ERIQSYA 34

4.3K 184 12
                                    

Hasya berjalan menuju ke bilik tersebut dengan hati yang berat. Dia tidak ingin berjumpa dengan si dia lagi, hatinya masih sakit. Apabila sampai di hadapan pintu pejabat tersebut, tangannya teragak agak ingin memulas tombol. Dia menarik nafas dalam dalam dan dihembus keluar.

Bismillah di baca terlebih dahulu. Tangan masih tidak memulas tombol tersebut. Dia perlu kuatkan hati untuk tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang mampu mengguris hati sesiapa memandang Hadi adalah majikannya. 

Baru Hasya tangan ingin mengetuk pintu seseorang menyapa.

"Aik Cik Hasya nak ketuk pintu boss berpeluh peluh. Berdebar sangat nak jumpa buah hati" seloroh Adam yang baru keluar dari bilik yang menempatkan fail syarikat. 

"Mana ada lah saya baru nak ketuk ni" jawabnya lagi. Alamak kantoi lah pula.

"Baru nak ketuk ke baru nak bernafas... dari tadi saya perati tau kemain takut-" terkejut dia apabila dia pula yang disergah.

"Kau buat apa lagi ni... asyik curi tulang je." kata Cik Ana. Siapa lagi yang akan muncul kalau bukan akak garang ini.

"Kemana aku pergi mesti dia ada. Nak kata jodoh macam ye macam tak, mungkin bodoh kot" katanya perlahan sambil beredar dari situ.

"Kau panggil aku bodoh?!" tempik Cik Ana lalu mengejar Adam.

Hasya menggeleng. Ada ada saja lah mereka ni kahwin kan karang.

TOK TOK

Pintu diketuk dari luar.

"Masuk" laung Hadi agak kuat.

Hasya perlahan lahan memulas tombol pintu dan menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Hadi sedang menyelak dokumen mengangkat kepala.

"Silakan duduk Hasya" pelawanya. Hasya angguk sedikit dan melabuhkan duduk.

"Ada apa Encik Hadi panggil saya?" soalnya. Agak kekok dia berhadapan dengan bosnya sekarang ini.

"Saya nak tanya, penyata bulan lepas awak dah letak atas meja saya ke? Sebab saya cari dari tadi takde pula" tanya Hadi. Puas dia menyelongkar laci laci yang ada tetapi masih tiada.

"Ouh saya tak letak atas meja Encik Hadi lagi. Sekejap saya ambil kat laci dalam bilik saya." ujar Hasya lalu keluar dari bilik tersebut.

Setelah beberapa minit, dia kembali dengan satu fail berwarna biru gelap lalu dihulurkan pada Hadi.

"Terima kasih" ucap Hadi. Hasya diam seketika berfikir untuk terus duduk di bilik itu atau meminta diri untuk balik ke pejabatnya.

"Kalau takde pape saya minta diri dulu ye" dia bangun dari duduknya. Tetapi di halang oleh Hadi.

"Duduk dulu Hasya" arah Hadi. Hasya hanya menurut.

"Hasya.. firstly, I just want to say sorry" Hadi memulakan ayat.

"Encik Hadi, saya rasa kita tak perlu cakap pasal hal ini lagi sebab saya dah malas nak ingat benda lepas. Past is past and saya pun dah bahagia dengan Eriq" balasnya.

Hasya sudah tidak mahu bercakap atau mengingati apa apa lagi. Cukup lah apa yang dia dah hadapi sekarang ini, dia redha.

"Tapi awak perlu tahu perkara sebenar Hasya. Apa yang berlaku tak seperti yang awak fikir" ujarnya bersungguh sungguh. Hasya berdecit.

"Tch, apa lagi yang awak nak cakap. Awak nak cakap yang awak tak salah macam tu?" ujarnya.

 "Bukan macam tu Hasya, saya tahu saya salah tapi saya tiada niat pun nak mainkan hati dan perasaan awak. Saya sayang awak se-"

"Sayang? Macam tu awak kata sayang dengan lari entah kemana masa hari akad nikah kita. Sayang ke kalau macam tu Hadi. Awak tahu tak saya dah buka hati saya untuk awak lepas apa Eriq buat dekat saya tapi ini yang awak balas. Awak sakitkan saya Hadi, lebih teruk dari Eriq lakukan pada saya" suara Hasya sudah meninggi. Hadi memejamkan mata.

Kau Aku Kita [C]Where stories live. Discover now