ERIQSYA 46

11.7K 387 10
                                        

Eriq keluar dari bilik air setelah membersihkan diri sebelum ke pejabat. Dia mengelap rambut yang basah dengan tuala kecil yang tersidai di ampai kecil biliknya. Dia menghampiri katil. Dapat dilihat baju kerjanya elok terletak di atas katil.

Mungkin isterinya yang mempersiapkan kelengkapan itu semasa dia sedang mandi tadi. Oh bercakap tentang isterinya, mungkin sekarang dia sedang bertungkus lumus menyediakan sarapan di dapur.

Eriq mengambil baju tersebut dan dipakai dengan kemas. Baju dan seluar langsung tiada kedut. Tali leher diambil untuk dipakai. Dia berdiri di hadapan cermin lalu mengikat tali lehernya. Tanpa sengaja di teringat akan momen isterinya yang suka menolongnya memakai tali leher.

Dia rindu.

Dan tiba tiba seseorang menegur.

"Awak? Dah siap ke?" muncul figura isterinya di hadapan pintu. Kenapa Hasya masih belum siap?

Eriq diam, tangan masih ligat memasang tali leher.

"Meh sini saya tolong awak pakaikan." tanpa menerima persetujuan terus Hasya mengambilnya. Eriq diam.

"Kalau awak nak tahu, saya dah berhenti kerja" ucapnya tiba tiba.

Eriq terkejut tetapi hanya beriak biasa. Cover cover.

"Saya berhenti sebab saya tak larat dah nak kerja lagipun morning sickness saya masih ada. Lepastu saya nak fokus pada rumah tangga kita dan anak kita. Saya minta maaf kalau tak berbincang dulu dengan awak." tangan ligat mengemaskan tali leher suaminya.

"Tak perlu bagitahu, aku bukan penting pun dalam hidup kau" balas Eriq selamba.

"Awak jangan lah cakap macam tu... saya tiada niat nak membelakangkan awak..." kata Hasya lagi sambil mengemaskan tali leher. Dia langsung tidak memandang suaminya.

Eriq hanya diam memandang isterinya yang comel itu. Rasa nak dicium sahaja bibir yang memuncung itu. Tangan pula ingin sahaja memeluk pinggang sang isteri seperti mula mula mereka berkahwin. Haih sabar Eriq...

"Okey dah siap... hensemnya suami saya ni tapi tulah macam dah kurus sikit. Kalau dulu pipi ni ada isi tapi sekarang isi pun macam nak taknak je ada tapi takpe tetap hensem di mata saya" pujinya sambil mengusap pipi dan rahang suaminya.

"Banyak makan hati daripada makan nasi" kosong sahaja riak wajah suaminya.

"Awak... saya..." ayatnya terhenti disitu apabila air matanya ingin keluar.

"Saya dah masakkan sarapan untuk awak dekat bawah. Nanti turun makan ye, saya turun dulu" ucap lalu keluar dari kamar tersebut.
Belum sempat dia membuka langkah Eriq bersuara.

"Kenapa kau masak? Kan aku cakap tak payah masak. Kau tu dah lah sarat mengandung kang apa apa jadi susah pula" nada suara tidak terlalu tegas dan tidak terlalu lembut.

Hasya senyum. Sekurang kurangnya Eriq masih mengambil berat tentang dirinya dan kandungan. Itu pun dia sudah bersyukur. Dia langsung tidak menoleh dan meneruskan langkah.

Sebenarnya bukan itu yang ingin dia katakan pada Eriq. Tetapi jika dia meneruskan apa yang ingin dia kata pasti air matanya akan keluar. Dia tidak boleh lemah dan dia harus kuat.

Eriq turun menggunakan lif. Sampai sahaja bawah dia langsung tidak menuju ke meja makan malah terus sahaja ke pintu utama.

"Eh awak! Tak nak makan dulu ke?" tanya Hasya sedikit kuat memandangkan suaminya sudah berada di muka pintu.

Dia mengambil bekal yang telah disediakan sebelum berlari anak kearah suaminya.

"Awak, taknak sarapan dulu ke?" soal Hasya lagi sekali.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang