kata kata Eman Haidar.

"Ora nak uduk ngan mama ugakk... mama Ora nak mama" kini nada Eliza Haura seakan ingin menangis.

"Meh sini, alolololo tak mau nangis okey? Sini mama peluk" Hasya memeluknya erat apabila Eliza Haura sudah berada atas ribanya.

"Manjanya anak papa ni, ikut siapa lah agaknya kan?" Eriq membuka mulut tetapi mata masih fokus pada pemanduan. Sebelah tangan mengawal stereng dan sebelah lagi mencubit manja pipi si Eliza.

"Lisa nak ugak mama..." rengek Elisa di belakang.

"Elisa duduk dengan abang Eman jelah... Tak kesian ke dengan abang Eman. Nanti abang Eman nak peluk siapa kalau dua dua dengan mama?" Eman membuat nada seperti merajuk. Ingin memancing emosi.

"Elisa eluk abang Eman, ocey?" serentak itu dia memeluk tubuh Eman erat. Eman membalas pelukan.

Seketika kemudian, mereka telah pun sampai ke destinasi.

"Kita dah sampai, jom" Eriq berkata seraya mematikan enjin kereta.

Eman mengangkat sedikit kepala untuk melihat beradaan mereka sekarang dari dalam kereta. Terbeliak matanya apabila tempat itu sangat dikenali.

"Kedai ayah Izz!!" jerit Eman.

Cepat cepat dia memakai kasut dan membuka pintu. Dia menolong Elisa untuk keluar dari kereta dan menutup pintu dengan kuat.

"Amboiii anak abang tu, kemain excited terus hilang mengantuk" Hasya bersuara. Haura masih dalam dukungannya.

"Itulahh, meh sini abang dukung Haura. Kesian princess abang ni" Haura bertukar dukungan. Tangan kanan Hasya digenggam kemas masuk ke dalam restoran. Ciuman di sisi kepala tidak ditinggalkan.

"Zulaikha!!!!" Eman terus memeluk Zulaikha yang sedang duduk di ruangan santai dalam restoran itu.

"Eman... Ikha ta-tak bo-boleh berna-nafas." kata Zulaikha tersekat sekat.

"Hihi sorry Ika. Janji akan buat lagi" dia duduk di sebelah Zulaikha dengan elok.

"Amboi kau datang datang terus peluk adik aku pahal. Haram tau peluk anak dara orang" Yusuf atau dikenali sebagai Bulat bercekak pinggang.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now